DOA Ikhlas Dariku….

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Hari ini kami kembali untuk memuja dan memujiMu,
Hari ini kami kembali berharap kepadaMu,
Hari ini kami memohon kepadaMu.

Memohon keampunanMu,
Memohon rahmatMu,
Memohon taufik dan hidayahMu,
Memohon bantuan dan pertolonganMu.

Kami lemah tanpa bantuan dariMu Ya Rabb,
Kami tidak berkuasa tanpa qudrat dan irodatMu,
Kami berserah diri kepadaMu.

Ya Allah,
Engkaulah yang menguasai siang dan malam,
Engkaulah pemilik langit dan bumi,
Engkaulah yang membuat matahari bersinar dan rembulan bercahaya,
Engkaulah yang menggenggam nyawa kami.

Jadikan setiap perbuatan kami Engkau catatkan sebagai kebaikan dan kebajikan,
Jadikan sebagai pemberat timbangan amal kebaikan kami di akhirat kelak,
Jadikan sebagai bekalan kami untuk berjumpa denganMu di syurga nanti.

Ya Allah selamatkan diri kami,
Selamatkan anak-anak kami,
Selamatkan ibubapa dan mertua kami,
Selamatkan guru-guru kami,
Selamatkan saudara kami,
Selamatkan teman-teman dan sahabat kami,
Selamatkan seluruh kerabat dan tetangga kami,
Selamatkan seluruh orang-orang yang beriman kepadaMu.

Dari fitnah jin dan manusia,
Dari iri dan hasad dengki sesama,
Dari rakus dan tamaknya manusia,
Dari tangan-tangan kotor penuh dosa,
Dari kotornya hati manusia.

Hanya kepadaMu kami memohon,
Hanya kepadaMu kami meminta,
Hanya kepadaMU kami berharap.

Kerana kami yakin Engkau Maha Melihat apa yang mereka lakukan kepada kami,
Kerana kami yakin Engkau Maha Mendengar apa yang mereka katakan kepada kami,
Kerana kami yakin Engkau Maha Mengetahui apa yang terjadi kepada kami saat ini.

Ya Allah,
Kami datang kepadaMu untuk mengadukan seluruh masalah hidup kami,
Maka bantulah kami menyelesaikan setiap masalah kami,
Wahai Engkau Yang Maha Kuasa lagi Mengetahui.

Selawat dan salam semoga tercurah limpah selalu kepada manusia sempurna akhir zaman, Nabi Muhammmad SAW, kepada keluarganya yang mulia dan kepada sahabatnya yang setia.

Allahumma Ameen.


Muhammad Yuhailmy
Si Salik Pencari Cahaya!

Leave a comment