Nyamuk-nyamuk itu menggigit,Darah dihisap tanpa sedar,Panasnya hati batin menjerut,Marahkan nyamuk kelambu dibakar. Sudahkah bersedia untuk berpindah?Bakar kelambu merebakkan bara berbahang,Api menjulang garang ke bumbung rumah,Menjilat rentung berbara debu dan arang. Kemarahan itu,Panas yang membakar,Syaitan menari di hidung yang tinggi,Memperkudakan siapa yang takbur hatinya. Padamkan api !Yang kian marak di sekitar jiwa,Yang pasti menghanguskan peribadi,Dengan menghangus … Continue reading Api Kemarahan
Kekayaan Hakiki – Apabila Berada Dalam Lautan Tauhid
Dalam melayari kehidupan yang singkat ini, kita perlu menggunakannya dengan sebaiknya agar berada dalam kebenaran. Yang paling utama kita menjaga agar setiap nafas ini berada dalam hubungan dengan Allah, bukan tertakjub kepada kuasa diri. Sentiasa ‘memandang’ Allah pada hakikat, jangan hanya terhenti pada bayangan ciptaanNya tanpa melihat akan tuan empunya bayang-bayang. Demikian juga sentiasa melihat … Continue reading Kekayaan Hakiki – Apabila Berada Dalam Lautan Tauhid
Apa Itu Salik dan Suluk?
Salik adalah orang yang menjalani latihan kerohanian secara bersuluk. Manakala Suluk pula adalah sistem latihan kerohanian yang digunakan bagi tujuan mendekatkan diri kepada Tuhan. Semasa bersuluk seseorang itu mengasingkan diri daripada orang ramai. Apabila dia tidak berada bersama orang ramai, maka mereka terselamat daripada gangguan yang mungkin datang daripadanya dan juga dia terselamat daripada gangguan … Continue reading Apa Itu Salik dan Suluk?
Pelaburan Emas Dan Unit Amanah
Umum mengetahui bahawa pelaburan adalah instrumen untuk menggandakan wang. Seperti berniaga, untung rugi adalah perkara biasa dalam pelaburan. Tiada pelaburan yang sentiasa menjanjikan untung sangat tinggi. Jika ada, anda perlu lebih hati-hati dan membuat sedikit 'research' kerana kebarangkalian ianya 'scam' adalah tinggi. Ada orang mengatakan Unit Trust / Amanah itu bagus kerana boleh memberikan dividen … Continue reading Pelaburan Emas Dan Unit Amanah
Manfaat Istighfar
Istighfar adalah kalimat yang mungkin bagi sebahagian orang begitu berat sekali diucapkan, apalagi ketika merasa bahawa hidupnya baik-baik sahaja dan tidak merasa ada yang salah dengan yang dilakukannya. Itulah anggapan jika memaknai kalimat istighfar ini hanya boleh digunakan atau diucapkan di kala kita melakukan salah atau dosa kepada Allah. Namun sesungguhnya, kalimat istighfar adalah salah … Continue reading Manfaat Istighfar
Tidak Berkumpul Makhluk dan Khaliq Dalam Satu Hati
“Makhluk dan Khaliq tidak berkumpul. Dunia dan akhirat juga tidaklah berkumpul dalam satu hati. Adakalanya makhluk dan ada kalanya Khaliq di hatimu. Ada kalanya dunia dan ada kalanya akhirat. Ada kalanya terbayang bahawa makhluk ada di lahirmu sedang Khaliq di hatimu. Dunia di tanganmu sedang akhirat di hatimu. Adapun di dalam hati, kedua-duanya tidak berkumpul. … Continue reading Tidak Berkumpul Makhluk dan Khaliq Dalam Satu Hati
Antara Kehebatan Bersedekah
Dalam banyak-banyak amalan kebaikan, akan ada manusia ketika di dunia dulu sangat berat untuk bersedekah. Namun, ketika menghadapi saat kematiannya, dia merayu kepada Allah supaya ditangguhkan seketika supaya dia dapat berbuat demikian. Maha Benar Allah di atas firman-Nya yang agung; “Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu … Continue reading Antara Kehebatan Bersedekah
Beza Makna Antara Sedekah, Infaq dan Waqaf
Sedeqah bererti pemberian yang padanya dicari pahala daripada Allah Taala. Manakala Ibn Manzur memberikan definisi sedekah sebagai apa yang apa yang engkau berikan kerana Allah kepada golongan fakir, yakni yang memerlukan. Sedekah merangkumi maksud zakat wajib, dan sedekah sunat, seperti yang dimaksudkan dalam al-Quran. Maha Benar Allah di atas firman-Nya yang agung; Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) … Continue reading Beza Makna Antara Sedekah, Infaq dan Waqaf
Pengertian Tasawwuf Pada Ilmu Kesufian
Pengertian ilmu "Tasawwuf" pada syariat adalah akhlak. Sedangkan pada ilmu "Kesufian" hakikat Tasawwuf adalah; Ta (ﺕ )Sa ( ﺱ )Wau ( ﻭ)Fa ( ﻑ) Maksudnya; Ta ( ﺕ) - Daripada kalimat Taubat. Iaitu harus bersih/suci daripada dosa, dengan cara taubat zahir dan taubat batin. Apabila seseorang itu tidak melakukannya dengan sebenar taubat, maka tidak akan … Continue reading Pengertian Tasawwuf Pada Ilmu Kesufian
‘Mata Lebah’ atau ‘Mata Lalat’?
Seorang alim bertanya;"Apa yang lebah akan cari apabila dicampak ke dalam sampah?" Si Dia menjawab;"Pasti lebah akan mencari madu." Orang alim itu berkata;"Tidak. Sebaliknya lebah akan mencari bunga terlebih dahulu, kemudian baru akan datangnya madu" Setelah itu orang alim itu bertanya lagi;"Apa yang akan terjadi apabila lalat dicampakkan ke dalam taman yang dipenuhi dengan bunga-bunga … Continue reading ‘Mata Lebah’ atau ‘Mata Lalat’?
