Hari ini saya tersenyum girang !!
Teman seperjuangan membawa ‘Buah Tangan’ khas dari Indonesia.
Coklat SilverQueen ini dahulu menjadi makanan wajib buat saya sewaktu bertugas di Kalimantan, Indonesia dari tahun 2012-2014. Seringkali di bawa ke mana-mana dan tidak dilupakan, stoknya saya bawa berkotak-kotak tersimpan di dalam Frac Monitoring Cabin saya.
Pasti ada yang tidak percaya, namun itulah kenyataan. Sewaktu bertugas di Kalimantan Tengah dan Selatan, kebanyakkan lokasi kerja berada jauh dari penempatan awam dan adakalanya di dalam hutan. Bukan tiadanya makanan yang disajikan (kotakan) oleh pihak catering yang diuruskan oleh syarikat saya tetapi waktu ketibaannya mengundang waktu yang lama atas faktor keadaan jalan raya.
Perut perlu diisi agar tubuh kembali bertenaga kerana tugasan kami banyak menggunakan kudrat yang ada. Setidaknya memberikan kelegaan sebelum makanan sebenar tiba.
Keunikan coklat ini digabungkan dengan Kacang Gajus yang belum pernah kita temui di Malaysiaa ketika itu dan kini, terdapat pelbagai variasi mengikut permintaan biasa.

Pelbagai pengalaman indah sewaktu bertugas di Kalimantan. Saya turut merasai suasana kerja samada di ‘Offshore’ mahupun di daratan. Konsep kerja adalah sama cuma job preparation and arrangement ada perbezaan yang ketara.
Perbezaan Wellsite Bonus?
Tiada dan sama sahaja amount yang diterima samada di darat mahupun di lautan. Dan jika diberikan pilihan, saya lebih suka bekerja di daratan kerana kurang risiko terutamanya melibatkan cuaca dan gelombang di lautan serta dapat menikmati kehidupan seharian.
Cuma,
Ada waktu saya dan team perlu berjaga-jaga. Ada kawasan laluan kerja kami (tidak semua) yang bukan sahaja menjadi habitat Sang Ular tetapi pada masa yang sama, menjadi laluan Sang Belang !!
Alhamdulillah,
Setiap perlindungan datangnya dari Allah dan hanya kepadaNya lah segala puji-pujian. Ke hadrat ilahi, ku panjatkan kesyukuran.
Muhammad Yuhailmy (AbuAdam)
Sang Pemimpi….
