Setiap Insan pasti mempunyai impian yang ingin dicapai dan pastinya langkah pertama harus dilaksanakan dengan menetapkan matlamat yang jelas dan penuh tekad.
Secara peribadi saya sebagai Penaung Empayar KAB Gold Selangor (EKGS) mensasarkan target untuk mempunyai PENYIMPAN EMAS BARU seramai 1,000 orang sehingga hujung tahun ini demi niat yang jelas membimbing masyarakat di luar sana agar celik akan kepentingan memiliki Logam Mulia demi mengembalikan penggunaan EMAS sebagai matawang sebenar juga memastikan para insan Istimewa ini mencapai ‘Financial Freedom‘ di suatu masa nanti, insya-Allah.
Doakan Saya!
Keyakinan yang teguh atas Misi dan Visi KAB Goldynamics Sdn. Bhd. yang kini semakin ‘Gah‘ membuat saya TERUJA dan berusaha ke arah itu. Seperti yang kita maklum, KAB Gold telahpun bertapak di Malaysia sejak tahun 2021. Ketika artikel ini ditulis, populasi Rakyat Malaysia telahpun menghampiri ke angka 35 Juta orang (Sumber: http://www.census.gov/popclock/world) malah sehingga kini belum tentu 10 peratus dari populasi rakyat Malaysia yang menyimpan emas secara konsisten.
Tidak mustahil untuk kami melangkah lebih jauh demi merealisasikan impian di permudahkan serta diizinkan oleh Allah SWT, Allahumma Aameen.
Sekalung kasih buat anda di atas sokongan dan galakan membina selama ini sebagai suntikan semangat agar tidak terkandas di persimpangan jalan. Semoga kalian KAYA dan BERJAYA melalui EMAS atas izin-Nya. Semoga rakyat Malaysia mengimbau kembali akan sejarah lalu bahawa bumi Tanah Melayu ini sememangnya kaya dengan emas dan rakyatnya hidup dengan penuh kecukupan asalkan pengabdian kepada Yang Maha Esa tetap dipegang erat dan seutuhnya.
Muhammad Yuhailmy (Abu Adam)
DUTA KAB Gold
KABGoldSelangor.com
