Mentor Terbaik Mampu Merealisasikan Impian

Mentor ditakrifkan sebagai seseorang yang memegang peranan sebagai guru, lebih erat dengan anak didiknya dan semestinya beliau seseorang yang berpengalaman dalam sesuatu bidang yang diceburinya.

Secara peribadi, saya turut mempunyai beberapa Mentor hebat di dalam bidang Ilmu Logam Mulia ini. Tanpa mereka, pasti saya tenggelam dalam mengharungi dunia pasaran Emas dan Perak yang sangat mencabar. Ketahuilah, biarpun mempunyai Emas yang banyak, tanpa Ilmu pasti kita mengalami kerugian yang amat besar di penghujungnya!

Bukan sebarang insan yang mampu saya jadikan sebagai Mentor tanpa melihat keupayaan serta kesungguhannya dan mereka ini haruslah menepati keinginan juga hasrat saya yang antaranya;

  • Keselesaan seperti mempunyai magnet yang kuat dari segi gaya percakapan, perbuatan serta penyampaiannya.
  • Ilmu yang dimiliki tidak semestinya beliau mempunyai kelulusan tinggi tetapi seorang ‘Jaguh’ di dalam bidang yang diceburi, mendidik serta mengamalkannya.

Ketahuilah bahawa Ilmu yang benar dan bimbingan dari mentor yang betul mampu memberi perubahan kepada diri kita. Jangan sesekali kita angkuh dan sombong untuk menuntut ilmu. Tanpa ilmu, segalanya hanya sia-sia sahaja. Kerana itu kata-kata hikmah dari mereka yang bergelar Mentor bagi saya ini sehingga kini terus menerus membakar semangat saya untuk mengubah kehidupan di masa mendatang juga berusaha membimbing sebanyak mungkin insan-insan di luar sana agar semakin ramai yang celik akan kepentingan memiliki Logam Mulia Emas dan Perak.

Antara intipati yang dapat saya dapatkan semasa menghadiri pelbagai Seminar dan tidak dilupakan melalui ‘Personal Coaching‘ adalah seperti yang berikut;

  • Dengan menyimpan EMAS kekayaan akan datang dan sekiranya kita menyimpan wang fiat (selain wang kecemasan) kekayaan pasti akan pergi.
  • Usah terus menunggu harga rendah baru mahu bertindak kerana apabila ianya berlalu, pasti kita akan berputih mata menyesal tak sudah. Saat ketikanya pembelian waktu terdesak dilaksanakan, maka ketika itulah para Penyimpan Emas menjual simpanan mereka untuk merebut keuntungan.
  • Keseronokan memiliki Emas apabila di simpan sebaliknya wang fiat itu pula apabila dibelanjakan.
  • Sebagai Pembimbing Emas, teruskan usaha mendidik masyarakat mengenai kepentingan memiliki logam mulia sebaik mungkin dan ikhlas kerana Allah kerana itu adalah antara bekalan terbaik sebelum bertemu penciptanya.
  • Cabaran yang sangat besar apabila masyarakat menolak dari menyimpan Emas itu pasti akan ada kerana fikirannya telah dijajah sepenuhnya oleh sistem matawang ciptaan manusia yang penuh muslihat. Teruskan usaha mendidik kerana sampai satu masa, akal fikiran mereka pasti akan kembali menyatu dengan realiti sebenar.
  • Jika ingin menjadi Insan kaya dan berjaya, kita seharusnya mengikut jejak langkah mereka yang telah sedia berjaya dan bukannya terus berangan-angan tanpa tindakan.
  • Fast Action = Fast Result !

Ketahuilah bahawa Ilmu berkaitan Emas sangat penting dimiliki agar hasil yang terbaik terhidang di kemudian hari.

Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Teruskan usaha menambah Ilmu dan pada yang sama mendidik diri semoga berjaya mencapai kejayaan hidup serta dikurniakan kekayaan jiwa sepenuhnya, Allahumma Ameen.

Leave a comment