Tak penat ke asyik posting tentang EMAS sahaja? Pula tu, ayatnya panjang-panjang malas nak baca‼️
Saya hanya mampu tersenyum mendengarnya.
Jauh di dalam hati, berkata pada diri; ini adalah antara ujian buat saya.
Semoga kebaikan di curahkan Allah SWT buat saya dan ‘Si Dia’.
Mendidik masyarakat tentang peri pentingnya menyimpan emas bukan sahaja sebagai alat pelaburan tetapi sebagai pelindung kekayaan adalah salah satu dari Jihad ilmu saya secara peribadi dan Insya-Allah setiap insan yang dibimbing setidaknya faham akan asas tujuan juga keupayaan Sang Emas dalam erti kata sebenar.
Penolakan‼️
Ya, memang itu yang saya rasai sejak menjadi Pembimbing/Dealer Emas bermula dari tahun 2015 sehingga kini.
Namun,
Tidak sesekali saya berhenti kerana ianya bukan hanya sekadar Jihad Ilmu saya secara peribadi tetapi lebih dari itu;
▪️Agar sekalian yang ada tidak merasa RUGI seperti mana saya yang terlewat menyedari akan keupayaan/kelebihan Sang Emas.
▪️Memantapkan lagi ilmu sedia ada juga secara tidak langsung memperingatkan kepada saya akan kebaikan memiliki Logam Mulia.
▪️Merupakan ‘Bekalan’ yang akan saya bawa melalui perkongsian ilmu kepada Masyarakat tatkala usia pinjaman ini berakhir di suatu masa.
Alhamdulillah,
Terlalu banyak pengalaman yang saya dapati sejak menjadi seorang Pendidik. Semakin saya gali ilmunya, maka semakin banyak ilmu dan rahsianya yang terbongkar. Tidak juga saya lupa akan perasaan bahagia dan duka malah saya turut merasai pengalaman hiba para pelanggan saya berkenaan kisah lalu yang masih menghantui.
Maaf, ianya rahsia dan tidak perlu saya kongsikan di sini kerana ianya bersifat peribadi.
Uniknya,
Walaupun ribuan kali berkongsi ilmu, tidak pernah juga saya mendapatkan hal yang sama. Selalu sahaja ianya berbeza.
Demi Allah,
Sejak awal Nawaitu saya adalah mendidik.
Alhamdulillah atas rezeki kurniaan-Nya selama diri bekerja di Oil & Gas Industry. Hati saya berkobar untuk terus membuka mata hati manusia agar mereka tahu apakah itu Logam Mulia dan kepentingannya.
Tetap rezeki Allah terus mengalir melalui Empayar Emas ini walaupun tidak sehebat insan istimewa yang lain. Kepada-Nya jua saya panjatkan setingi-tinggi kesyukuran.
Buat para insan yang sering mengikuti setiap posting saya malah memberikan galakan dan sokongan, sekalian dari anda membuatkan saya terus teruja demi mencapai impian saya.
“Laksana melihat cahaya sebuah berlian yang disorot sinar lampu, maka cahaya yang dipantulkan akan menghasilkan spektrum yang berwarna warni”…..😊
Doakan saya agar terus bahagia malah diberikan kekuatan oleh Allah, Allahumma Ameen.
Muhammad Yuhailmy
DUTA KAB Gold
KABGoldSelangor.com

