Hadith Dhaif Paling Popular Mengenai Simpanan Emas

photo_2016-05-11_14-04-18

Sedikit perkongsian agar bersama mendapat manfaat darinya.

Secara jujur, terdapat ramai orang yang kurang cermat ketika menyampaikan hadith dari Baginda Rasulullah SAW yang mana tidak mengikuti disiplin yang sepatutnya.

Hadith menyimpan Emas ini amat popular di Blog juga posting di media sosial yang selainnya yang mana, ianya kepunyaan setiap Peniaga Emas dan Perak yang tidak sesekali kita ketemui secara berdepan.

***
Kisah ini bersandarkan kepada hadith yang berikut;

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan, “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham.” (Hadith dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

Ulama hadis menyebut apabila ada hadis dilaporkan oleh Abu Bakar Ibn Abi Maryam (perawi) maka status hadith tersebut adalah lemah (dhaif) kerana perawi tersebut tidak kuat ingatannya. Dalam disiplin Ilmu Hadith, seorang perawi hadis wajib mempunyai ingatan yang kuat bagi membolehkan hadith tersebut mencapai autoriti sahih/hasan. Hadith dhaif tidak boleh dijadikan hujah untuk mengeluarkan hukum. Justeru, hadith ini tidak boleh digunakan melainkan ada autoriti Quran dan Hadith sahih/hasan yang menyebut tentang perkara yang sama.

Wujud pihak yang menggunakan hadith ini untuk melariskan jualan Emas dan Perak dengan memberitahu Rasulullah SAW menyuruh kita menyimpan Dinar dan Dirham. Sedangkan ada ayat Quran dan hadis lain yang lebih kuat autoritinya yang menyebut sebaliknya. Antaranya;

Maha Benar Allah di atas firman-Nya yang agung;

“Dan (ingatlah) orang -orang yang menyimpan emas dan perak (duit) serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (at-Taubah: 34)

“Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan Dinar dan Dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambil (warisan ilmu) tersebut ia telah mengambil habuan yang paling sempurna.” (Hadis status Hasan direkodkan oleh Imam Ahmad, Imam Tarmizi, Imam Abu Daud dan Imam Ibnu Majah).

Justeru itu, tiada salahnya menyimpan Logam Mulia ini kerana hukumnya ‘Harus’ ….. yang tidak menyimpan pun bukannya menjadi suatu kesalahan.

Namun, menyimpan Emas ini tetap terbaik berbanding Wang Fiat yang hanyalah sekeping kertas tercetak yang mudah untuk dimanupulasikan serta terdedah dengan kehakisan kuasa beli atas faktor inflasi.

Isu yang saya ketengahkan di sini ialah ‘Kewajaran’ penjual Emas menggunakan hadith ini sewenang-wenangnya tanpa menyatakan status sah demi melariskan jualan atas dasar agama.

Pada saya, sekiranya kita ingin menggunakannya, seseorang penjual itu harus menyatakan bahawa Hadith yang digunakan ini berbentuk Dhaif kepada bakal pembeli (prospect) supaya mereka tahu bahawa ianya tidak boleh dijadikan hujah.

Seperkara lagi, walaupun ianya hadith dhaif (selagi BUKAN hadith tersangat dhaif atau hadith MAUDHU’ – palsu), ianya tetap hadith cuma, sanad dan perawinya tidak mencapai taraf hasan atau sahih.

Secara peribadi dan ikhlas saya memohon ampun dan maaf kepada semua sekiranya selama ini tidak sesekali menyatakan status hadis tersebut secara terbuka di laman sosial Teratak Emas. Semoga hidup kita dilimpahi kasih dan rahmat dari yang Maha Esa serta terus terpelihara dari sebarang keraguan.

Allahumma Ameen.

Muhammad Yuhailmy
KABGoldSelangor.com

4 thoughts on “Hadith Dhaif Paling Popular Mengenai Simpanan Emas

  1. terima kasih bg pencerahan….dh lama saya cari hadis ttg emas..sbb skrg ni byk sgt citer pasal nabi suruh simpan emas…ada ustz pun ckp yg sama…lebih baik solawat byk2 dihujung zaman kannn

    Like

  2. Assalamualaikum

    Izin nak tambah sikit mengenai status hadith dhoif dan maudhu’ sahaja

    dhoif bukan beerti tak benar cuma dia lemah..tak kira lah dia lemah mcmnapun dia tetap ada potensi benar sebab ikut sejarah tak bnyk sahabat baginda saw yg mendengar atau menyaksikan.. jadi boleh digunakan

    maudhu’ pulak itu palsu semata² bukan dhoif..maudhu’ takde menyangkut dgn kedhoifan hadith..palsu dan lemah takleh duduk sama rata umpama siang dan malam..maudhu’ takleh ckp tesangat lemah..sebab bebalik kpd huraian atas..lemah tak beerti tak benar..kalau Nabi saw pernah ckp atau buat tapi yg menyaksikan cuma seorang atau dua sahabat..kita cakap palsu..umpama kita cakap Nabi saw ckp benda palsu.

    Wallahu a’lam

    Liked by 1 person

Leave a reply to zara Cancel reply