Sekilas pandang,
Sebuah ‘Kembara Ilmu‘ pada 02-Dec-2024 yang dipermudahkan Allah dari awal hingga ke hujungnya.
Alhamdulillah,
Sesuatu yang amat mengujakan apabila dapat bersua secara maya bersama para pelanggan di bawah Gabungan Empayar PAKSI, KAB Gold Selangor (EKGS), Sahabat DUTA dan para pelanggan KAB Gold yang hebat. Secara tidak langsung, mengeratkan lagi ikatan ukhwah antara kami.
Pelbagai ilmu baru juga peringatan buat diri ditimba yang pastinya memberikan manfaat buat kami mengharungi segala liku-liku kehidupan di masa mendatang, insya-Allah.
Mohon jutaan kemaafan dari insan kerdil ini, sekiranya ada keterlanjuran kata mahupun mengguris hati dan perasaan para pendengar semasa sessi perkongsian ilmu berlangsung. Yang baik dan mulia datangnya dari Allah SWT dan segala kekhilafan itu dari diri saya empunya diri. Semoga bersama kita tetap di dalam rahmat serta penjagaan dari-Nya, Allahumma Ameen.
Uniknya di KAB Gold, perkongsian ilmu adalah antara misi utama kami yang mana makna KAB itu sendiri membawa erti yang besar buat mereka yang memahami;
▪️K = Knowledge
▪️A = Asset
▪️B = Bullion
Maha Benar Allah di atas firman-Nya yang agung;
“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” (QS. Al-‘Asr 103: Ayat 1-3)
EMAS di anggap SAFE HAVEN ini adalah aset yang diharapkan nilainya tetap atau meningkat walaupun pasaran dunia tidak menunjukkan kestabilan malah sedang bergolak. Keupayaan emas dalam menangani masalah kewangan ini amat banyak.
Antara faktor yang membuatkan ianya menjadi pilihan adalah ianya dijadikan sebagai alat tukaran dalam aktiviti ekonomi sejak ribuan tahun malah, masyarakat global turut mengakui bahawa Sang Emas adalah suatu logam yang sangat bernilai tinggi dan boleh digunakan di mana-mana sahaja di dunia!
Tidak dengan itu, pelbagai kisah inspirasi berkenaannya yang boleh diambil sebagai pengajaran juga membangkitkan semangat dan keyakinan untuk membantu kita keluar dari kepompong yang menghimpit sebelum ini.

- Umum mengetahui akan apakah itu EMAS dan segala keberuntungan darinya maka, tidak perlu mengupasnya lebih lanjut. Tajuk pilihan kali ini lebih kepada membangkitkan semangat dan keyakinan untuk menjadi Penyimpan Emas yang bahagia dari pelbagai kisah inspirasi sedia ada dan ini adalah harapan saya.

- Emas tidak boleh dibinasakan dan mempunyai ‘Nilai Instrinsik‘. Ia tidak boleh terbakar, tidak reput, tidak busuk, tidak berkarat dan sentiasa bersinar cantik.
- Walaupun ia hancur menjadi debu sekalipun, tetap ada nilainya. Bagaimana dengan matawang kertas yang dirobek kecil? Adakah bernilai di mata kita?
- Sebab itulah makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.
- Jika harga semasa melebihi kos perlombongan,maka industri perlombongan ini akan terhenti dan akhirnya meningkat semula atas supply and demands seluruh dunia.

- Gold Quote – If you don’t trust gold, do you trust the logic of taking a pine tree, worth $4,000-$5,000, cutting it up, turning it into pulp, putting some ink on it and then calling it one billion dollars? – Kenneth J. Gerbino
- The Lydian Lion – Syiling Emas ini diterbitkan oleh Maharaja Lydia yang bernama Croesus dan ada yang mengatakan bahawa Raja Midas adalah Croesus. Berat dan nilai yang sama antara satu sama lain juga ditempa dengan Mohor diRaja.

Sebelum Emas digunakan sebagai muamalat sekitar 6000 tahun yang lalu pada Zaman Pemerintahan Mesir Purba;
- Setiap Emas yang diketemui wajib diserahkan kepada Raja dan tidak sesekali kepada penggunaan awam.
- Emas dianggap sebagai Airmata Tuhan.
- Hanya digunakan sebagai aktiviti keagamaan dan perhiasan di raja.

Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada Urwah yang bermaksud;
(Pada suatu hari) Rasulullah SAW menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah SAW memberi kepadaku satu Dinar dan berkata; “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing.”
Akupun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu Dinar. Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di Perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripadaku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu Dinar.
Kemudian aku berjumpa Rasullullah SAW dengan membawa seekor kambing dan satu Dinar lalu aku berkata; ”Wahai Rasulullah, inilah Dinar dan kambing milikmu.”
Rasulullah bertanya; ”Bagaimana kamu melakukannya?”
Akupun menceritakankepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata; “Ya Allah, berkatilah Perniagaannya.”
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan, “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham.” (Hadith dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal) – Walaupun ianya hadith dhaif (selagi BUKAN hadith tersangat dhaif atau hadith MAUDHU’ – palsu), ianya tetap hadith cuma, sanad dan perawinya tidak mencapai taraf hasan atau sahih.

EMAS UNTUK SEMUA GOLONGAN;
- Anak – Emas berfungsi sebagai Tabungan Pendidikan mereka di masa mendatang. Ketika ini pun yuran pengajian juga memerlukan kos yang tinggi. Bayangkan selepas 10 tahun nanti. Jika perlu, hanya cairkan bagi menampung kos.
- Student di peringkat IPTA/IPTS – Emas berfungsi sebagai tabungan masa depan untuk dijadikan hantaran kahwin, pembelian rumah, pembiayaan semula PTPTN (jika ada membuat loan sebelum ini) dan modal permulaan perniagaan buat yang berhajat. | Kisah Inspirasi anak muda memiliki 3 buah rumah.
- Ibu Bapa – Emas berfungsi sebagai insuran kecemasan. Sekiranya berlaku kemalangan seperti rumah terbakar, ibubapa atau anak sakit, kereta rosak dan sewaktu dengannya. Mereka boleh gunakan emas sebagai backup dalam kehidupan. Pajak atau jual emas untuk menampung keperluan disaat kecemasan.
- Usia Emas – Emas berfungsi sebagai tabungan untuk menunaikan haji/umrah. Atau pertukaran aset seperti tanah dan juga rumah. Simpanan hari tua wajib bagi kita kerana sebelum ini KWSP telah mengeluarkan sebuah artikel yang mana purata setiap rakyat malaysia hanya mempunyai wang bulanan sebanyak RM475 sahaja. Oleh itu, setelah kita mendapat sejumlah wang KWSP yang besar nanti, pastikan wang tersebut bukannya untuk dilabur kepada sesuatu yang tidak wujud/scammer. Rancang simpanan hari tua sebaik yang mungkin.
- Usahawan – Emas berfungsi sebagai dana kewangan untuk rolling bisnes anda.
- Umum – Emas boleh dijadikan sebagai pengikat kasih / hadiah kepada mereka yang tersayang.


- Mengikut sejarah, beribu-ribu pelarian Vietnam melarikan diri meninggalkan kampung halaman mereka dengan menjual seluruh harta benda seperti rumah, tanah, kebun dan ternakan mereka sebelum mengubahkannya kepada kepingan Emas Kim Thanh (pengeluar bullion emas di Saigon/Ho Chi Minh).
- Emas ini dikeluarkan pada sebelum tahun 1975 dengan ketulenan Au999.9/24K dengan berat sekitar 37.5g | Merupakan gabungan 3 kepingan emas iaitu 2x15g + 7.5g.
- Disembunyikan di dalam jahitan baju bagi mengelakkan kehilangan atau di rampas semasa pelarian.

- Peringatan dan kata-kata hikmah Syeikh Imran Hossien.

- Kisah Qarun – Orang Terkaya Zaman Nabi Musa a.s.





Muhammad Yuhailmy (DUTA KAB Gold)
KABGoldSelangor.com
