Forgotten Saving – Simpanan untuk Dilupakan

Pepatah mengatakan 'simpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit', namun realiti yang berlaku masa kini ialah, 'simpan sikit-sikit, lama-lama masih sedikit'. Ini adalah salah satu 'penyakit' kewangan, simpan sikit-sikit, sekali 'bocor' jumlahnya amatlah banyak. Kerana itu guru-guru kewangan menyarankan, setiap kita wajib mempunyai simpanan yang dinamakan "simpanan untuk dilupakan". Dalam bahasa Inggeris pula dipanggil sebagai 'forgotten saving'. … Continue reading Forgotten Saving – Simpanan untuk Dilupakan

Nasihat Dari Ibrahim Bin Adham

Ibrahim bin Adham berkata; Telah datang kepadaku beberapa orang tamu dan saya tahu mereka itu adalah seorang ulama sufi. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah SWT. Lalu mereka berkata; "Kami mewasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu; Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan kesedaran … Continue reading Nasihat Dari Ibrahim Bin Adham

Makna Kemerdekaan Dan Kebebasan Menurut Ahli Tasawwuf

Kemerdekaan atau kebebasan menjadi salah satu perhatian Para Sufi. Perhatian mereka terhadap persoalan kebebasan nampak jelas dalam setiap pernyataan mereka yang menyebut dengan jelas bahasa kebebasan dengan kata al-hurrîyah (kebebasan). Bahkan di antara mereka ada yang membincangkan secara khusus mengenai kebebasan (al-hurrîyah) seperti al-Qushayrî melalui kitab al-Risâlah al-Qushayrîyah yang menulis topik khusus mengenai kebebasan (al-hurrîyah), … Continue reading Makna Kemerdekaan Dan Kebebasan Menurut Ahli Tasawwuf

Peringatan Buat Diriku !

Tanpa agama manusia binasa,Tanpa ilmu manusia buta,Tanpa iman manusia sengsara,Tanpa ukhuwah manusia terseksa. Ada agama datangnya pelita,Ada ilmu datangnya harta,Ada harta datangnya derma,Ada ukhuwah datangnya saudara. Agama Tuhan dapat membina,Pekerti tinggi budi mulia,Seluruh dunia negara dan bangsa,Aman sentosa damai bahagia. Agama Islam agama yang suci,Mari bersama kita hayati,Untuk mendapat keredhaan Ilahi,Mudah-mudahan kita diberkati. Tiada Tuhan … Continue reading Peringatan Buat Diriku !

Konafa – Pastri Unik Dari Timur Tengah

Jika anda ke Timur Tengah terutamanya Arab Saudi rasanya tidak akan lengkap sekiranya anda tidak merasai keenakan manisan unik yang sangat istimewa yang mengandungi krim serta ditaburi kacang pistachio di atasnya! Manisan ini sering di hidangkan sewaktu musim perayaan ataupun di sesebuah majlis khas dan merupakan tradisi sekian lama oleh masyarakat di sini. Pelbagai nama diberi antaranya … Continue reading Konafa – Pastri Unik Dari Timur Tengah

Syair Rumi – Keagungan Cinta

Lewat cintalah semua yang pahit akan menjadi manis,Lewat cintalah semua yang tembaga akan menjadi emas.Lewat cintalah semua endapan akan menjadi anggur murni; Lewat cintalah semua kesedihan akan menjadi ubat.Lewat cintalah si mati akan menjadi hidup,Lewat cintalah raja menjadi budak ! Rumi menyebutkan bahawa yang pertama diciptakan Tuhan adalah cinta, dari sinilah Rumi menganggap cinta sebagai … Continue reading Syair Rumi – Keagungan Cinta

Syair Rumi – Kerana Cinta

Kerana cinta cuka menjelma menjadi anggur segarKerana cinta keuntungan menjadi mahkota penawarKerana cinta kemalangan menjelma keberuntunganKerana cinta rumah penjara nampak bagaikan kedai mawar Kerana cinta tumpukan debu kelihatan seperti temanKerana cinta api yang berkobar-kobar menjadi cahaya yang menyenangkanKerana cinta syaitan berubah menjadi bidadariKerana cinta batu yang keras menjadi lembut bagaikan mentega Kerana cinta duka menjadi … Continue reading Syair Rumi – Kerana Cinta

Rumi – The Art Of Knowing Is To Know What To Ignore

The art of knowing is to know what to ignore by 'Rumi'. This an amazing  proverb tells us the best way to educate ourselves with a great way. The art of knowing means the best way to seek knowledge and information without losing time  and energy. Its diffidently an art to know what you want … Continue reading Rumi – The Art Of Knowing Is To Know What To Ignore

Salam Kemerdekaan Dari Bumi Saudi Arabia

Satu Kata …. Merdeka ! Hingga detik ini ribuan darah telah tertumpah,Hingga detik ini ribuan nyawa telah melayang,Hingga detik ini ribuan belulang telah berselerakan,Sebuah harga yang harus di bayar,Demi terwujudnya kemerdekaan bangsa,Demi terwujudnya satu kata,Merdeka ! Detik ini bangsa kita telah merdeka,Detik ini Malaysia telah merdeka,Bangsa besar telah lahir,Terwujud dengan semangat para pejuang,Yang terbayarkan dengan … Continue reading Salam Kemerdekaan Dari Bumi Saudi Arabia

Peringatan Buat Diriku !

Masih tidak layak bagimu mempunyai keinginan untuk mengetahui segala yang ghaib sedangkan rohanimu masih di alam mulki yang masih dihijabi 'zhulumat kauniyah'. Bersucilah dan masuklah ke tanah harammu yakni hatimu yang diharamkan dari selainnya Allah SWT di situ dan beristilamlah (yakni dengan berjanji dan memperbaharui perjanjianmu di alam arwah dulu dengan penyataan Qalu bala) dan … Continue reading Peringatan Buat Diriku !