“Rule of 72” merupakan satu formula mudah di dalam kewangan yang digunakan untuk menganggarkan masa yang diperlukan untuk sesuatu pelaburan berganda (menjadi 2 kali ganda) nilainya berdasarkan kepada kadar pulangan tahunan.
Ia adalah formula mudah dan pantas yang digunakan secara meluas oleh setiap pelabur, penasihat kewangan dan penganalisa ekonomi.
Ia juga boleh digunakan untuk membuat anggaran kepada sesuatu yang boleh berkembang dengan eksponen (exponential growth) ataupun sesuatu yang boleh menurun dengan eksponen (expontential decay) seperti kesan inflasi terhadap kuasa beli pengguna.
Kegunaan Rule 32;
- Merancang Pelaburan.
- Menilai potensi pertumbuhan pelaburan.
- Membandingkan peluang pelaburan dengan cepat.
- Menunjukkan kesan kuasa faedah berganda (compound interest).
- Menilai inflasi.
- Perancangan simpanan dan persaraan.
Ketepatan Rule 72;
- Sangat tepat untuk kadar faedah antara 6% hingga 10%.
- Sedikit kurang tepat untuk kadar terlalu rendah (<4%) atau terlalu tinggi (>15%).
Untuk Ketepatan Lebih Tinggi, Kadang Kala Digunakan;
- Rule 69.3 → Versi matematik tepat (lebih kompleks).
- Rule 70 atau 71 → untuk kadar faedah rendah.
- Rule 73 atau 74 → untuk kadar tinggi.
Versi Berkaitan;
- Rule 114 → Menganggar masa untuk melipatgandakan 3 kali ganda.
- Rule 144 → Menganggar masa untuk melipatgandakan 4 kali ganda.
Kelebihan;
- Mudah diingati dan dikira tanpa calculator.
- Memberikan gambaran cepat tentang kuasa faedah berganda.
- Sesuai untuk membuat keputusan pantas dalam pelaburan.
Kekurangan;
- Hanya anggaran dan bukan formula matematik yang tepat.
- Tidak mengambil kira perubahan kadar faedah (compound period, yuran dan cukai yang dikenakan).
- Kurang tepat untuk kadar faedah yang terlalu rendah dan tinggi.

Graf di atas menunjukkan bagaimana tempoh pelaburan untuk berganda berubah mengikut kadar faedah tahunan. Mengikut trend, semakin tinggi kadar faedah, maka semakin cepat pelaburan berganda, contohnya;
- 3% → ±24 tahun
- 6% → ±12 tahun
- 10% → ±7 tahun
- 15% → ±5 tahun
Rule of 72 memberi gambaran walaupun perbezaan sekecil 1% contohnya peratus pulangan tahunan di dalam pelaburan, ia memberi kesan besar untuk tempoh pelaburan tersebut menjadi berganda. Selain itu, amat penting untuk kita membuat perancangan kewangan, menggariskan keperluan dan kehendak dan membuat pelaburan untuk menghadapi cabaran inflasi pada masa yang sama.
Jika ditanya, bilakah waktu sesuai untuk melabur? Jawapannya adalah SEKARANG!
Kita perlu memastikan pulangan pelaburan kita itu lebih tinggi dari kadar inflasi yang dijangkakan agar kita dapat menjalani kehidupan yang selesa terutamanya di waktu bersara kelak, insya-Allah.
Untuk mengetahui berapa tahun yang diperlukan untuk pelaburan tersebut menjadi sekali ganda, caranya adalah 72 dibahagikan dengan kadar pulangan tahunan sesuatu pelaburan seperti formula di bawah;

Andaikan anda telah membeli 1gram EMAS pada harga tertinggi yang direkodkan pada Oct 2025 iaitu sebanyak RM639/gram, dengan anggaran pulangan keuntungan 10% setahun, hanya dalam waktu 7.2 tahun diperlukan agar hasilnya menjadi sekali ganda [72÷10 = 7.2 tahun (nilai akhir mencapai RM1278/gram)].
Namun, perlu diingat bahawa semakin tinggi kadar pulangan tahunan, maka semakin cepat nilai pelaburan tersebut menjadi sekali ganda. Pernah direkodkan purata kenaikan harga EMAS melebihi 20% setahun dan jika trend peratusan keuntungan ini berterusan setiap tahun, tidak mustahil ianya mengambil waktu di antara 3 hingga 4 tahun untuk nilai harga emas yang dibeli tersebut mencapai sekali ganda.

EMAS? Sangat Mahal !!
Benar,
Itulah perkataan yang sering keluar dari mulut kita apabila berbicara tentang harga Emas. Ini adalah kerana Mindset kita telah dijajah kukuh sejak dahulu bahawa Emas di ‘BELI’ walhal sebenarnya Emas itu di ‘UBAH’ dari wang fiat.
Masih saya teringat harga sekitar;
- Tahun 80’an ➖️ Harganya sekitar belasan ringgit per gram. Waktu itu orang kata mahal tetapi hari ini kita kata tersangat murah.
- Tahun 90’an ➖️ Harganya sekitar di bawah RM30. Tetap juga orang katakan mahal tetapi tidak pada hari ini.
- Tahun 2000 ➖️ Harganya sekitar RM30 ~ RM150. Cerita yang sama tetap orang katakan mahal. Teringat lagi saya ketika melangkah ke gerbang perkahwinan pada tahun 2004. Harga pada waktu itu hanya sekitar RM3x per gram sahaja.
- Tahun 2020 ➖️ Harga mula menunjukkan peningkatan drastik sehingga mencecah di atas angka RM250. Kisah yang tidak pernah habis, tetap juga mahal dikatakan orang.
- Tahun 2025 ➖️ Harga meroket yang mana berada di atas RM600/gram. Sehingga kini tidak dapat dipastikan berapakah nilai yang boleh ianya pergi selepas ini.
Saudaraku,
Persoalan bukan pada harganya. Ia adalah pendirian kita sendiri di mana, bilakah kita ingin bermula?
Apa yang anda harus ketahui, EMAS MERUPAKAN ASET yang sentiasa adanya permintaan dan ianya berhubung kait dengan supply and demand.
Biarpun apa harganya sekalipun, beli untuk tambahan gram terkumpul kerana di hujung cerita ianya tetap bernilai sepanjang zaman, penyimpan nilai terbaik, bertindak sebagai “Insuran Kekayaan” malah boleh dianggap kalis inflasi.
Muhammad Yuhailmy
KABGoldSelangor.com
