Disebalik sesuatu kejayaan mahupun aturan kehidupan, pasti ianya bermula dari dorongan yang kuat samada melalui pengalaman peribadi, kisah inspirasi dari pelbagai manusia hebat, mahupun seseorang berhati mulia yang ingin kita berada di landasan yang tepat demi menggapai kejayaan di masa mendatang.Buat saya secara peribadi,Ayahanda adalah pemangkin kepada kejayaan yang saya kecapi ketika ini atas izin-Nya. … Continue reading Coretan Dhuha Yang Terindah
Author: Muhammad Yuhailmy Jamil (Abu Adam)
20th Years Seniority Award
Masya-Allah, Alhamdulillah,Hampir menghampiri 22 Tahun bertugas di SLB (previously Schlumberger) dan hari ini saya tersenyum bahagia. Melenyapkan segala duka dan sengsara yang dirasai sejak di awal penglibatan sebagai 'Trainee' sehinggalah ke satu posisi yang dipegang ketika ini. Maha Suci Allah,Antara secebis perjalanan hidup di dunia 'asing'. Terasing dari kehidupan normal nya setiap manusia dan terasing … Continue reading 20th Years Seniority Award
Akaun Uncang Emas Untuk ANAK
Ada yang bertanya, adakah boleh bagi saya untuk menukarkan simpanan wang anak-anak kesayangan ke dalam bentuk emas fizikal melalui Uncang Emas KAB Gold? Jawapan;Boleh dan sangat-sangat digalakkan. Akaun tersebut nanti akan diselenggarakan oleh Anda sepenuhnya. Saya yakin dan percaya, setiap ibu bapa mesti telah memikirkan dana-dana untuk anak mereka di masa depan. Antara dana yang … Continue reading Akaun Uncang Emas Untuk ANAK
Tips Kejayaan Melalui KAB Gold
Alhamdulillah,Memasuki tahun keempat, saya melihat keupayaan KAB Gold telah menjangkaui segala target yang telah dirancangkan sebelum ini. Malah, saya turut merasai keterujaan setiap team untuk mara lebih jauh dan berdaya saing sebagai peneraju utama 'One Stop Centre' di Malaysia perihal urusan berkaitan Emas dan Perak. Saya gembira dan bahagia bersama meniti perjalanan KAB Gold yang … Continue reading Tips Kejayaan Melalui KAB Gold
Nota Emas KAB
Ustaz Khairul Anuar Basri (KAB) merupakan Pengasas dan CEO KAB Goldynamics Sdn Bhd. Beliau seorang yang sangat dinamik, ‘energetic’ insan yang menginspirasikan, motivator dan usahawan syariah berjaya. Walaupun berpengalaman luas di dalam dunia logam mulia, beliau amat komited menyampaikan ilmu kepada masyarakat demi hasrat untuk mengembalikan kegemilangan emas dan perak sesuai dengan tarafnya yang amat tinggi dan … Continue reading Nota Emas KAB
Lagu Rasmi Politeknik Ungku Omar
Politeknik Ungku Omar,Megah Terbina di Lembah Kinta,di Ipoh Bandaraya,Perak Darul Ridzuan. Menjunjung Wawasan Pertiwi,Mendidik Ilmu Teknologi,Membantu Membangun Industri,Negara Berdikari. Menyahut Segala Cabaran,Bina Negara Perusahaan,Walaupun Seribu Halangan,Maju Terus Ke Hadapan. Politeknik Ungku Omar,Mendukung Cita-cita Bangsa,Prinsip Rukun Negara,Menjadi Panduan Kita. Tunjukkan Kepada Dunia,Kita Juga Ada Upaya,Menjadi Bangsa Berjaya,Hidup Bebas Dan Merdeka. Walaupun telah puluhan tahun menjadi Graduan … Continue reading Lagu Rasmi Politeknik Ungku Omar
Profesor Dato’ (Dr.) Ungku Omar Bin Ahmad
Profesor Dato’ (Dr.) Ungku Omar Bin Ahmad dilahirkan di Johor Bahru pada 18 Januari 1931 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu di Kluang, Segamat Pontian, Tangkak di samping Sekolah Agama sehingga darjah enam. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Maktab Melayu Kuala Kangsar sebelum meneruskan pelajaran di Universiti Malaya Singapura dan lulus dengan ijazah Perubatan … Continue reading Profesor Dato’ (Dr.) Ungku Omar Bin Ahmad
Biji Saga
Sepanjang perjalanan menuju Masjid Wilayah Persekutuan Labuan tadi, laluan itu berselerakan dengan biji-biji buah saga yang berguguran. Secara tidak langsung, mengimbau kembali zaman kanak-kanak dahulu di Kuantan, Pahang yang mana permainan traditional ini menjadi salah satu hiburan kami di masa itu. Permainan ini sebetulnya sesuai dimainkan oleh kanak-kanak perempuan. Bagaimanapun ada juga kanak-kanak lelaki yang … Continue reading Biji Saga
Indahnya Pesanan Luqman Al Hakim
Luqman al-Hakim merupakan insan istimewa yang disebut oleh Allah SWT menerusi kitabullah, dalam surah Luqman yang berkisar mengenai pelbagai nasihat yang ditujukan buat anaknya. Beliau adalah seorang hamba abdi berkulit hitam yang berasal dari Afrika, iaitu di negeri Sudan/Habsyah/Nubia (nama tempat yang sama). Sungguhpun begitu, terdapat pelbagai pendapat mengenai asal usul Luqman al-Hakim. Menurut Ibnu … Continue reading Indahnya Pesanan Luqman Al Hakim
Perancangan Menunaikan Umrah Melalui Emas Fizikal
Kos untuk menunaikan Umrah pasca Covid hari ini bermula RM6,900 (anggaran 6 Dinar Emas) untuk tempoh 12 hari 10 malam dan bergantung kepada pakej yang di pilih, harganya boleh meningkat sehingga RM10,000 (anggaran 9 Dinar Emas). Mahal?Ya, harganya semakin meningkat berbanding sebelum pandemik dahulu atas faktor penambahan kos bagi mematuhi SOP dan persyaratan yang ditetapkan … Continue reading Perancangan Menunaikan Umrah Melalui Emas Fizikal
