Kelebihan Mengamalkan Selawat al-Ummi

Salam buat sekalian Saudaraku yang dimuliakan Allah,
Hanya sekadar pesanan ikhlas buat diriku dan dirimu agar amalan Selawat ini tidak sesekali dilupakan oleh kita buat sepanjang hayat di setiap hari Jumaat selepas Solat Asar sebanyak 80 kali, Insya-Allah.

Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda;
“Sesiapa yang berselawat ke atasku sebanyak 80 kali pada hari Jumaat, maka Allah SWT akan mengampunkan segala dosanya sebanyak 80 tahun”.

Lalu telah di tanya oleh para Sahabat;
“Wahai Rasulullah, bagaimanakah selawat yang disebutkan itu?”

Maka Baginda SAW menjawab;

اَللَّــهُمَّ صَلِّ عَـلـٰى سَـيِّـدِنَـا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَنَـبِـيِّكَ وَرَسُوْلِكَ نَبِى الْأُمِّـى وَعَــلـٰى أَلِـهِ وَصَحْبِهِ وَسِلِّـمْ

Allohumma sholli ‘ala sayyidina muhammadin ‘abdika wa rosulika nabiyyil ummi wa ‘ala alihi wa shohbihi wa sallim.

“Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, hamba-Mu, nabi-Mu, dan utusan-Mu yang ummi (tidak boleh membaca dan menulis) serta limpahkan kepada keluarganya dan sahabatnya, juga limpahkan salam atas mereka”.


Maha Suci Allah,
Disebutkan juga bahawa siapa sahaja yang membaca selawat al-Ummi ini sebanyak lima ratus kali (500x), maka dia tidak akan meninggalkan dunia sebelum bertemu Baginda Rasulullah SAW dalam keadaan terjaga.

Semoga bermanfaat dan di makbulkan segala hajat oleh Allah Yang Maha Pemberi Lagi Maha Mengasihani, Allahumma Ameen.

Ikhlas,
Muhammad Yuhailmy (AbuAdam)

Leave a comment