56 Syarikat Tipu Pelabur Berbilion Ringgit Disenarai Hitam BNM

07roslan.transformed

KUALA LUMPUR: Sebanyak 56 syarikat dan kumpulan dikesan menjalankan aktiviti pelaburan haram sehingga mengaut keuntungan berbilion ringgit sejak empat tahun lalu, disenarai hitam oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Timbalan Pengarah Risikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslan Abd Wahid, berkata semua syarikat dan kumpulan terbabit disenarai hitam hasil laporan yang dibuat mangsa selepas gagal memperoleh pulangan yang dijanjikan.

Bagaimanapun, katanya, ada antara syarikat terbabit yang masih aktif menjalankan kegiatan pelaburan haram dengan menukar nama syarikat bagi mengabui mata pihak berkuasa.

“Sejak empat tahun lalu, puluhan ribu pelabur mengalami kerugian mencecah berbilion ringgit akibat ditipu syarikat yang didalangi sindiket dengan menjalankan kegiatan pelaburan haram. “Polis percaya masih ramai pelabur yang menjadi mangsa penipuan ini, namun enggan membuat laporan kerana malu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Roslan berkata, berdasarkan statistik bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini, kerugian dialami pelabur kerana terpedaya dengan pelaburan haram itu dianggarkan berjumlah RM500 juta. Katanya, kebanyakan mangsa diperdaya melabur dalam pelbagai bentuk pelaburan yang dianjurkan syarikat berkenaan antaranya pelaburan emas, dana, pertukaran mata wang asing dan harga komoditi. “Sindiket kebiasaannya menjalankan pelaburan menggunakan sistem pemasaran berbilang peringkat (MLM) menyukarkan pelabur yang ditipu mengesan dalang syarikat berkenaan kerana mereka hanya berurusan melalui ejen.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat perniagaan daripada agensi yang diiktiraf terlebih dahulu sebelum membuat pelaburan,” katanya.

Senarai penuh syarikat dan kumpulan yang disenarai hitam oleh BNM kerana menjalankan aktiviti pelaburan haram boleh diakses di laman web www.bnm.gov.my

INFO RM500 juta – Pelabur kerugian akibat tertipu

Bentuk pelaburan: – Emas, dana, pertukaran mata wang asing dan harga komoditi.

Sumber dari Berita Harian: http://www.bharian.com.my/node/161622?m=1 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s