Allahu Akbar,Sesungguhnya kita kini telahpun berada di zaman yang telah diperingatkan oleh Baginda Nabi Muhammad (SAW) yang mana; • Tahun yang penuh dengan penipuan di mana; pendusta dipercayai, pengkhianat diberi amanah, dan orang jujur dianggap sebagai pembohong. • Kemungkaran dijulang, makruf disekat, dan orang bodoh diangkat menjadi pemimpin. • Ilmu tidak dihormati, ulama dibelakangi dan, … Continue reading Peringatan Buat Diriku – Akhir Zaman
Category: Sekadar Renungan
Pesanan Ikhlas Dari Along Ateh!
Pesan ikhlas dari Along Ateh buat semua ahli keluargaku;EMAS tidak sukar untuk dibeli malah, tiada tarikh luputnya manakala nilai wang kertas yang kita agung kan selama ini ternyata tidak mengekalkan keupayaan kuasa nilai nya. Jika kalian mempunyai wang lebihan walau hanya sekadar mampu sekalipun maka ubah secepatnya menjadi EMAS. Biar berdikit, insya-Allah di suatu masa … Continue reading Pesanan Ikhlas Dari Along Ateh!
Indahnya Pesanan Luqman Al Hakim
Luqman al-Hakim merupakan insan istimewa yang disebut oleh Allah SWT menerusi kitabullah, dalam surah Luqman yang berkisar mengenai pelbagai nasihat yang ditujukan buat anaknya. Beliau adalah seorang hamba abdi berkulit hitam yang berasal dari Afrika, iaitu di negeri Sudan/Habsyah/Nubia (nama tempat yang sama). Sungguhpun begitu, terdapat pelbagai pendapat mengenai asal usul Luqman al-Hakim. Menurut Ibnu … Continue reading Indahnya Pesanan Luqman Al Hakim
Kehebatan Kalimah “Alhamdulillah Ala Kulli Haal”
Ada seekor burung yang hidup di padang pasir sedang mengalami kesakitan yang teramat, tidak ada bulu ditubuhnya, kelaparan, kehausan malah, tiada tempat tinggal khusus buatnya. Suatu hari, seekor Burung Merpati melewatinya dan burung yang kesakitan itu bertanya kemanakah arah tujuan Burung Merpati tersebut. Burung Merpati itu menjawap; "Aku hendak menuju ke Syurga!". Maka Burung yang … Continue reading Kehebatan Kalimah “Alhamdulillah Ala Kulli Haal”
Siapakah Yang Menggoncang Bekas Kaca?
Jika kamu mengumpulkan 100 ekor Semut Hitam dan 100 ekor Semut Merah dan, memasukkannya ke dalam sebuah bekas kaca, pasti tidak akan terjadi apa-apa. Tetapi, jika kamu mengambil bekas kaca itu lalu menggoncangkannya dengan keras dan biarkan di atas meja, maka semut-semut tersebut akan mulai saling berbunuhan antara satu sama lain. Ketika itu Semut Merah … Continue reading Siapakah Yang Menggoncang Bekas Kaca?
Keberkatan di Antara Biri-Biri dan Anjing
Seseorang pernah berhujah dengan Ibrahim ibn Adham lalu berkata, "Tidak ada apa-apa perkara seperti 'barakah', atau berkat. Ibrahim bin Adham menjawab kepadanya, berkata, "Adakah anda tahu anjing dan kambing biri-biri?" Lelaki itu berkata, "Ya" Ibn Adham menjawab, "Mana di antara haiwan ini yang mempunyai kelebihan yang lebih besar?" Lelaki itu berkata; "Seekor anjing boleh melahirkan … Continue reading Keberkatan di Antara Biri-Biri dan Anjing
Tatkala Diri Meniti Bibiran Pantai
Dipetik daripada Kitab Fihi Ma Fihi Karangan Ar-Rumi; “Sungguh kasihan orang yang sampai ke laut dan ia merasa puas mendapatkan sedikit atau sebotol air, sementara mutiara dan ratusan ribu benda-benda berharga dalam laut boleh dikumpulkan” (Sheikh Jalaluddin Ar-Rumi) Ar-Rumi menisbahkan seorang yang berjalan ke hadrat Allah Taala yang dengan perumpamaan seseorang yang baru meniti di … Continue reading Tatkala Diri Meniti Bibiran Pantai
Hitam Putih Kehidupan
Hidup ini sebenarnya adil,Cukup hitam dan putih,Cuma terkadang kita membiarkan diri kita tenggelam di dalam hitam,Lalu buta melihat putih. Manusia itu berasal dari Tanah,Makanan nya juga datangnya dari Tanah,Sedangkan kehidupannya berdiri di atas Tanah,Malah, sampai waktu pasti kembali ke dalam Tanah. Namun, mengapakah diri masih bersifat ke Langit?
Malam dan Siang
Malam diciptakan untuk manusia oleh Allah SWT agar manusia boleh beristirehat sedangkan siang diciptakan untuk melakukan aktiviti baik bekerja dan sebagainya. Allah Maha Adil bagi semua makhluk, setiap penciptaan ada hikmahnya. Apakah kita bersyukur terhadap apa yang telah diberikan? Maha Benar Allah di atas firman-Nya yang Agung; هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ اللَّيْلَ لِتَسْكُنُوا فِيهِ وَالنَّهَارَ … Continue reading Malam dan Siang
DINAR – Sebagai Peringatan Buat Diriku
Jika dilihat pada suku kata Dinar; ianya merujuk kepada perkataan DIN dan NAR. AD-DIN bermaksud agama atau cara hidup yang telah ditetapkan oleh Allah SWT yang mencakupi kekuasaan Allah yang mutlak, penyerahan lahir dan batin kepadanya, iman dan amalan di bawah pengawasannya serta ganjaran baik dan buruk. Di dalam dunia ini terdapat banyak agama tetapi … Continue reading DINAR – Sebagai Peringatan Buat Diriku
