Kegagalan Adalah Guru Terbaik Merealisasikan Impian

Pernah saya ditanya oleh para pelanggan bagaimananya saya bermula sebagai Wakil Jualan (Dealer) merangkap Pembimbing EMAS KAB Gold dan resepi kejayaan sehingga kini.

Sebelum itu, saya merupakan salah seorang pekerja di lapangan Perminyakan dan Gas (O&G) di salah sebuah syarikat gergasi dunia yang berpangkalan di USA. Sehingga artikel ini ditulis, saya telah berkhidmat selama hampir 25 tahun di lapangan ini dan telah bekerja di beberapa buah negara terutamanya di East Asia dan Middle East.

Untuk pengetahuan anda, saya bermula sebagai Penyimpan Emas sejak dari tahun 2012 yang mana ketika itu telah terbukanya minda saya apabila melihat keupayaan emas sebagai medium pelaburan terbaik dan juga sebagai langkah hebat demi mengelakkan sifat boros yang keterlaluan terutamanya pada waktu menerima wang gajian. Sepanjang karier di perusahaan ini sebelumnya itu membutakan mata juga memekakkan telinga saya untuk berusaha menyimpan demi mencapai “Financial Freedom” di masa hadapan.

Apa yang mengujakan hasrat malah di asak dengan keinginan berlandaskan nafsu semata-mata bukanlah menjadi halangan kerana wang ringgit terbentang luas dengan penuh kemewahan. Pendek kata, apa sahaja yang saya hajatkan, pasti akan dapat saya perolehi secepatnya (semoga Allah memaafkan saya).

Pada awalnya saya membuat pembelian Gold Bar hanya di Kedai Emas ternama kerana keyakinan akan ketulenan juga branding syarikat tersebut memandangkan terlalu banyak penipuan di luar sana lebih-lebih lagi apabila perkataan berkaitan pelaburan di ketengahkan.

Sehinggalah saya menyedari pada pertengahan tahun 2015 bahawa kerugian yang sangat besar telah saya lakukan selama ini yang mana harga yang ditawarkan Kedai Emas ini terlalu mahal kerana ianya mengikut harga yang ditetapkan oleh Persatuan Peniaga Emas Malaysia!

Lebih parah, ketika GST dilancarkan pada April 2015 membuatkan harga setiap belian mahupun jualan emas dan perak dikenakan GST kerana produk tersebut tidak mempunyai pengiktirafan LBMA serta tidak tergolong di dalam Investment Prescious Metal (IPM).

Namun begitu, saya teramat bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk membuat sedikit kajian peribadi agar tidak terus mengalami kerugian yang berterusan. Yang pasti, pembelian di Kedai Emas TERNAMA bukanlah menjanjikan produk dengan harga dan kualiti terbaik.

Sewaktu mengenal Syarikat Emas yang berpengkalan di Pulau Pinang (setelah menyelidiki dari pelbagai sumber), saya tidak mengambil masa yang lama dengan mengambil peluang mendapatkan status Dealer demi untuk kegunaan peribadi sehinggalah terlintas difikiran untuk membimbing insan-insan di luar sana agar celik akan kepentingan memiliki Logam Mulia tanpa merasai kesilapan yang telah saya hadapi sebelum ini.

Mendapatkan ilmu emas dan perak jujurnya adalah sangat terhad malah ada juga syarikat yang mengenakan bayaran kepada mereka yang menginginkannya. Secara tidak langsung, terdetik juga hati untuk saya usahakan sebaik mungkin menimba seberapa banyak ilmu berkaitan Logam Mulia ini agar dapat saya perturunkan kepada mereka yang berminat secara PERCUMA sebagai bekalan saya di penghujung hari nanti.

Alhamdulillah atas izin-Nya,
Demi melebarkan sayap Empayar Emas yang di bina selama ini juga jihad ilmu buat masyarakat, setelah bergelar ‘Priority Dealer’ di sebuah Syarikat Emas yang besar selama 6 tahun, saya telah mengambil sebuah keputusan yang sangat drastik.

Sejak beberapa tahun sebelum itu, saya sering memikirkan malah berdoa dan berharap agar suatu masa nanti akan lahirnya sebuah Syarikat Emas milikan orang Islam sepenuhnya yang mampu menawarkan perkhidmatan yang kurang lebih sama malah jauh lebih baik dari Syarikat Emas yang saya ikuti sebelum ini.

Sungguh, sebagai seorang ‘Muslim‘, adalah menjadi tanggungjawap saya untuk membantu dalam membangunkan ekonomi ummah. Pada saya secara peribadi, jika ingin melihat kebangkitan ekonomi Islam, kita seharusnya menyokong penuh saudara Muslim kita yang lain dalam bermuamalat. Dari sudut perspektif tersebut saya melihat kepada perkara;

  • Keuntungan sesebuah syarikat Muslim pasti akan dikembalikan kepada Muslim selainnya melalui infaq dan zakat perniagaan yang diberikan. Dan hasil keuntungan ini sangat bermakna untuk menbangunkan ekonomi dan taraf masyarakat muslim itu sendiri. Biarpun harga penjualannya sedikit mahal atau perolehan keuntungannya kecil berbanding syarikat emas non-muslim ketika ini, impak dari pemberian ikhlas kerana Allah itu amat besar nilainya. Dan, jika majoriti kita sebagai muslim bersatu padu membangunkan setiap syarikat muslim di bumi Malaysia, MasyaAllah, pasti bumi kita berkah dan jurang dari segi ekonomi antara kita dengan non-muslim itu akan mengecil.
  • Kepatuhan syariah yang ketat adalah faktor utama bagi saya kerana kita bermuamalah dengan barang ribawi. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang wujud, dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual ketika berlangsungnya kontrak jual beli. Oleh itu, jual beli suatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli suatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya adalah tidak sah.

Di sini, saya mengandaikan bahawa diri saya hanyalah seekor ‘Burung Kecil‘ di zaman Nabi Ibrahim a.s. yang berusaha terbang berulang alik mengisi air di dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang sedang membakar tubuh Baginda.

MasyaAllah, Sang pipit menjawap;
“Memang usahaku ini tidak akan mampu memadamkan api itu namun, aku lebih takut kepada Allah yang akan menyoal aku nanti iaitu apakah yang telah aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”

Sungguh, walaupun saya telah mendapat pelbagai keuntungan dan ramainya prospek di bawah bimbingan saya dan para Dealer Emas di bawah rangkaian saya sebelum ini, pasti itu bukanlah sesuatu yang mematahkan semangat dan impian saya demi perjuangan dan jihad ilmu serta ekonomi buat saudara muslim saya yang lain. Dan, saya yakin keputusan ini adalah datangnya dari Allah untuk saya berhijrah kepada sesuatu yang baik dan dirahmati olehNya.

“Ekonomi Islam adalah ekonomi berdasarkan pada konsep ketuhanan. Sistem ini bersumber dari Allah SWT, bertujuan akhir kepada Allah SWT, dan menggunakan sumber yang tidak melanggar syariat”. (Yusuf Qardhawi)

Wahai Diriku,
Tidakkah diri berhasrat menjadi seumpama ‘Burung Kecil‘ di zaman Baginda Nabi Ibrahim yang berusaha walaupun ia tahu usahanya kecil dan setidaknya ia mempunyai jawapan atas persoalan yang akan dibangkitkan ‘di sana’ nanti?

Alhamdulillah berkat kurniaannya, para insan yang telah dibimbing sehingga kini (termasuk yang telahpun menjadi pelanggan di bawah Empayar KAB Gold Selangor (EKGS) merangkaui pelbagai lapisan masyarakat dari negara Malaysia dan Brunei Darussalam.

Tidak berhenti di situ, saya turut mempunyai rangkaian Dealer di bawah saya yang bergerak aktif menyumbang usaha dalam mendidik masyarakat akan kebaikan menyimpan Logam Mulia ini (semoga terus dipermudahkan Allah).

Untuk menjadi seorang DUTA, Wakil Jualan juga Pembimbing Emas KAB Gold saya WAJIB untuk pegang 3 perkara di dalam setiap usaha/langkah untuk menjadi antara yang terhebat iaitu;

  • Buat dengan BETUL – Teruskan belajar dan FOKUS pada 1 pilihan yang terbaik, sebaik yang mungkin. KAMUS MASTERY menjadi rujukan UTAMA sebagai langkah untuk berjaya.
  • Buat dengan SABAR – KONSISTEN dan Insya-Allah hasilnya akan dapat kita nikmati kemudian hari. DOA setiap hari agar Allah permudahkan segala usaha yang dibina.
  • Buat sampai JADI – Capai impian, misi dan visi secepatnya dengan ilmu juga kaedah yang tepat. Biar impian ingin sampai ke bintang, namun akhirnya diri terhenti di bulan, ianya sudah jauh memadai dari diri masih berpijak di bumi.

Saya amat komited untuk tetap fokus dengan KAB Gold dan bersama membantu untuk menaikkan jenama ini ke suatu tahap yang lebih tinggi, insya-Allah.

Dari lubuk hati saya yang paling dalam,
Sekalung kasih buat para pelanggan yang setia dan tidak dilupakan buat follower dan supporter kami sehingga kini.

Doakan agar segala usaha dan impian KAB Gold dipemudahkan Allah dan mampu memberikan kebaikan dan manfaat kepada pembangunan ummah, Allahumma Ameen.

Yakinlah bahawa kalian kini berada di platform terbaik dunia melalui KAB Goldynamic Sdn Bhd. Penuh dengan jaminan, tiadanya kegusaran dan ayuh hindarilah sebarang keraguan. Mulakan langkah pertama kalian hari ini walaupun kemampuan hanya sekadar 0.2gram yang kini berharga di bawah RM100 dengan pembelian secara konsisten setiap bulan.

InsyaAllah akan kalian tersenyum BANGGA melihat hasilnya di kemudian hari nanti.

Insya-Allah saya akan terus mengorak langkah yang gemilang tanpa lagi menoleh ke belakang dalam misi melebarkan ‘Empayar Emas’ yang saya miliki. Mohon doa dan sokongan anda untuk saya terut kuat dalam merealisasikan impian yang semakin mekar sejak sekian lama. Allahumma Ameen.

Yuhailmy Jamil (Abu Adam)
DUTA KAB Gold
KABGoldSelangor.com

Remember, Guard Your Wealth With Stable Investment through Physical Gold and Silver.

Leave a comment