Khas buat bakal Penyimpan Emas yang mula terdetik memulakan langkah pertamanya menyimpan Logam Mulia. Saya kongsikan sedikit tips sebagai panduan;
Nawaitu / Niat — Tiada yang mustahil dan insya-Allah dipermudahkan Yang Maha Esa jika niat dan hasrat memiliki Logam Mulia itu jelas demi kebaikan masa mendatang juga datangnya dari sumber yang halal.
Mencari Ilmu — Ilmu Emas sangat luas dan hebat. Kalian boleh dapatinya melalui pembacaan, perkongsian pengalaman dari individu tertentu, menghadiri sebarang seminar juga dari Mentor yang diakui kredibiliti nya.
Tanya Kepada Seseorang Yang Arif — Jangan sesekali tersilap langkah. Terlalu banyak yang bertopengkan Scam yang akhirnya merenggut kekayaan Anda dengan rakus. Pastikan setiap pembelian WAJIB kalian dapatkan fizikalnya.
Asingkan Wang Simpanan Bagi Tujuan Pembelian — Sebarang pembelian produk Emas memerlukan wang fiat. Pastikan kalian gunakan wang simpanan yang mana paling tidaknya 5% ~ 10% setiap bulan bagi tujuan ini. Jangan sesekali membeli Emas dengan menggunakan wang kecemasan atau kegunaan harian/bulanan.
Beli Sebarang Produk Emas Dari Syarikat Yang Berkredibiliti — Kelebihan yang sangat besar jika Anda membeli dari syarikat yang sangat stabil dan kukuh bagi memudahkan urusan jualan balik serta produknya yang benar-benar mengikuti piawaian dari segi ketulenan juga beratnya.
Pembelian Emas Mengikut Kemampuan — Harus diubah lebihan wang fiat di tangan ke dalam bentuk Emas sebelum nafsu berbelanja menguasai diri. Kini Anda mampu memiliki Emas Fizikal walau serendah 0.25gram
Simpan Emas Fizikal Sebaik Mungkin — Pastikan Emas Fizikal ditempatkan di suatu kawasan yang hanya Anda sahaja yang mengetahui dan tidak terjangka oleh sesiapa. Sekiranya kurang yakin akan keselamatannya, kalian boleh memilih Akaun Uncang Emas keluaran KAB Gold yang mana kos simpanan Emasnya adalah percuma.
Paling utama, hilangkan sebarang keraguan dan mulakan langkah pertama menyimpan Emas demi future financial freedom. Biarpun kemampuan hanya sekadar cuma namun, ianya pasti menggunung jua akhirnya sekiranya terus konsisten berusaha memiliki Logam Mulia ini tanpa henti.
Yuhailmy Jamil (Abu Adam)
DUTA KAB Gold
KABGoldSelangor.com
