Ketika aku masih kecil,
Segala yang aku lakukan terasa begitu indah,
Merengek cerewet tertawa gembira,
Semua itu sudah terbiasa.
Masih kuingat masa dahulu,
Kenangan yang tiada rasa malu,
Kenangan yang telah lama berlalu,
Bermain, bercanda dan menangis ada selalu.
Permainan yang menyeronokkan,
Candaan yang berunsur lucu,
Tangisan yang tersedu,
Bahkan berkelana seharian hingga lupa akan waktu.
Entah ingatan tentang apa yang aku ingat di saat ini,
Namun hatiku tertuju pada satu masa itu,
Ya, itu adalah kenangan masa kecil,
Di mana masa itu tidak akan pernah kembali.
Aku rindu akan masa-masa itu,
Masa di mana kebebasan masih milik diri sendiri,
Tanpa harus memikirkan tentang cinta dan dunia,
Kerana hanya kesederhanaan yang ada dalam fikirannya.
Terkadang aku ingin kembali di masa kecil ku,
Masa di mana hanya ada kesenangan,
Namun sekarang tidak seperti itu,
Rasanya semua tidak lagi seindah masa kecil.
Selamat tinggal masa kecil,
Kerana kini aku telah meniti usia hampir separuh abad lamanya,
Tidak mungkin kembali ke masa itu lagi,
Kerana aku harus tetap berjalan seiring waktu‼️
Hanya sebait rindu akan masa kecilku. Masa di mana tidak akan pernah terulang kembali walaupun hanya sedetik.
Semoga bait puisi nan indah ini bisa menjadi penghibur tersendiri untukku di ruang waktu yang sepi.
Muhammad Yuhailmy (AbuAdam)
Memori Zaman Kecil

