Sedikit tips perkongsian kaedah pengurusan kewangan agar bersama mendapat manfaat darinya;
1. JANGAN SESEKALI ABAIKAN IBUBAPA.
Apabila Anda mendapat wang gajian setiap bulan, pastikan peruntukan bulanan buat IbuBapa jangan sesekali di abaikan. Pada masa yang sama, jauhkan pemikiran yang menganggap ianya suatu bebanan sebaliknya anggaplah ianya adalah amal jariah dan sedekah. insya-Allah, tidak sesekali putus rezeki kurniaan Yang Maha Pemberi kepada diri Anda asalkan ianya ikhlas sepenuhnya.
2. SEDIAKAN DANA KECEMASAN.
Paling tidak, Anda mempunyai wang kecemasan antara 3 hingga 6 bulan dari pendapatan bulanan sebelum Anda ingin membuat sebarang pelaburan. Wang kecemasan ini jangan sesekali Anda sentuh melainkan Anda menghadapi situasi yang benar-benar mendesak. Secara peribadi, saya simpan dana kecemasan ini di dalam akaun Tabung Haji.
3. MENYIMPAN SEKURANG-KURANGNYA 10% DARI PENDAPATAN BULANAN.
Pastikan Anda menyimpan dahulu baru gunakan wang tersebut untuk keperluan dan bukan sebaliknya. Saya sangat menggalakkan Anda asingkan 10% dari Wang pendapatan Anda kepada EMAS. Jika masih ingin menyimpan di dalam bentuk Wang fiat, simpan sahaja di sebarang akaun yang sukar untuk Anda keluarkannya (tidak memiliki kad ATM).
4. PENGURUSAN HUTANG.
Ingat, hutang itu ibarat pisau yang mampu membuatkan anda cedera parah! Hutang yang diuruskan dengan baik (pinjaman produktif) akan beri manfaat kepada penghutang (contohnya, berhutang untuk membeli sebarang produk hartanah dsb). Manakala hutang yang tidak diuruskan dengan baik akan menjadi sebab porak poranda dalam kehidupan anda (contohnya, anda berhutang dengan ceti haram / Along).
5. NISBAH HUTANG : PERBELANJAAN
Debt to Income (DTI) ratio / nisbah pastikan kurang dari 40% dari gaji kasar Anda. Jika tidak, Anda perlu berusaha lebih untuk mengurangkan perbelanjaan atau menambahkan pendapatan bulanan melalui pekerjaan sampingan bagi tujuan mencapai target ini.
6. GUNAKAN KONSEP “SNOW-BALL’
Kaedah ini boleh anda lakukan jika mempunyai terlalu banyak hutang yang perlu dilangsaikan. Secara ringkasnya, nyatakan semua hutang yang Anda miliki satu persatu dari amaun kecil sehingga besar. Setelah itu, langsaikan hutang yang paling sedikit terlebih dahulu agar secara tidak langsung ianya mampu memberikan motivasi yang tinggi agar Anda lebih gigih berusaha hutang-hutang selainnya secara berperingkat. Gunakan Kaedah #5
7. ELAKKAN DOUBLE C’s (Credit Card & Car Loan).
Tahukah Anda bahawa Double C’s ini telah membuatkan begitu ramai sekali masyarakat menjadi muflis di kalangan anak-anak muda? Jika anda fikir sedalamnya bahawa karier anda ketika ini tidak memerlukan, pastikan Anda tidak terjebak. Jika keinginan masih menguasai akal fikiran, gunakan kaedah #8 sebagai panduan.
8. GUNAKAN KONSEP NISBAH 20:40:4
20% digunakan sebagai bayaran down payment kereta (dengan anggapan 20% daripada value /nilai kereta itu jatuh apabila kereta tersebut keluar daripada Showroom. Manakala 40% pula adalah nilai wang maximum yang dibayar dari gaji kasar untuk ansuran kereta. Pinjaman bank hanya limit kepada maksimum 4 tahun sahaja. Jika anda boleh menggunakan konsep ini, maka Anda layak untuk memiliki kereta. Pada masa yang sama, pastikan harga kereta yang dibeli tidak lebih dari 1 tahun pendapatan gaji.
9. MENUNDA KEPUASAN DIRI.
Ianya merupakan kemampuan diri untuk mendapatkan keuntungan besar berdasarkan kepada rencana Financial Freedom pada diri seseorang. Pada masa yang sama, Anda menahan nafsu dari berbelanja kepada sesuatu yang bukan keperluan. Bak kata orang dahulu;
Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian.
10. Walau apa sekalipun, setelah Anda mempunyai keupayaan serta sistem kewangan yang sempurna, zakat / Sedekah/ wakaf jangan sesekali anda lupakan kerana sedekah itu mensucikan harta serta penyubur rezeki.
Tetapkan misi, visi dan matlamat Anda. Jangan terus membuang waktu dan semoga Anda kaya serta berjaya di dunia dan akhirat.
Semoga berjaya‼️
➖️
Muhammad Yuhailmy
KABGoldSelangor.com
