Masih ingatkah anda di waktu anda masih kecil? Di mana dunia perbankan belum merambah perdesaan. Kita sering mendengar bahawa orang tua kita memiliki simpanan berupa emas, baik itu emas berupa perhiasan maupun emas berbentuk batangan. Di mana simpanan tersebut seringkali mereka jual untuk membiayai persekolahan anak hingga ke perguruan tinggi dan ada juga dicairkan untuk mendapatkan dana bagi majlis perkahwinan.
Emas sebagai pelindung kekayaan!
Pernahkah kita berpikir, untuk apa mereka menyimpan aset dalam bentuk emas dan mengapa mereka membeli? Sudah pasti jawapannya untuk mencari keuntungan. Mungkin sebahagian masyarakat juga belum berfikir mengapa harga emas sentiasa selalu naik yang diikuti dengan peningkatan harga barang-barang lainnya (inflation effect).
Tidak pernahkah terpikirkan oleh kita mengapa harga emas seolah-olah mengikuti nilai wang (value of money)? Mengapa pula emas tidak mengalami depresiasi (berkurang nilainya kerana umur dan fungsinya), seperti aset kekayaan lainnya, dan tidak berkurang nilainya kerana waktu?
Emas Adalah Aset Lindung Nilai
Sedar atau tidak, yang pasti orang tua kita telah melakukan perlindungan ke atas nilai kekayaannya yang mereka miliki sebagai bentuk jangkaan dalam keperluan masa mendatang. Mereka telah melakukan tindakan melindung nilai (hedging) secara sederhana.
Emas sebagai aset pelindung nilai kekayaan ternyata tidak hanya dilakukan oleh orang tua kita, saat inipun emas masih menjadi salah satu bahagian dari portfolio aset dari para Pengelola Dana Global (hedge fund).
Komoditi emas di anggap sebagai aset yang terbebas dari risiko inflasi, sehingga apabila terdapatnya indikasi akan adanya kenaikan laju inflasi atau kondisi perekonomian tidak menunjukkan pertumbuhan, maka para pengelola dana global itu akan melakukan pemindahan portofolio mereka dengan memborong emas sebagaimana mereka lakukan saat ini di mana perekonomian global sedang lesu setelah dipicu kredit buruk Amerika dan kenaikan harga minyak dunia.
Sebenarnya sebagai sarana lindung nilai secara konvensional selain emas, juga seringkali mereka terapkan pada beberapa aset lain yang mereka miliki. Pilihan tersebut sangat tergantung dengan karakter pemilik dana, kerana setiap pilihan akan mengubah risiko yang dihadapi. Seperti halnya tanah, yang juga mengalami penyesuaian terhadap kenaikan harga barang (inflasi). Namun, aset ini memiliki risiko yang berbeza dengan emas. Emas pasti lebih mudah dalam menjualnya, sementara tanah tidaklah demikian. Dalam pengertian lain emas itu lebih mudah di cairkan berbanding hartanah.
Kenaikkan harga tanah relatif lebih lambat daripada emas. Penjualan dan kenaikan harga juga tergantung kepada lokasi setempat yang ditentukan pemerintah. Ini tentunya menjadi suatu risiko yang berbeza dengan emas. Emas lebih berisiko dalam hal berkaitan keselamatan kerana lebih mudah hilang mahupun akibat angkara kecurian.
Emas Sebagai Pelindung Kekayaan
Persepsi yang berbeza terhadap risiko juga akan membuat keputusan yang berbeza pula dalam pilihan berinvestasi. Namun, lindung nilai atas emas hanya sebagai upaya untuk meminimunkan kerugian atas risiko perubahan harga atau inflasi. Sementara itu, terhadap risiko lainnya mungkin saja masih ada ketika pemilik dana membeli emas. Namun demikian terdapat kemungkinan pemilik dana akan terbebas atas risiko penurunan nilai akibat kenaikan harga secara umum akibat adanya inflasi.
Alasan Mengapa Emas Sebagai Pelindung Asset
Mungkin ayat yang selalu dipegang oleh para pelaburr baik itu yang berskala besar mahupun yang kecil ialah selamat dan tidak akan pernah terjadinya Inflasi. Kemudian banyak orang yang mengatakan bahawa tidak ada instrument pelaburan yang dapat melindungi nilai pelaburan anda sebaik emas. Mungkin bagi anda yang bukan pecinta mahupun peminat emas, ayat ini terdengar terlalu berlebihan, namun sebetulnya tidak ada salahnya anda mendengar ulasan ringkas akan kenapa emas paling layak digunakan sebagai pelindung nilai.
Tidak terdapat Counterparty Risk
Ketika anda memegang emas, anda memegang ‘Tangible Asset’ yang tidak tergantung pada orang lain. Tangible Asset dalam genggaman anda ini akan menjadi semakin penting pada saat krisis kewangan melanda. Tanyakan kepada orang yang mengalami krisis financial yang serius pada negaranya, maka anda akan tahu betapa pentingnya Tangible Asset berupa emas ini.
Daya beli konsisten
Katakanlah harga emas pada saat ini emas turun menjadi US$500/troy oz dua tahun lagi, pastilah harga komoditi yang lain seperti gandum, minyak dan sebagainya juga turut ikut turun bukan? Statistik berabad-abad (dalam Islam sudah terbukti lebih dari 14 abad), menunjukkan adanya hubungan yang nyata antara harga emas dengan harga komoditi-komoditi yang diperlukan oleh manusia. Jadi seandainya harga Emas turun, anda juga tidak mengalami penurunan dalam kemakmuran anda, kerana anda akan tetap dapat membeli barang-barang keperluan anda dengan jumlah emas yang sama.
Tidak tergantung Pemerintah
Apabila anda bandingkan dengan wang Kertas yang nilainya bergantung pada keputusan pemerintah dan birokrat masing-masing negara, emas nilainya sama sekali tidak bergantung kepada mereka. Dengan memegang emas, anda tidak perlu mencemaskan keputusan Pemerintah mengenai interest rate dan sejenisnya.
Asset yang diluar Perbankan
Dengan Emas anda berkesempatan untuk memiliki aset yang diluar pengaruh sistem dunia perbankan sama sekali. Kita tahu bahawa dunia perbankan di seluruh dunia tanpa terkecuali negara maju sekalipun selalu dihantui krisis seiring waktu. Dengan emas anda akan terbebas dari pusaran krisis perbankan yang boleh muncul bila-bila masa dan di mana sahaja. Berbanding Emas, ianya bersifat kekal dah seharusnya anda dan keluarga mengubahkan harga ke dalam bentuk Logam Mulia ini.
Biarpun ekonomi dunia tergoncang seklaipun, harta anda tetap akan aman dan kehidupan anda dapat diteruskan seperti biasa. Ingat, sejarah lalu telah membuktikannya!
Muhammad Yuhailmy (Abu Adam)
DUTA KAB Gold
KABGoldSelangor.com
