Bakal Penyimpan Emas atau yang sedia ada seharusnya tahu mengenai produk Emas yang mempunyai status antarabangsa LBMA juga kepentingannya terhadap dunia Emas semasa.
LBMA adalah ringkasan dari ‘London Bullion Market Association‘ merupakan satu badan induk yang berpusat di London yang mana ianya mengawal dan menentukan pasaran Emas dan Perak di seluruh dunia.
Pengawalan oleh badan ini termasuk:
- Harga pasaran semasa dunia.
- Tahap ketulenan.
- Kualiti mengikut spesifikasi.
- Standard berkaitan.
LBMA ini ditubuhkan pada tahun 1987 oleh ‘Bank of England‘ dengan keahlian sehingga kini sekitar 145 syarikat seluruh dunia dari pelbagai sektor antaranya pelombong, bank, pelabur, pelebur, pembekal dan pengilang.
Bukan semua Syarikat Pengeluar Emas di akreditasikan/dianugerahkan status LBMA ini. Hanya Syarikat besar, kukuh dan hebat sahaja terpilih dan memenuhi kriteria sahaja dapat bernaung di bawah LBMA seperti antaranya Pamp Suisse, Perthmint, Argor, Valcambi, Degussa, Ettihad, Nadir Metal dan bermacam-macam lagi.
Persoalannya, kenapa perlunya pengiktirafan LBMA di Malaysia suatu ketika lalu?
- Tidak dikenakan GST sama sekali kerana ianya tidak dibuat di Malaysia dan pada yang sama ia adalah Emas Au 999.9/Perak Ag 999 yang bertujuan untuk simpanan dan pelaburan.
- Diiktiraf di peringkat antarabangsa yang mana urusan penjualan yang tidak merumitkan malah diterima pada harga yang tinggi walaupun di luar negara.
- Ianya cantik dan Elegan juga sangat mudah untuk diuruskan.
Sebaik mana sekalipun produk dengan pengiktirafan LBMA pasti akan adanya kekurangannya seperti;
- Seal Pakaging yang bersifat kekal. Sekiranya terbuka, susut nilai boleh menjangkau sehingga 15% kerana ianya secara automatic dianggap sebagai used gold.
- Emas ini diterima di kebanyakan Ar-Rahnu di Malaysia tetapi mereka mensyaratkan perlu di buka seal terlebih dahulu untuk pengujian Emas.
- Spread sedikit tinggi tetapi tidak keterlaluan.
- Gold Premium juga sedikit tinggi namun tidak membebankan pembeli.
Maka dengan itu, adakah anda yakin dengan produk Emas di dalam simpanan/genggaman anda kini mempunyai spesifikasi yang diharapkan? Dan, yakinkah anda dengan ketulenan juga berat yang dicatatkan?
Bagi Penyimpan Emas baru, buatlah ‘Research‘ terlebih dahulu sebelum wang bertukar tangan agar anda tidak tersalah langkah yang boleh mengakibatkan kerugian, insya-Allah.
Untuk maklumat lanjut mengenai LBMA, anda boleh melayari Website Rasmi.

3 thoughts on “Apakah itu LBMA?”