Al Kisah – Jihad Ilmu

Alhamdulillah,
Pelbagai ilmu, pengalaman juga kisah suka duka telah saya rasai sewaktu hampir 6 tahun bertugas di Saudi Arabia nan lalu.

Sebagai Wellsite Coordinator, tugasan harian saya amat padat dan ada waktu, saya bekerja 16-18 jam sehari tatkala operasi besar dilaksanakan.

Namun di hari biasa especially di waktu ‘Flowback’, saya mendapat banyak waktu terluang dan peluang ini saya gunakan untuk merancang/merangka pelan untuk project di location baru, berkarya dalam penghasilan pelbagai artikel di Blog kendalian saya (Teratak Emas) juga menjadi Pembimbing Logam Mulia bagi mereka yang memerlukan ilmu berkaitannya.

Allahu Akbar,
Masih saya ingat ‘Kelas Emas’ yang saya laksanakan di hadiri oleh beberapa orang teman dari India, Pakistan, Saudi Arabia juga Egypt (Mesir) yang mana salah seorang darinya adalah ‘Slickline Manager‘.

Pada asalnya beliau datang ke lokasi saya untuk melihat perjalanan tugasan yang dikendalikan oleh crew nya juga ingin bertemu dengan Aramco Foreman untuk berbincang tentang hal berbangkit sekiranya ada juga, mengenengahkan sebarang cadangan bagi penambahbaikan perkhidmatan. Secara spontan setelah urusannya selesai, beliau tertarik dengan kelas perkongsian ilmu emas yang sedang saya kendalikan dan turut serta sehingga kelas berakhir yang akhirnya, beliau bermalam di lokasi saya yang hanya dikelilingi padang pasir dan diterangi limpahan lampu dari Rig disekitarnya.

Sungguh,
Kenangan itu amat manis bila dikenangkan kerana secara tidak langsung, memberikan inspirasi buat saya untuk terus berusaha agar semakin ramai yang celik akan ilmu emas dan perak.

Sepanjang bergelar Pembimbing Emas, terlalu banyak pengalaman serta perkongsian ilmu yang saya terima. Pernah suatu ketika di hadapan umum sewaktu saya menghadiri sebuah event besar berkaitan Gold Leadership Training, saya mengatakan bahawa tujuan sebenar saya ke sini adalah ‘Dibimbing Untuk Membimbing‘.

Saya akui kehidupan masyarakat ketika ini membuatkan diri mereka semakin gelisah atas pelbagai faktor kewangan yang mencengkam. Usaha saya demi mempertingkatkan ilmu berkaitan logam mulia dan membimbing masyarakat adalah antara matlamat hidup ketika ini sebagai amal jariah untuk melengkapkan bekalan sebelum bertemu denganNya.

Demi Allah,
Saya bukanlah insan hebat di dalam perkara ini namun, saya mempunyai azam dan semangat untuk merealisasikan impian agar semakin ramai insan di luar sana yang celik akan kepentingan memiliki logam mulia.

Maha Suci Allah,
Hati saya ‘Berbunga’ tatkala dapat membantu para pelanggan di bawah rangkaian Empayar KAB Gold Selangor. Walaupun bilangan mereka tidaklah mencapai ribuan orang, saya yakin kebanyakkan prospect di luar sana masih setia menelaah Ilmu yang disampaikan.

Doa dan harapan agar penyampaian tersebut meresep utuh di dalam hati dan sampai waktu mereka turut menjadi salah seorang Penyimpan Emas. Yang pasti, saya sangat BANGGA dan GEMBIRA. Antara hikmah dalam usaha perkongsian ilmu ini secara tidak langsung mengukuhkan ikatan ukhwah antara kami, Alhamdulillah.

Terdetik di fikiran saya ketika ini. Jika saya mengelolakan KELAS BIMBINGAN EMAS / PERSONAL COACHING SECARA PERCUMA melalui online mahupun WhatsApp Video Call, adakah sesiapa yang berminat?

Jika ada, barangkali saya limitkan waktu maximum 30 minit bagi setiap individu mahupun kumpulan di waktu saya tidak terikat dengan apa-apa aktiviti selepas ini, insya-Allah. Buat yang berhajat untuk menyertai perkongsian ilmu berkaitan Emas dan Perak, anda boleh menghubungi saya pada bila-bila masa.

Semoga kalian semua kaya dan berjaya di dunia mahupun di akhirat, Allahuma Ameen.

Pisang Raja dalam perahu,
Masak buah pisang sekerat,
Barang siapa yang tinggi ilmu,
Insya-Allah darjat akan diangkat.


Muhammad Yuhailmy (AbuAdam)
Si Fakir Pencari Ilmu
KABGoldSelangor.com

Leave a comment