SALASILAH BANI JAWI

Book Of Mormon (yang diriwayatkan Nephi), memperihalkan kisah pelarian, pelayaran dan suka-duka pengembaraan Lehi berserta isterinya Sariah, yang membawa bersama mereka anggota keluarga dari anak-anak mereka Laman, Lemuel, Sam dan Nephi (yang masing-masing menikahi wanita puak Bani Ismail) untuk mencari ‘Bumi Bertuah’ (Promised Land) yang dijanjikan Tuhan.

Menasseh (Manasye) adalah salah satu dari ‘10 Puak Bani Israel yang Hilang’ setelah bahagian utara wilayah Kerajaan Israel Kuno diserang dan ditawan secara berperingkat-peringkat oleh Empayar Bangsa Assyria antara tahun 740 dan 722 sebelum Masehi yang mengusir 10 puak Bani Israel berikut;

  • Reuben
  • Issachar
  • Zebulun
  • Dan
  • Naphtali
  • Gad
  • Asher
  • Simeon
  • Ephraim
  • Manasseh

Menurut naskah-naskah Yahudi lama, Menasseh dan Ephraim adalah anak kepada Nabi Allah Yusuf alaihissalam. Manakala Nabi Allah Yusuf alaihissalam (Joseph), selain Bunyamin (Benjamin) adalah anak kepada Nabi Allah Ya’akub alaihissalam (Jacob) dengan isterinya Rahil (Rachel).

Nabi Allah Ya’akob alaihissalam, yang dinamakan Allah, Israel, mempunyai lagi 10 anak lelaki lain dari isteri pertamanya bernama Laiya (Leah), kakak kepada Rahil (Rachel), selain dari 2 hamba sahaya nya yang bernama Bilhah dan Zilpah. Berikut adalah 12 suku puak Bani Israel mengikut urutan kelahiran;

  • Reuben (dilahirkan Leah)
  • Simeon (dilahirkan Leah)
  • Levi (dilahirkan Leah)
  • Judah (dilahirkan Leah)
  • Dan (dilahirkan Bilhah)
  • Naphtali (dilahirkan Bilhah)
  • Gad (dilahirkan Zilpah)
  • Asher (dilahirkan Zilpah)
  • Issachar (dilahirkan Leah)
  • Zebulun (dilahirkan Leah)
  • Joseph (dilahirkan Rachel)
  • Benjamin (dilahirkan Rachel)

Manakala berikut pula 13 suku puak Bani Israel mengikut hak agihan tanah pusaka;

  • Reuben
  • Judah
  • Issachar
  • Zebulun
  • Dan
  • Naphtali
  • Gad
  • Asher
  • Benjamin
  • Ephraim
  • Manasseh
  • Simeon
  • Levi

Menjadi 13 suku puak kesemuanya kerana Israel (Nabi Allah Ya’akob alaihissalam) mengurniakan hak 2 bahagian kepada Nabi Allah Yusuf alaihissalam untuk langsung kepada kedua cucunya, Ephraim dan Menasseh (anak kepada Nabi Allah Yusuf alaihissalam).

Berikutan kemangkatan Nabi Allah Sulaiman (King Solomon) alaihissalam, bumi Canaan (Kanaan) terbahagi kepada 2 wilayah pemerintahan iaitu Kerajaan Israel dan Kerajaan Judah. Puak Judah dan Puak Bunyamin (Benjamin) menduduki dan memerintah wilayah selatan, manakala lain-lain puak menduduki dan memerintah wilayah utara. Sementara itu, puak Levi tidak diberi tanah tetapi penguasaan ke atas kota-kota di bumi Canaan kerana peranan mereka dalam hal ehwal keagamaan, termasuk mengetuai upacara keagamaan bagi Bani Israel.

Judah (Yahudza atau Yahuda) terkenal sebagai bapa kepada bangsa Yahudi, di mana nama bangsa tersebut diambil dari nama Judah, bapa kepada ‘Children Of Judah’ atau Bani Yahudza. Oleh itu keturunan dari Bani Israel (atau ‘Children Of Israel’) yang tidak ada kena mengena dengan keturunan Judah, bukanlah berbangsa Yahudi sebenarnya.

Pun begitu, bangsa Yahudi itu tetap dari antara “Children Of Israel” (Bani Israel) kerana Judah itu adalah salah seorang anak kepada Israel (Nabi Yaakob alaihissalam). Para Nabi dari bangsa Yahudi (yakni dari keturunan Yahudza atau Yahuda) adalah;

  • Nabi Daud alaihissalam
  • Nabi Sulaiman alaihissalam
  • Nabi Zakaria alaihissalam
  • Nabi Yahaya alaihissalam
  • Nabi Isa alaihissalam

Sementara itu, MALAYU juga langsung dari keturunan Bani Ibrahim (Bangsa Hebrew) melalui perkahwinan Nabi Ibrahim dengan Keturah (atau Saffurah) ‘Ibu Malayu’ dari keturunan Bangsawan MALAYU Kemboja dari cabang keturunan Ham (sebagaimana Siti Hajar juga), sementara Siti Sarah (sepertimana Nabi Allah Ibrahim alaihissalam sendiri) dari cabang keturunan.

Sam serta Ham, dan saudara mereka yang lain, Yafid (atau Japheth), adalah 3 putera Nabi Allah Nuh alaihissalam yang terselamat dari banjir besar untuk menurunkan 3 cabang keturunan utama manusia sejagat di mana masing-masing dikenali dengan nama;

  • Semite
  • Hamite
  • Yafid

Melalui Keturah, Nabi Allah Ibrahim alaihissalam dikurniakan 6 orang putera yang di antaranya adalah Madyan (Midian). Nabi Allah Shuib alaihissalam adalah Nabi Bangsa Hebrew dari Bani Madyan. Putera-putera Nabi Allah Ibrahim alaihissalam bersama Keturah adalah;

  • Zimran
  • Jokshan
  • Medan
  • Midian
  • Ishbak
  • Shu’ah

Maka begitulah dikatakan Malayu terawal yang terlebih dahulu menduduki dan membina tamadun MALAYU di Tanah Malayu ini adalah langsung dari keturunan Bani Ibrahim. Tidak hairanlah jika berlaku keturunan Bani Ibrahim dari cabang kecil Bani Israel, umpamanya, untuk datang kemudiannya ke ‘Bumi Bertuah’ Tanah MALAYU bertujuan mencari dan bersatu dengan saudara jauh untuk mendapat perlindungan dan menumpang senang di bumi ini.

Jika di lihat rajah salasilah Bani JAWI yang menurunkan bangsa MALAYU ini bukan saja mengaitkan orang-orang MALAYU dengan Nabi Allah Ibrahim alaihissalam dan Nabi Allah Shuib alaihissalam semata-mata. Malah Nabi Allah Musa alaihissalam (dari perkahwinan Nabi Allah Musa alaihissalam dengan puteri Nabi Allah Shuib alaihissalam), dan Nabi Allah Sulaiman alaihissalam juga Nabi Allah Yusuf alaihissalam (Nabi Allah Yusuf alaihissalam adalah cucu dari Nabi Allah Ishaq alaihissalam).

Silsilah lengkapnya adalah Yusuf Bin Yaʿqub Bin Ishaq Bin Ibrahim Bin Azar Bin Nahur Bin Suruj Bin Ra’u Bin Falij Bin ‘Abir Bin Syalih Bin Arfahsad Bin Syam Bin Nuh alaihissalam.

Nabi Allah Yusuf alaihissalam merupakan putera ke-11, Nabi Allah Yaʿqub alaihissalam. Nabi Allah Yusuf alaihissalam mempunyai ibu yang dikenali sebagai Rahil (Rahel) dengan adiknya, Bunyamin (Benyamin). Nabi Allah Yusuf alaihissalam ini menikah dengan seorang gadis yang bernama Ashenath kemudian memiliki 2 orang anak yang bernama Manessa (Manasye/Manasseh) dan Ephiraim (Efraim).

Sedangkan Ibnu Katsir dalam kitabnya yang berjudul Qishashul Anbiya’ menuliskan bahwa Nabi Allah Yusuf alaihissalam menikahi Ra’il binti Ra’ayil, janda dari Qithfir, kemudian lahirlah 2 orang putra, yakni;

  • Afrayim (Efraim)
  • Mansa (Manasye)

Qithfir bin Rawhib adalah salah satu pembesar dari Mesir kuno yang hidup di dalam kisah Nabi Allah Yusuf alaihissalam. Qithfir dikatakan sebagai suami dari Zulaikha, sedangkan di kisah yang lain ia bernama Ra’il Binti Ra’ayil (Ra’el Binti Ra’ael). Kebanyakan ulama yang berhati-hati lebih suka menyebutnya seperti yang disebutkan Allah dalam Al-Qur’an yaitu Imra’atul Aziz.

Kaum bani JAWI atau bangsa JAWI juga banyak persamaannya dengan karenah Bani Israil kerana ada persamaan DNA dengan Manasye bein Joseph (dialek Hebrew), anak Nabi Allah Yusuf alaihissalam cucu kepada Nabi Allah Yaʿqub alaihissalam.

Terdapatnya satu pertembungan DNA Bani JAWI dengan Manasye ketika baginda berkahwin dengan perempuan bani JAWI dan membina empayar yang luas sehingga diwarisi oleh cicitnya Zulkarnain.

Bani JAWI atau bangsa JAWI terkenal dengan akhlak dan kelemah lembutan mereka kerana mereka berdarah bangsawan dan kesatria perang yang dihormati. JAWI atau JIWI mengikut Bahasa Sanskrit Ji = Satu & Wi = Tuhan yakni bermaksud bangsa yang mempercayai kepada 1 Tuhan (mentauhidkan Tuhan). Dimanakah negara di hujung DUNIA ini yang masih beramal dengan mempercayai adanya Tuhan yang SATU?

Di dalam banyak kitab tafsir menyatakan bahawa warna kulit Nabi Allah Ibrahim alaihissalam berwarna kuning langsat dan bangsa MALAYU berasal dari Tibet seperti Raja Malai yang datang dari Himalaya dan memerintah Empayar Langkasuka.

Sementara itu, ketika Ptolemy, seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah MALAYU, beliau telah menamakan semenanjung ini ‘Golden Chersonese’ yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai ‘Suvarnabhumi’ iaitu Tanah EMAS.

Di sisi yang lain, sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina negara kota Kerajaan Nabi Allah Sulaiman alaihissalam diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir. Menariknya Gunung Ledang di selatan Semenanjung Malaysia itu lebih terkenal dengan nama Mount Ophir oleh masyarakat silam antarabangsa.

Apapun, salah satu puak dari ‘The Lost Tribe of Israel’ adalah dipercayai Bangsa Gunung (Malai) yang telah lama meninggalkan Tibet, bergerak ke arah Timur ke satu destinasi yang tidak diketahui. Kumpulan ‘Illuminati’ Zionis ingin benar mengenali bangsa ini. Kerana di dalam kitab-kitab Yahudi Kuno dan manuskrip-manuskrip suci ada menceritakan tentang bangsa Malai dan Bumi MALA ini.

Yang pasti, hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui baik yang tersurat mahupun tersirat. Pasti adanya sesuatu yang perlu kita renungi akan mengenangi siapakah diri, mengapa kita hidup di hamparan bumi dan apakah tujuan sebenar pinjaman kehidupan yang dikurniakan ilahi.

Wallahu a’lam.

Muhammad Yuhailmy (Abu Adam)
Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran….

Leave a comment