Alahai Anak Muda…..

Pendapatan yang dihasilkan bagi setiap pekerja di sektor Oil and Gas tidak dinafikan agak ‘keras’. Namun, perlu kita ketahui bahawa tugasan, tanggungjawab juga risiko yang diambil oleh mereka itu juga amat besar sehingga mampu membahaya­kan nyawa pada bila-bila masa.

Jiwa dan semangat mereka sangat kental dalam memastikan sesuatu projek yang bernilai tinggi adakalanya melebihi Jutaaan Dolar ini menepati target yang telah ditetapkan.

Namun begitu maaf saya katakan, tidak semua dari mereka yang kuat melawan godaan tatkala sejumlah wang penghasilan setiap bulan di tangan.

Sejak beberapa hari ini puas saya ‘membebel’ ke atas Equipment Operator saya di Kemaman Supply Base. Manakan tidak, walaupun tanpa bertugas di Offshore sekalipun mereka mampu mendapatkan wang tambahan setidaknya RM150 setiap hari untuk Meal Allowance dan Daily Coefficient Bonus. Jika sepenuhnya digunakan untuk membeli makanan dengan harga biasa sekalipun barangkali tidak juga melepasi 1/3 dari jumlah tersebut bukan?

Tatkala di tanya, apa yang kalian gunakan untuk wang tersebut? Hanya senyuman yang diberikan dan saya faham akan makna itu…..😊

Saranan saya dengan andaian RM100 sehari, mereka ini boleh membuat pilihan membeli EMAS samada;

  • 0.2g setiap hari (anggaran RM80-RM85).
  • 1g seminggu (anggaran RM415-RM450).
  • Atau setidaknya 1g setiap bulan.

Inilah hakikatnya, berpendapatan tinggi sekalipun BELUM tentu memiliki ASET EMAS. Tatkala diri berada di dalam situasi yang tidak terduga contohnya sewaktu krisis kejatuhan harga minyak mentah dunia bersambung pula pandemik covid nan lalu, tetap juga mereka ini tidak bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Bukankah pepatah Melayu lama menyebutkan; “Sediakan Payung Sebelum Hujan?”

Ingat,
Dunia industri kita ini boleh diibaratkan seperti roda. Ada waktu ianya di atas dan ada waktunya menjerumuskan kita ke bawah tanpa sedar. Pelbagai kemungkinan itu wujud malah sejarah masa lalu telah membuktikannya.

Walaupun saya mengenali dunia emas sejak tahun 2012, tetap rasa penyesalan yang besar terbit dari hati saya akan mengapa tidak saya bermula lebih awal?

Ini adalah gambar peribadi saya yang ketika itu masih berstatus ‘Trainee‘ sekitar tahun 2002. Harga emas ketika itu berlegar di antara RM30-RM35 per gram yang mana setidaknya saya mampu untuk membeli emas sejumlah 50g setiap bulan kerana, saya tidak mempunyai komitmen yang besar. Hampir sepenuh masa saya berada di Offshore (makanan juga tempat tinggal turut disediakan).

Apa yang berlaku ketika itu?
Wang pendapatan hasil dari cucuran keringat yang sentiasa membasahi bumi itu menjadi umpama debu yang berterbangan tatkala diri menganggap ‘Cash is the king!

Jika mata hati saya telah terbuka dan minda hebat menguasai diri, setidaknya, berganda-ganda milikan emas saya berbanding simpanan hari ini.

Selalu diri berkata, “kalau … kalau …. kalau lah aku ….”. Bak kata pepatah lama, sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Kerana itu saya TIDAK mahu generasi muda seterusnya di bawah kendalian saya menjadi seperti saya.

Buat anda di luar sana,
Sejujurnya anda masih belum terlewat. Usahakan sebaik mungkin menyimpan Logam Mulia kerana akan sampai di suatu masa, tidak akan bernilainya wang ringgit walau seberapa banyak sekalipun jumlah nya melainkan emas dan perak.

Anda akan memahami maksud ini sedalam-dalamnya jika anda menyakini situasi yang berlaku di zaman ini serta persediaan ke zaman selepasnya.

Jika anda telahpun mempunyai ilmu dan kefahaman mengenainya, sampaikan kepada ahli keluarga juga kenalan yang ada agar bersama mendapat manfaat darinya, Insya-Allah.

Demi Allah,
Saya doakan agar anda kaya dan berjaya buat di dunia dan akhirat, Allahumma Aameen.


Muhammad Yuhailmy
KABGoldSelangor.com
Coretan Malam Nan Indah…..

Leave a comment