Pesan ikhlas dari Along Ateh buat semua ahli keluargaku;
EMAS tidak sukar untuk dibeli malah, tiada tarikh luputnya manakala nilai wang kertas yang kita agung kan selama ini ternyata tidak mengekalkan keupayaan kuasa nilai nya. Jika kalian mempunyai wang lebihan walau hanya sekadar mampu sekalipun maka ubah secepatnya menjadi EMAS. Biar berdikit, insya-Allah di suatu masa menggunung juga. Ada emas di tangan, pasti sangat membantu di kala susah. Kita tidak tahu apa yang berlaku dikemudian hari. Setidaknya kita bersedia dari sebarang kemungkinan yang tiba.
Ingat, tiada siapa di antara kita yang lahir hidup merasa senang. Setiap dari kita pasti pernah merasa erti kesusahan hidup. Kejayaan yang hadir itu adalah usaha kita bersama dan Allah meredhainya, Alhamdulillah.
ALONG ATEH SAYANGKAN KELUARGA KITA !
Jika di takdirkan kita tidak mampu menyimpan emas, setidaknya usahakan mendidik generasi kita yang seterusnya untuk mula menjadi Penyimpan Emas.
Pesanan buat diri,
Jangan sesekali berfikir diri menjadi ‘Hamba Harta’, hanya sekadar peringatan dan persediaan demi menghadapi sebarang musibah melanda.
Event + Response = Outcome
▪️Event – Kita tidak mampu mengubahnya kerana kejadian yang berlaku telah ditakdirkan oleh Allah.
▪️Response – Bergantung kepada diri kita. Samada ingin bersifat terus menunggu atau berusaha ke arah kebaikan.
▪️Outcome – Hasil yang baik akan hadir bergantung kepada Response kita sendiri. Jika baik, maka baik lah hasilnya. Jika tidak, kita akan kecundang penuh kecewa.
Demi Dzat Yang Maha Agung,
Segala yang baik dan mulia itu datangnya dari Allah SWT dan semoga kita sekeluarga juga generasi yang mendatang sentiasa dalam rahmat juga perlindungan-Nya dari sebarang musibah yang melanda, Allahumma Ameen.
Muhammad Yuhailmy
Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebaikan dan kesabaran.
KABGoldSelangor.com
