SLB 2024 Performance Reward Program

MasyaAllah, Alhamdulillah,
Antara berita yang membahagiakan hati di malam hari atas Anugerah dariNya. Honestly, this is one of GREAT achievements since working with SLB for almost 23 years. Given by the SLB Reservoir Performance Management Team, I definitely will boost up my ability to work more harder and to be top of my career, too.

Special thanks to all my brothers and sisters in surrounding East Asia Geomarket (EAG), for the support given until now. This award is dedicated to my father Jamil Ali, Queen of my heart Rapidsza Majid and also to all my ‘Super Hero’ Adam Yuhailmy, Danish Iskandar, Aqil Ziqry, Noah Luqman and Hud Miqael.

Allahu Akbar,
Amat banyak kenangan suka dan duka tatkala mencari rezeki di dalam bidang Oil and Gas ini. Dan pastinya, menjadikan ianya suatu memori indah untuk dikenangkan suatu hari nanti malah, menguatkan azam dan semangat untuk terus memperbaiki segala kelemahan.

Hidup ini sebetulnya BUKAN untuk kita membandingkan diri dengan insan lain juga bersaing dengan seseorang yang kita anggap mampu untuk menggugat kredibiliti kita sendiri. Walhal hakikatnya, PERSAINGAN hidup adalah terhadap DIRI SENDIRI yakni, bersaing dengan diri kita yang lalu agar kita menjadi manusia yang lebih baik dari hari sebelumnya.

Benar,
Rezeki telah ditentukan oleh Allah Yang Maha Pemberi namun, tahukah bahawa adanya rezeki tambahan kurniaan Allah terhadap para HambaNya jika kita berusaha?

Ketahuilah, ada 8 jenis yang dijamin oleh Allah iaitu;

▪️Rezeki Yang Telah Dijamin.
▪️Rezeki Kerana Usaha.
▪️Rezeki Kerana Bersyukur.
▪️Rezeki Tidak Terduga.
▪️Rezeki Kerana Istighfar.
▪️Rezeki Kerana Bernikah.
▪️Rezeki Kerana Anak.
▪️Rezeki Kerana Sedekah.

Wahai Diriku,
Ombak itu tidak besar, hanya perahu yang kecil! Jangan hanya memohon diringankan ujian tetapi, pintalah agar dikuatkan iman.

Ingat,
Lumrah kehidupan yang mana tidak selamanya kita di atas.

Ujian Allah itu Maha Hebat dan sememangnya ia adalah suatu anugerah buat mereka yang mengerti. Yakinlah, jika menganggap ada hikmahNYA disebalik setiap ujian, maka akan segeralah ditarik kembali olehNya segala musibah.

Rumi pernah berkata;
“Jika engkau kesal terhadap setiap kesukaran, bagaimana cermin mu akan menjadi jernih?”

Wahai Diriku Yang Bahagia,
Tatkala dirimu lemah tidak berdaya malah cabaran kehidupan di dunia sementara ini terus menekan dirimu hingga jatuh tersungkur sekalipun maka, bangkitlah.

Bangkit dengan penuh semangat dan ucapkan lah kalimah suci dengan sepenuh hati…. Allahu Akbar

Hanya pada-Nya kita berserah diri dan kepada-Nya jualah kita memohon perlindungan, Allahumma Aameen.


Muhammad Yuhailmy
Dan semurni kasih-Nya yang meliputi segala sesuatu.
June 19th, 2024

Leave a comment