Tatkala Diri Meniti Bibiran Pantai

Dipetik daripada Kitab Fihi Ma Fihi Karangan Ar-Rumi;

“Sungguh kasihan orang yang sampai ke laut dan ia merasa puas mendapatkan sedikit atau sebotol air, sementara mutiara dan ratusan ribu benda-benda berharga dalam laut boleh dikumpulkan” (Sheikh Jalaluddin Ar-Rumi)

Ar-Rumi menisbahkan seorang yang berjalan ke hadrat Allah Taala yang dengan perumpamaan seseorang yang baru meniti di bibir pantai di mana seseorang itu baru sahaja berada di tepi pantai tetapi sudah merasa puas menatap pantai yang indah sedangkan laut itu luas mata memandang, bagaimana dia boleh merasa puas sedangkan banyak lagi yang dia belum pun teroka dan selami laut tersebut.

Begitu juga dengan seorang salik yang berjalan ke Hadrat Allah Taala.

Mereka sudah merasa puas apabila dibukakan oleh Allah Taala akan segala rahsiaNya sedangkan rahsia Ketuhanan Allah Taala itu terlalu dalam dan tiada hujungnya. Masih terlalu banyak lagi rahsia yang belum Allah Taala bukakan padanya sudahpun dia merasa angkuh dan sombong lalu mendabik dada bahawa dialah yang paling mengenal dan bermakrifat kepada Allah sedang dirinya baru berada di bibir air laut, belumpun berenang ke tengahnya.

Sehinggakan Al-Imam Ghazali Rahimahullahu Taala menyebut;

“Aku menyeberangi lautan fekah, aku sampai ke seberang, aku menyelami lautan tauhid, aku sampai ke seberang, aku menyeberangi lautan falsafah, aku sampai ke seberangnya, (tetapi) apabila aku menyeberangi lautan tasawuf (Ketuhanan), aku tenggelam dalam lautannya tanpa penghujung.

Wallahu a’lam

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s