EMAS dianggap sebagai SAFE HAVEN oleh kebanyakkan orang kerana ASET ini memiliki nilai yang seiring dengan inflasi untuk jangka waktu yang lama. Standard perekonomian dunia atau negara mungkin tidak berhubungan dengan nilai emas, tetapi pada akhirnya nilai emas adalah dasar nilai nominal yang akan disesuaikan dengan inflasi.
Sebelum mengetahui mengapa emas ini dikatakan SAFE HAVEN, kita harus tahu akan apakah yang dimaksudkan SAFE HAVEN tersebut.
SAFE HAVEN adalah aset yang diharapkan nilainya tetap atau meningkat walaupun pasaran dunia tidak menunjukkan kestabilan malah sedang bergolak. Semestinya para Investor mencari sesuatu yang bernilai untuk menghindari aset mereka dari mengalami kerugian ketika terjadinya penurunan pasaran mahupun krisis kewangan.
Untuk itu, emas dipercayai sebagai suatu alat penyimpan nilai (store of value) yang terbaik. Umum mengetahui bahawa nilai dari komoditi emas tidak dipengaruhi pemerintah kerana ianya sepenuhnya bergantung kepada pasaran juga supply and demand di seluruh dunia. Malah individu, syarikat, bank mahupun negara besar menjadikan emas sebagai ‘Insuran Kewangan’ dalam usaha menangani sebarang kemungkinan buruk yang mampu mengganggu gugat kestabilan ekonomi kerana impak darinya amat besar dan merugikan.
Keupayaan emas dalam menangani masalah kewangan ini amat banyak. Antara faktor yang membuatkan ianya menjadi pilihan adalah ianya dijadikan sebagai alat tukaran dalam aktiviti ekonomi sejak ribuan tahun malah, masyarakat global turut mengakui bahawa Sang Emas adalah suatu logam yang sangat bernilai tinggi dan boleh digunakan di mana-mana sahaja di dunia!
Muhammad Yuhailmy (Abu Adam)
KABGoldSelangor.com
