Sambungan dari perkongsian Artikel sebelum ini buat penambahan Ilmu pengetahuan kita bersama.
Beberapa persoalan yang bermain di fikiran antaranya;
Perlukah Wanita menyimpan Emas?
Sangat perlu memandangkan ianya salah satu cabang pelaburan untuk diri sendiri dan keluarga.
Jika dilihat pada masa kini, Wanita sekarang ramai yang mempunyai kerjaya tetap. Tidak dinafikan surirumah juga mampu menjana pendapatan sampingan dari rumah. Secara peribadi, wanita harus memiliki Asetnya sendiri berupa Emas sebagai penambah kekayaan dan persediaan atas sesuatu yang barangkali tidak di duga walaupun hanya mampu mempunyai modal yang kecil.
Sebagai Aset atau Perhiasan?
Emas memang cantik dan tidak mengecewakan apabila dijadikan barang kemas, apatah lagi jika digayakan oleh si pemakai.
Selain boleh ‘Melaram’ Emas perhiasan juga boleh menjadi Aset oleh kerana nilainya yang pasti meningkat buat jangkamasa panjang. Paling tidak, sewaktu kecemasan yang memerlukan wang fiat dengan kadar segera pemilik Emas perhiasan ini boleh memajakkannya di mana-mana Ar-rahnu berdekatan.
Buat mereka yang telahpun sedia ada memiliki Emas perhiasan, ayuhlah berubah angin menyimpan Emas Pelaburan pula kerana keuntungan nya MELEBIHI Emas perhiasan.
Tahukah anda bahawa Jongkong Emas dan Dinar Emas keluaran KAB Gold diterima untuk pajakan di kebanyakkan Ar-rahnu di seluruh negara?
Jadi, mana yang lebih untung? Emas perhiasan atau pelaburan?
Secara jujur, kedua-duanya menguntungkan pemilik cuma, Emas pelaburan lebih tinggi nilainya kerana ianya mempunyai spread/susut nilai yang lebih rendah dan pastinya pemilik mendapat keuntungan maksimun.
Jangan terus bertangguh dan mulakan langkah pertama menyimpan emas sebagai pelindung kekayaan di masa mendatang. Taklukinya sekarang sementara harga masih di paras mampu milik sepenuhnya, insya-Allah.
Muhammad Yuhailmy (Abu Adam)
DUTA KAB Gold
KABGoldSelangor.com
