Alkisah – Kembali Bertandang Ke Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh Perak

Alhamdulillah atas izin-Nya,
Kembali bertandang ke POLITEKNIK UNGKU OMAR (PUO) setelah sekian lama bagi melihat suasana dan perkembangan yang ada di sekitarnya. Tidak dengan itu, saya turut menuju ke rumah sewa lama di Persiaran Cempaka Sari 32 yang disewa sejak Semester kedua hingga berakhirnya Semester keenam. Tidak banyak perubahan ketara di kawasan ini.

Sepanjang perjalanan trip ke Ipoh, Perak kali ini, panjang juga coleteh saya di dengari oleh ‘Permaisuri Hati‘ dan anak-anak….😊

Tidak dengan itu, kesempatan besar buat kami meronda Bandaraya Ipoh sepuasnya sebelum berangkat pulang keesokkan harinya untuk trip seterusnya.

MasyaAllah,
Damai hati saya di sini melihat keindahan gunung ganang serta pepohonan di sekitarnya yang tidak langsung menerbitkan kedamaian di dalam jiwa.

Allahu Akbar,
Pelbagai perasaan yang terbit ketika ini dan hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Buat adik-adik ku Pelajar PUO sekalian,
Adalah tidak mustahil untuk setiap kita menuju ke puncak. Perjalan yang jauh adalah bermula dari langkah pertama. Jika tersesat di tengah jalan, gunakanlah akalmu agar koordinat yang akan kalian tujui tetap di dalam sasaran.

Buat para Graduan dan Alumni PUO di serata pelusuk dunia, sesungguhnya anda adalah insan yang sangat istimewa. Semoga kalian terus meniti kejayaan sebelum menggapai bintang di angkasa raya!

Ayuh sebarkan keupayaan, kekuatan, pengalaman dan ilmu yang ada untuk menyuburkan bumi anugerah ilahi ini sebagai bekalan utama untuk kita ‘ke sana’, insya-Allah.

Kekuatan dan Keamanan Melalui Teknologi!
Yuhailmy Jamil | 013DEE99 | Diploma in Electronic Engineering

Gerbang hadapan Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh, Perak.
Saya di hadapan Gerbang Utama PUO.
Signboard ke arah rumah sewa lama di Persiaran Cempaka Sari 32
Signboard ke arah rumah sewa lama di Persiaran Cempaka Sari 32
Rumah bernombor 6 ini disewakan oleh saya bersama rakan-rakan bermula Semester Ke-2 hingga berakhirnya Semester Ke-6.

Leave a comment