ARTIKEL INI DITUJUKAN KHAS BUAT BAKAL PENYIMPAN EMAS BARU
Bagaimanakah caranya jika seseorang ingin menyimpan EMAS sebagai salah satu cara tabungan dan pelaburan demi mengelakkan inflasi, dengan sekadar mampunya setiap bulan yang mematuhi syariah ?
Perlu jelas di sini bahawa tiadanya pelaburan emas yang menjanjikan profit/keuntungan segera kerana harga pasaran emas naik turun bergantung kepada supply and demand, impak dari nilai matawang dan pastinya ‘Fundamental Effect’ yang selalunya tidak mampu dielakkan. Yang pasti, keuntungan besar dapat anda rasai setelah suatu jangkamasa tertentu.
Tidak dengan itu, ianya boleh dianggap sebagai insuran kewangan anda juga penyimpan nilai yang terbaik demi menyelamatkan kekayaan dari sebarang bencana dan kesulitan.
Demi memenuhi maksud ini, terdapatnya TIGA cara utama yang dapat anda ikuti iaitu;
Pembelian Emas Fizikal Secara Langsung
- Melalui Pengeluar Emas, Syarikat Emas, Kedai Emas, Bank, Dealer Emas mahupun orang perseorangan.
- Pastikan emas yang dibeli bertaraf Investment Precious Metals (IPM) dan mempunyai pengesahtulenan dari Gold Assayer.
- Pastikan emas yang dibeli itu dijual pada harga yang setimpal dengan kualiti dan ketulenannya, mudah untuk jualan balik, mempunyai spread/susut nilai terendah juga mudah untuk di Ar-Rahnu tanpa sebarang urusan yang cerewet.
Akaun Pelaburan (Simpanan) Emas
- KAB Gold menawarkan Akaun Uncang Emas (UE) yang mana ianya merupakan akaun simpanan emas yang boleh di beli samada secara online. Emas yang dibeli bersandarkan kepada Emas Fizikal yang mana anda boleh menjualkannya melalui sistem atau menuntut fizikalnya setelah 30 hari pembelian.
Pembelian Barangan Kemas
- Kelebihan buat Permaisuri Hati untuk memakainya pada bila-bila masa serta mudah dicagarkan di Al-Rahnu sekiranya memerlukan wang segera sewaktu terdesak. Namun, harga jualan adalah sangat tinggi malah mempunyai spread yang amat tinggi juga sewaktu jualan balik.
Walaupun apa pilihan di hati, anda perlu selalu berwaspada. Pastikan anda elakkan perkara-perkara di bawah ini sekiranya ada sesiapa yang menawarkannya dengan umpan yang manis;
- Tiadanya emas fizikal sama sekali.
- Menjanjikan Hibah tanpa sebarang pemberian fizikal.
- Dikenakan bayaran untuk ‘Yuran Keahlian’ kononnya demi mendapatkan harga belian produk emas dengan harga murah serta menawarkan bonus berganda apabila mendapatkan ahli tambahan di bawahnya.
- Mendapat emas fizikal apabila bayaran telah dilaksanakan namun ianya perlu diserahkan untuk mendapatkan keuntungan secara bulanan.
- Sebarang pelaburan emas yang menawarkan keuntungan wang ringgit.
- Pelaburan Scam yang terdapat dalam senarai Alert List Bank Negara Malaysia.
Perkara ini juga amat penting diketahui oleh bakal Penyimpan Emas bagi mengelakkan daripada terjebak dalam risiko belian emas yang berasaskan kepada Scam yang akhirnya menyebabkan diri terjerumus dalam gaung kerugian tanpa di sedari.
Justeru itu, research adalah amat diperlukan sebelum wang bertukar tangan.
Muhammad Yuhailmy (DUTA KAB Gold)
KABGoldSelangor.com
