Hakikat Bunga Mawar

Hakikat Bunga Mawar

Kitab: Kashf Al-Ghaibiyyat
Oleh: Syeikh Zainal Abidin Al-Fathani

Setiap kali melihat bunga ros / mawar, hendaklah kita berselawat. Begitu juga apabila mencium mahupun tercium wangian bunga ini kerana ianya mengingatkan kita kepada Baginda Rasulullah SAW.

Saiyyidatuna Fatimah Al-Zahra itu adalah daripada Rasulullah SWT. Maka beliau mewarisi lambang bunga mawar ini terhadap Baginda Rasulullah. Dan Fatimah itu sendiri bermakna, Tidak Akan Disentuh Api Neraka.

Al-Zahra = Bunga yang kembang segar mewangi
Al-Zahra = Juga bermakna putih. Maka selayaknya Ros/Mawar putih itu adalah lambang Al-Batul Saiyyidatina Fatimah Al-Zahra’.

Mengikut lagenda Arab, bunga mawar pada asalnya berwarna putih. Satu masa burung Bulbul telah jatuh cinta kepada kecantikan bunga ini sehingga terlalu asyik, lalu burung Bulbul yang tidak pandai bersiul itu mula menyanyi. Oleh kerana terlalu kasih akhirnya Burung Bulbul tertusuk duri bunga mawar ini ke hatinya lalu menjadi merahlah bunga itu.

Setiap tahun, Ka’abah di basuh dengan air bunga mawar ini. Salahuddin Al-Ayyubi selepas menakluk semula Baitul Muqaddis dari penguasaan Kristian telah membasuh seluruh Haram Sharif dengan air Bunga Mawar. D khabarkan 500 ekor unta digunakan untuk membawa air Bunga Mawar ini dari Damsyik.

Bunga Mawar adalah lambang Tasawwuf. Tangkainya yang berduri ialah jerih payah Mujahadah melawan nafsu. Dan bunganya yang harum mewangi cantik ialah hasil kemuncak Mujahadah apabila telah sampai waktunya (Ahli Wusul).

Bunga Mawar juga di gelar sebagai Raja segala bunga atau Ratu Bunga. Mengikut ahli Sufi, bauan Mawar boleh membersih serta meningkatkan kesihatan badan, emosi dan rohani.

Kembang, layu dan kecantikan bunga mawar ini boleh mendekatkan diri kita kepada Allah dan mengenal-Nya, berzikir kepada-Nya.

Hidup Bunga ini mengingatkan kita kepada Al-Hayy. Kembangnya bunga ini mengingatkan kita kepada Al-Muhyi. Cantiknya bunga ini mengingatkan kita kepada Al-Jamil. Indahnya bentuk bunga ini mengingatkan kita kepada Al-Musawwir. Harumnya bunga ini mengingatkan kita Kepada Al-Razzaq. Layu dan matinya bunga ini mengingatkan kita kepada Al-Mumit. Dan begitulah seterusnya tiada pnghujung sehingga Liqa’ Allah.

#AbuAdam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s