Kerana cinta cuka menjelma menjadi anggur segar
Kerana cinta keuntungan menjadi mahkota penawar
Kerana cinta kemalangan menjelma keberuntungan
Kerana cinta rumah penjara nampak bagaikan kedai mawar
Kerana cinta tumpukan debu kelihatan seperti teman
Kerana cinta api yang berkobar-kobar menjadi cahaya yang menyenangkan
Kerana cinta syaitan berubah menjadi bidadari
Kerana cinta batu yang keras menjadi lembut bagaikan mentega
Kerana cinta duka menjadi riang gembira
Kerana cinta hantu berubah menjadi malaikat
Kerana cinta singa tidak menakutkan seperti tikus
Kerana cinta sakit menjadi sihat
Kerana cinta amarah menjadi keramah-ramahan
Syair di atas menjelaskan bahawa manusia harus memiliki rasa cinta kepada sesama manusia. Kerana, dengan cinta kita akan menciptakan ruang-ruang yang harmoni terhadap sesama dan memaafkan segala kekurangan yang dimilki oleh setiap manusia.
Melalui cinta, segala sesuatu yang buruk akan tertutupi, yang baik akan menjadi lebih baik, dan sifat-sifat yang buruk dengan sendirinya akan menjadi baik dengan adanya kekuatan cinta.
Ibarat kata, “kerana cinta duri menjadi mawar” yang bermakna sesuatu yang menyakitkan akan berubah menjadi keindahan jika dibaluti rasa cinta.
“Kerana cinta kemalangan menjelma keberuntungan” yang bermakna kesusahan, kesukaran, ketakutan, kerugian dan kesedihan akan tertutup menjadi rasa bahagia apabila dibaluti rasa cinta.
Rasa cinta landasan utama yang diperlukan oleh manusia untuk mewujudkan hubungan yang baik sesama manusia, kerana segala kelemahan dan kekurangan manusia akan tertutup oleh kekuatan rasa cinta.
Misalnya teman kita memiliki kekurangan, dengan cinta kita dengan sendirinya akan berbelas kasihan dan membantunya. Jika sikap kita sudah dilandasi rasa cinta, maka kekuatan cinta akan berfungsi dan menunjukan kewujudan adanya cinta dalam diri, sehingga akan timbul sikap kasih sayang, tolong-menolong, membantu, dan saling mengasihi satu dengan yang lain.