Salam Kemerdekaan Dari Bumi Saudi Arabia

Satu Kata …. Merdeka !

Hingga detik ini ribuan darah telah tertumpah,
Hingga detik ini ribuan nyawa telah melayang,
Hingga detik ini ribuan belulang telah berselerakan,
Sebuah harga yang harus di bayar,
Demi terwujudnya kemerdekaan bangsa,
Demi terwujudnya satu kata,
Merdeka !

Detik ini bangsa kita telah merdeka,
Detik ini Malaysia telah merdeka,
Bangsa besar telah lahir,
Terwujud dengan semangat para pejuang,
Yang terbayarkan dengan titisan darah dan air mata,
Serta jiwa-jiwa yang terkorbankan,
Demi satu kata,
Merdeka !

Tidak terhitung jiwa yang gugur di medan pertempuran,
Darah segarmu merasuk ke dalam sela-sela tanah air,
Dengan bangga jenazahmu tersenyum,
Menyaksikan kemenangan yang tidak pernah engkau nikmati,
Semuanya demi satu kata,
Merdeka !


Pentingnya Menghargai Kemerdekaan

Kemerdekaan hanya datang sekali. Ia bukanlah barang mainan mahupun timbul berulang-ulang. Kerana itu, ia harus dijaga, dipupuk dan dipelihara sebaik-baiknya. Hakikatnya, kemerdekaan adalah sebuah anugerah yang besar lagi tidak ternilai. Ia mengajar sesebuah bangsa negara itu berdiri di atas kaki sendiri, mendewasa, dan mematangkan diri.

Kita perlu akui dan menerima hakikat bahawa Malaysia sebuah negara berdaulat yang mempunyai pelbagai kaum yang unik. Keunikan inilah yang menjadikan kita sangat istimewa.

Kini bukanlah masanya untuk kita berpecah belah dan saling berbalah. Walau apa dugaan yang merintang, kita tidak boleh berputus asa, sebaliknya harus terus mara ke hadapan untuk memajukan negara berasaskan kepada perpaduan nasional.

Pada masa yang sama, jangan sesekali lupa untuk bangkit berusaha mencapai kewangan diri / keluarga yang lebih sempurna. Dunia kini semakin mencabar tatkala menghadapi ekonomi yang semakin merundum. Secara tidak langsung, ianya mampu menjadi satu bentuk jajahan terbaru tanpa kita sedar akan hakikatnya oleh ‘Si Dia’ yang rakus ingin menghambakan bangsa.

Justeru itu, pada masa yang sama Ayuh bersama MERDEKAkan diri kita sekeluarga dari;

  • Kejatuhan nilai wang fiat
  • Manipulasi sistem kewangan
  • Kesempitan hidup di masa mendatang
  • Bahana inflasi yang mencengkam

Bagaimana pula dengan diri kita secara peribadi? Usahakan agar kita;

Merdeka kan AKAL

Dari fahaman-fahaman yang menyalahi akidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah seperti Salafi-Takfiri, Liberalism, Pluralism, Qadariah, Jabariah Malasiah, Syiah Rafidhah dengan menekuni pengajian Akidah yang betul-betul.

Merdeka kan JASAD

Dari sifat malas beribadah dan melakukan maksiat. Jasad mesti tunduk kepada Allah dengan mendirikan ibadah-ibadah fardhu dan disempurnakan dengan ibadah sunat.

Merdeka kan JIWA

Dari sifat-sifat mazmumah seperti riya’, dengki, sombong, cinta dunia berlebihan dan seumpama. Jiwa mesti tunduk kepada Allah dengan memakai sifat mahmudah. Maka menjadi orang yang tawadhu’, redha, sabar dsb. Jiwa tidak akan bahagia selagi mana terjajah oleh musuh yang paling dekat yakni nafsunya sendiri.

Merdeka kan ROHANI

Dari terhijab (terdinding) dari ihsan atau syuhud akan sifat-sifat Allah yang telah dinyatakan pada diri dan alam ini. Bukan mengatakan diri dan alam adalah Allah tapi melihat diri dan alam terus bersambung hatinya melihat akan khaliq (Pencipta). Diri Rohani terperangkap apabila manusia hanya fokus kepada makanan jasadiah sahaja.

Yakini lah,
Apabila betul akidah kita, betul jasad kita, betul jiwa kita, tersingkap rohani maka kita adalah manusia paling bahagia dan paling merdeka.

Ya,
Kita merdeka yakni bebas dari perkara-perkara selain Allah, kerana tujuan utama kita atas dunia ini adalah Allah. Masa semakin suntuk. Bertindak secepatnya sebelum berputih mata.

Buat para pejuang bangsa dan negara, engkau adalah penguat azam dan semangat generasi yang mendatang. Sekalung kasih buatmu yang tidak mampu diungkapkan dengan kata. Sungguh, ‘dirimu’ masih bersama kami dalam erti kata perjuangan dan menjadi azimat yang kekal mekar dan utuh.

Merah darahku adalah ungkapan bahawa semangat yang berkorbar tidak akan padam hingga ke titisan darah terakhir, dan putih tulangku adalah ‘besi kursani’ yang tidak akan pernah lemah walau panasnya peluru menembus tubuh.

Tetaplah menjadi satu wahai bangsaku,
Jangan sampai ingin berpecah,
Gapai angan dan citamu di masa depan yang cerah,
Demi meraih prestasi terbaikmu, dan
Buat bangsa ini pun masyur ke seluruh Nusantara !

Perjuangan bangsa Melayu khususnya bukan hanya dari masa lalu, hari ini, esok dan selamanya. Perjuangan kita belum berakhir dan ayuh perjuangkan keadilan dan kesejahteraan. Dirgahayu Malaysia !

Salam Kemerdekaan Malaysia yang ke-63


Ya Rahman,
Jadikanlah kami menjadi sebaik-baiknya Hamba-Mu yang bersyukur mengingati semua Nikmat-Mu di setiap masa. Allahumma Ameen

Abu Adam
31 August 2020
Saudi Arabia

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s