Selawat Jibril

Selawat Nabi ini ada berbagai macam selawat  yang beredar di muka bumi ini. Ada yang mengatakan ianya mencapai sehingga 12,000 jenis Selawat yang sanadnya shohih. Namun di antara 12,000 Selawat itu ada satu Selawat yang sangat lama diamalkan oleh segenap manusia sejagat yang dinamakan sebagai Selawat Jibril.

Tidak dengan itu, Selawat ini turut diberikan dengan pelbagai nama di antaranya;

  • Selawat Khidir – Ada yang menjelaskan Selawat ini diriwayatkan serta diamalkan oleh Nabi Khidir as.
  • Baburrohmah (Pintu Kasih Sayang) – Di dalam penerangan disebutkan adanya kata ‘baban minar rohmah’ yang bererti pintu kasih sayang.
  • Selawat Rahmah (Kasih Sayang) – Salah satu dari keutamaan Selawat ini yang dapat  menumbuhkan rasa kasih sayang terhadap pembacanya.
  • Selawat Qoshor (Pendek) – Di antara beberapa selawat yang ada, inilah yang paling pendek.

Dikisahkan setelah terciptanya Siti Hawa buat Nabi Adam as., Allah SWT melarang Nabi Adam as. mendekati calon istrinya itu sebelum memberikan Mahar dan mahar yang diberikan itu berupa Selawat dan Malaikat Jibril lalu membaca “Shallallahu ala Muhammad” kepada Nabi Adam as. Kerana itu, Selawat ini diberi nama Selawat Jibril dan ia merupakan Selawat yang paling lama atau awal diamalkan oleh segenap manusia. Lafaz Selawat selalunya dibaca samada;

  • Shallallahu ala Muhammad.
  • Shallallahu ala Sayyidina Muhammad.

Dikhabarkan, barangsiapa yang membaca Selawat ini maka ia telah membuka tujuh puluh pintu rahmat untuk dirinya dan Allah akan menitipkan cintaNya pada hati manusia sehingga mereka tidak akan marah kepadanya kecuali orang yang menyimpan kemunafikan di dalam hatinya.

As-Sakhawi meriwayatkan bahawa pada suatu hari seorang penduduk Negeri Syam datang menghadap Baginda Rasulullah SAW seraya berkata; “Ya Rasulullah, ayah saya sudah sangat tua namun beliau ingin sekali melihat Anda.”

Rasulullah SAW menjawab; “Bawa dia kemari.”

Orang itu berkata; “la buta dan tidak dapat melihat Ya Rasullulah.”

Rasulullah lalu bersabda; “Katakanlah kepadanya supaya ia mengucapkan “Shallallahu Ala Muhammadin” selama tujuh minggu setiap malam. Semoga ia akan melihatku di dalam mimpinya dan dapat meriwayatkan hadis dariku.”.

Anjuran Baginda Rasulullah SAW itu dituruti oleh orang yang tersebut dan MasyaAllah, beliau dapat melihat Baginda Nabi SAW di dalam tidurnya dan hadis ini pula diriwayatkan olehnya.

Sungguh jika kita inginkan segala kemudahan dan kebahagiaan zahir batin, maka perbanyaklah berselawat kepada Rasulullah SAW. Semakin kerap dan banyak jumlahnya dibaca akan Selawat ini maka akan semakin baik dan banyak keberuntungannya. Jadikan Selawat ini sebagai ‘Pakaian’ harian kita setiap hari.

Berapa banyak yang perlu di baca setiap hari?
Minimal sebanyak 1,000 kali bacaan dan usahakan untuk meningkatkan jumlah bilangannya dari hari ke hari. Teruskan membacanya tatkala mempunyai kesempatan dan jadikan bacaan Selawat ini sebagai amalan dengan sepenuh keyakinan. Insya-Allah kita akan merasai kemanisan berselawat dan mendapat pelbagai manfaat atas izin Allah SWT.


Mereka bertanya; “Bagaimana mungkin kami diterima?”
“Allah tidak memandang akan dirimu tetapi yang di pandang Allah adalah kekasihNya Sayyidina Muhammad SAW. Allah memandang Baginda Rasullullah itu disebabkan engkau berwasilah melaluinya. Kerana wasilah inilah Nabi Adam as. diampuni dan kerana wasilah inilah juga segala hajatmu akan terkabul dan dipenuhi. Dan, melalui Selawat inilah juga akan turun segala rahmatNya.”

Semoga melalui Selawat ke atas Baginda Rasullulah ini menjadi Syafaat buat kita di Padang Mashyar kelak, Allahumma Ameen.

Leave a comment