Mursyid

Seorang Mursyid itu tidak semestinya berpenampilan luarannya berjubah serban ataupun penampakan sebagai seorang yang warak kerana ciri utamanya telah sampai ke hadhrat Allah SWT dan ianya boleh membawa orang lain juga untuk sampai ke hadrat Allah SWT (melalui Wasilah Baginda Rasulullah SAW).

Sukar dicari ketika ini bukannya asbab akan kerana kita kini sudah berada di akhir zaman. Jumlah para Wali Allah tetap kekal sejak azali yang mana, hilang satu akan diganti satu (Insya-Allah).

Sukar dicari bukan kerana ia perlu dicari dengan pencarian!

Akan tetapi ia didatangkan oleh Allah Dzat Yang Maha Agung atas kehendakNya. Berdoalah kepadaNYA agar dibawakan kita kepada orang yang boleh membawa kita kehadrat Nya dan menunjukkan kita kita orang yang boleh menunjukkan kita kehadrat Nya. Barangkali Mursyid itu cirinya yang tidak kita sangka-sangka.

Tatkala kita dipertemukan dengan seorang guru, maka jangan cepat kita meyakini bahawa itulah Mursyid yang Allah datangkan khas untuk diri kita. Walaupun benar dia seorang Mursyid, akan tetapi mungkin dia itu merupakan Mursyid untuk orang lain dan bukan yang Allah datangkan khusus untuk diri kita. Maka dengan itu, berishtikharah lah kita memohon petunjuknya, Insya-Allah.

Apabila duduk kita di dalam ‘perjalanan’ maka acapkalilah kita akan di datangkan wakil Allah/Wali Allah silih berganti mengikut ehwal dalam diri.

Mungkin Mursyid itu Saudara kita, jiran tetangga, mungkin jauh lebih muda dari kita dan mungkin orangnya sama sahaja luarannya seperti orang lain yang kelihatan seperti orang awam lainnya.

Maka jangan kita biarkan minda kita terjajah dengan mengatakan seorang Mursyid/Wali itu mesti berpenampilan yang kita bayangkan. Sepertimana kita selama ini terjajah minda kita takut di waktu malam yang gelap sedangkan  kita berada pada tempat yang sama pada waktu siangnya.

Berapa jumlah sebenar Selawat sebagai gantian kerana ketiadaan seorang Mursyid?

Usahakan jumlahnya sehari 40,000 kali!

Yang Arif ada memerhati, difikirkan kita ianya tiada. Walhal hakikatnya, yang Arif ini lebih kepada duduk di dalam keadaan ‘DIAM‘, ‘BODOH‘ dan ‘HINA‘!


Muhammad Yuhailmy (AbuAdam)
Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.

Leave a comment