Kisah Sebuah Perjalanan – Si Daging Menjadi Si Tulang‼️

Alhamdulillah,
Menghampiri tahun yang kedua dan ramai sekali yang bukan sahaja melihat perubahan drastik terhadap keadaan diri dan bentuk badan saya semata-mata tetapi lebih kepada risau membayangkan samada saya kini sedang menderita akan sesuatu penyakit.

Ya,
Bagi mereka yang rapat dengan saya sebelum ini, pasti tidak akan percaya dan merasakan saya berubah menjadi ‘Orang Lain’ yang benar-benar tidak dikenalinya.

Mujur, keadaan wajah saya masih belum berubah sejak melakukan pembedahan ‘Cyst Removal‘ di Parotid Gland sebelah kiri pada June 2014 yang lalu….😊

Segalanya bermula pada penghujung tahun 2021 yang lalu setelah menyelesaikan tugasan khas di sebuah Rig kendalian Petronas Carigali.

Ketika itu, saya mempunyai waktu yang sangat singkat untuk melaksanakan Site Visit bagi Gravel Pack Operation yang mengikut rencananya, Pumping Operation akan dilakukan beberapa bulan setelah itu.

Tugasan ini memerlukan saya untuk mendapatkan pelbagai informasi dan bertemu dengan pelbagai orang bagi mendapatkan info mahupun cadangan yang membina agar sebarang permasalahan mahupun perkara yang akan berbangkit dapat diselesaikan dengan kadar segera sebelum equipments mahupun Team saya berada di sana.

Namun,
Walaupun saya mendapat hasil yang baik dari visit tersebut, kondisi tubuh badan saya menjadi semakin lemah dan pergerakan saya amat terbatas disebabkan kesakitan yang melanda pada bahagian tulang belakang juga lutut di bahagian kanan gara-gara memaksa diri sendiri untuk menyelesaikan tugasan secara tergesa-gesa yang tersebut.

Permasalahan berkaitan tulang belakang ini telah saya hadapi sejak tahun 2004 lagi dan keadaannya menjadi lebih parah pada tahun 2013 yang mana, 2 dari disc telah tiadanya cairan di dalamnya setelah setelah saya mendapat kemalangan di tempat kerja melalui tugasan saya di Kalimantan, Indonesia ketika itu.

Solusinya ada tetapi hanya bersifat sementara dan ada ketikanya, saya perlu bergantung kepada Pain Killer untuk menyingkirkan rasa sakit yang ada.

Akibat dari itu, saya kurang melakukan aktiviti berat dan impak darinya, mengalami peningkatan berat badan dari hari ke hari menyebabkan berat badan ini mencecah sehingga 120kg. Berat tubuh ketika itu secara tidak langsung memberikan tekanan yang besar juga buat lutut saya yang akhirnya saya di sahkan mengalami Arthritis tahap kedua.

Pasti ada yang menyarankan malah bertanya; Kenapa tidak sahaja melakukan Diet dan hanya consume makanan yang sihat bukan?

Untuk makluman, selain dari permasalahan di atas, saya juga disahkan mengalami Gastroesophageal Reflux Disease (GERD) yang kronik sejak muda. Pelbagai cara saya usahakan untuk menanganinya namun, tetap tiadanya penghasilan yang baik dan berpanjangan.

Maka, setelah beberapa perbincangan dibuat bersama beberapa orang Doctor, akhirnya saya memilih saranan untuk melakukan GERD, Upper Hernia Repair and Bariatric Surgery di Subang Jaya Medical Centre yang mana 3 operasi dilaksanakan secara serentak dan mengambil masa antara 3 hingga 4 jam pembedahan.

Alhamdulillah,
Pembedahan itu berjaya sepenuhnya atas izin Allah namun, hanya Allah yang tahu betapa tersiksanya saya untuk menghadapi fasa-fasa awal setelah pembedahan. Bukan hanya emosi semata-mata yang terganggu malah, untuk mendapatkan zat yang diperlukan tubuh itu sendiri bukannya mudah.

Sehingga kini saya masih struggle untuk menjamah makanan dan perlu juga bagi saya untuk merancang waktu dan jumlah makanan dan minuman yang masuk ke perut saya di samping supplement yang diperlukan atas kapasiti kekurangan zat dari pemakanan sedia ada.

Hasilnya, berat badan saya telah menurun sebanyak 45kg dan mengikut Doktor, keadaan ini akan berlanjutan sehingga saya mencapai berat badan ideal. Ini bermakna, sebanyak kurang lebih 13kg penyusutan berat tubuh badan lagi diperlukan ke arah itu.

Seumpama ‘menghalau’ seorang manusia dari tubuh asal saya dan kondisi semasa pun menunjukkan jauh dari sepatutnya. Jika berat menyusut lagi, pasti saya boleh dijadikan model sebagai Skeleton di sekolah…..😊

Alhamdulillah atas izin-Nya,
Tahap kesihatan saya semakin baik dan semestinya ia adalah anugerah dari-Nya. Sehingga artikel ini di tulis, berat badan saya telah menyusut hampir 60kg. Insya-Allah saya akan berusaha untuk menjaga tubuh badan pinjaman Allah ini sebaik mungkin kerana, pasti akan ditanya oleh-Nya di Padang Mahsyar nanti akan apa yang telah saya lakukan sepanjang hidup di dunia sementara ini.

Dikesempatan ini,
Sekalung kasih buat Permaisuri Saya Iza Majid yang tidak jemu menjaga dan menguruskan saya di waktu sukar, ahli keluarga dan sahabat handai yang mendoakannya kesembuhan buat diri saya dan tidak dilupakan juga yang bertanyakan khabar juga melawat saya secara peribadi samada di Hospital mahupun di rumah sebelum ini.

Insya-Allah sesuatu yang baik menanti dikemudian hari buat kalian ‘di sana’.

Ya Allah,
Sembuhlah orang sakit di kalangan kami. Afiatkanlah orang yang diuji di kalangan kami dan rahmatilah orang yang telah mati dari kalangan kami, Allahumma Ameen


➖️➖️➖️
Muhammad Yuhailmy
Nukilan Senja
Dan semurni kasih-Nya yang meliputi segala sesuatu.

Saya bersama Isteri tercinta yang setia menemani dan memberikan semangat kekuatan sehingga kini.
Gambar setelah selesainya pembedahan.
Alhamdulillah, gambar terkini dan semoga saya terus sihat atas izin-Nya, Allahumma Ameen.

Leave a comment