Sewaktu bertugas di Saudi Arabia dahulu, saya mempelajari pelbagai ilmu baru yang mana ‘Work Scope’ nya jauh berlainan dari apa yang saya hadapi sebelum ini.
Dari Well Services Department ke Integrated Project di bawah Integrated Production Services (IPS) dan seterusnya Integrated Fracturing Services (IFS) pastinya suatu lonjakan yang besar buat saya dan pada masa yang sama, saya perlu ‘Upgrade’ diri sendiri supaya menjadi rujukan dan panduan bawahan saya agar Operation sedia ada dapat dilaksanakan sebaik mungkin serta mengikut target yang telah ditetapkan.
Ada kalanya, masalah komunikasi antara kami terjadi dan saya melihat bahawa informasi menggunakan gambar mahupun diagram lebih mudah buat Team saya. Tidak dengan itu, pemahaman menjadi lebih mudah bukan untuk saya tetapi buat mereka jua.
Sewaktu di sana, banyak sekali diagram, PID, guideline mahupun document tertentu di create oleh saya dan menjadi rujukan bukan hanya kepada Site Operator malah, dijadikan rujukan buat para Wellsite Leader/Coordinator (WSL) di location selainnya. Pastinya hati saya ‘Berbunga’ kerana diberikan kesempatan oleh Allah bagi menyumbang sesuatu buat mereka.
Walaupun setelah 3 tahun lebih tidak lagi bertugas di luar negara, mereka masih ingat dan mengakui bahawa bahan-bahan rujukan ini banyak membantu tugasan harian mereka di sana, Ahamdulillah.
Teringat saya akan posting saya sebelum ini yang mana, Imam Malik pernah berkata;
Manusia menjadi tenang dan hebat apabila adanya 4 benda;
1. Kenderaan yang pantas.
2. Rumah yang lapang.
3. Pakaian yang cantik.
4. Lampu yang terang.
Kemudian ada yang bertanya kepada Imam Malik;
“Apakah yang dimaksudkan kenderaan yang pantas?”
Maka, Imam Malik menjawab;
“Kenderaan yang pantas bermaksud akal yang bijak.”
Lalu ada yang bertanya lagi;
“Apakah yang dimaksudkan rumah yang lapang?”
Imam Malik menjawab;
“Rumah yang lapang maknanya kesabaran yang tinggi.”
Kata Imam Malik lagi;
“Pakaian yang cantik bermaksud akhlak yang baik.”
Dan terakhir;
“Lampu yang terang maknanya ilmu yang menerangi (bermanfaat)”.
Insya-Allah,
Perkongsian Ilmu bermanfaat ini akan menjadi asbab bekalan buat saya ‘di sana’, Allahumma Ameen.
Sehingga kini, saya masih ‘di pujuk’ agar kembali bertugas di Saudi Arabia tidak terhad kepada Service Company tetapi di Operating Company juga.
Ya,
Matawang Malaysian Ringgit semakin tenggelam dan kehilangan ‘taringnya’ manakala, Matawang USD meningkat dengan sangat drastik namun, saya mempunyai alasan peribadi untuk kekal di Bumi Malaysia yang bertuah buat masa ini.
Bak kata pepatah;
Hujan EMAS di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri!
Wahai diriku yang bahagia,
“Syukuri apa yang telah engkau miliki. Jangan sesekali iri dengan apa yang orang lain miliki, maka Allah SWT akan memberimu apa yang belum engkau miliki.”
Ingat,
Walaupun apa perit yang ditanggung sekalipun, Kita merancang, Allah Juga merancang. Namun, perancangan Allah yang Maha Sempurna.
Terima Kasih Allah Ya Baari.
Muhammad Yuhailmy (AbuAdam),
Masih Berbisa…..


