Keuntungan Menjadi Dealer KAB Gold

Ramai yang bertanya kepada saya apakah keuntungan menjadi seorang Dealer KAB Gold?

Bagi saya, jika anda mempunyai budget yang besar untuk membeli emas, sebaik mungkin bertanyakan kepada ‘DealerIntroducer‘ kepercayaan anda untuk mendapatkan maklumat akan keistimewaan dari KABGold ini dan rebut peluang secepatnya.

Ini adalah kerana, sebagai seorang yang berstatus Dealer, anda mampu menjana keuntungan dalam setiap urusniaga emas samada harga emas semasanya di dalam trend menaik atau menurun. Baik membeli mahupun menjual semula emas tersebut, anda tetap mendapat keuntungan darinya asalkan anda tahu posisi anda dan manfaatkan kelebihan itu.

Menjadi Dealer di KABGold bukan bermaksud anda WAJIB menjual setiap produk dan menjadi komitmen bulanan yang mana pembelian dibuat setiap bulan. Anda boleh mendapatan status ini untuk kegunaan diri sendiri!

Saya bermula sebagai penyimpan emas yang tidak berstatus dealer pada awalnya sekitar tahun 2012 yang lalu. Ketika itu belum lagi saya melihat akan keupayaan ‘Sang Emas‘. Pembelian emas hanyalah sekadar syarat menunjukkan saya ini menyimpan emas. Sehinggalah pada tahun 2015 terdetik hati saya untuk terus menggali lagi ilmu berkaitan logam mulia. Pada waktu yang sama, amat menggemparkan saya bahawa selama ini saya membeli emas dengan nilai yang jauh lebih tinggi dari sepatutnya. Sungguh, pembelian emas di kedai emas terkemuka bukan bermakna anda akan mendapat harga yang terbaik.

Oleh kerana itu, atas sebab harga jualannya yang sedia rendah dan saya turut mampu mendapatkan harga belian yang lebih rendah lagi, maka saya dengan hati yang rela telah menjadi salah seorang Dealer di bawah sebuah syarikat emas yang tidak asing lagi di Malaysia ketika ini.

Status yang membawa keuntungan ini hanyalah untuk kegunaan peribadi pada awalnya sehinggalah saya melihat terlalu ramai masyarakat kita di luar sana yang tidak mengerti akan kepentingan memiliki emas. Tidak terkecuali mereka yang berhabisan ratusan ribu ringgit di tipu ‘Skim Emas‘ yang mengarut sehinggakan ada yang menanggung hutang bank sehingga kini malah tidak terkecuali ada yang menjadi muflis!

Ingin sekali saya kongsikan 2 sebab utama kenapa ramai Insan yang menghadapi masalah kewangan sewaktu membuat pelaburan iaitu:

  • Sifat TAMAK yang inginkan keuntungan 100% atau lebih daripada apa yang ingin dilaburkan.
  • KEJAHILAN diri sendiri yang mempercayai sepenuhnya kata-kata orang yang menjanjikan keuntungan 100% atau lebih di atas apa yang dilaburkan oleh bakal Pelabur.

Mengikut kajian kes, kebanyakkan mangsa tidak mempunyai ilmu berkaitan sesuatu pelaburan ditambahkan lagi dengan sifat malas dan hanya memikirkan keuntungan segera. Maka hasilnya, mereka ini mula melabur kepada skim cepat kaya.

Benar, ilmu mengenai emas ini tidak sesekali akan kita jumpa di pengajian persekolahan walaupun kaki menjejak ke universiti sekalipun. Apa yang di war-warkan kepada kita selama ini, semakin banyak wang di dalam bank maka kita semakin kaya walhal membuatkan kita merana kerana tangan gatal untuk terus menggunakannya setelah melihat angka yang besar di depan mata malah turut terkesan dengan inflasi yang mencengkam tanpa kita sedari.

Sejak itu, saya turut mendidik generasi saya untuk menyimpan emas sebaik mungkin. Semakin kita menyimpan emas maka semakin kita menjadi kaya. Bukan hanya di dunia tetapi turut sama di akhirat!

Mengapa saya katakan penyimpan emas yang bertuah turut menjadi kaya di akhirat?

Ya, penghasilan itu datang dari pembayaran ‘Zakat Emas‘ yang telah dibuat dan ianya ikhlas kerana Allah Yang Maha Pemberi tatkala cukup haul dan nisabnya. InsyaAllah


Alhamdulillah atas izin-Nya,
Demi melebarkan sayap empayar emas yang di bina selama ini juga jihad ilmu buat masyarakat, setelah bergelar Priority Dealer di sebuah syarikat emas yang besar selama 6 tahun, saya telah mengambil sebuah keputusan yang sangat drastik.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini saya sering memikirkan malah berdoa dan berharap agar suatu masa nanti akan lahirnya sebuah syarikat emas milikan orang Islam sepenuhnya yang mampu menawarkan perkhidmatan yang kurang lebih sama malah jauh lebih baik dari syarikat emas yang saya ikuti sebelum ini.

Sungguh, sebagai seorang ‘Muslim‘, adalah menjadi tanggungjawap saya untuk membantu dalam membangunkan ekonomi ummah. Pada saya secara peribadi, jika ingin melihat kebangkitan ekonomi Islam, kita seharusnya menyokong penuh saudara Muslim kita yang lain dalam bermuamalat. Dari sudut perspektif tersebut saya melihat kepada perkara;

  • Keuntungan sesebuah syarikat Muslim pasti akan dikembalikan kepada Muslim selainnya melalui infaq dan zakat perniagaan yang diberikan. Dan hasil keuntungan ini sangat bermakna untuk menbangunkan ekonomi dan taraf masyarakat muslim itu sendiri. Biarpun harga penjualannya sedikit mahal atau perolehan keuntungannya kecil berbanding syarikat emas non-muslim ketika ini, impak dari pemberian ikhlas kerana Allah itu amat besar nilainya. Dan, jika majoriti kita sebagai muslim bersatu padu membangunkan setiap syarikat muslim di bumi Malaysia, MasyaAllah, pasti bumi kita berkah dan jurang dari segi ekonomi antara kita dengan non-muslim itu akan mengecil.
  • Kepatuhan syariah yang ketat adalah faktor utama bagi saya kerana kita bermuamalah dengan barang ribawi. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang wujud, dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual ketika berlangsungnya kontrak jual beli. Oleh itu, jual beli suatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli suatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya adalah tidak sah.

Nota: Mengenai syarat-syarat pelaburan emas yang menepati kepatuhan syariah ini anda boleh membaca ‘Artikel Berdasarkan Majlis Fatwa‘ saya yang lepas untuk memahami konsepnya. InsyaAllah

Di sini, saya mengandaikan bahawa diri saya hanyalah seekor ‘Burung Kecil‘ di zaman Nabi Ibrahim a.s. yang berusaha terbang berulang alik mengisi air di dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang sedang membakar tubuh Baginda.

MasyaAllah, Sang pipit menjawap;
“Memang usahaku ini tidak akan mampu memadamkan api itu namun, aku lebih takut kepada Allah yang akan menyoal aku nanti iaitu apakah yang telah aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”

Sungguh, walaupun saya telah mendapat pelbagai keuntungan dan ramainya prospek di bawah bimbingan saya dan para Dealer emas di bawah rangkaian saya sebelum ini, pasti itu bukanlah sesuatu yang mematahkan semangat dan impian saya demi perjuangan dan jihad ilmu serta ekonomi buat saudara muslim saya yang lain. Dan, saya yakin keputusan ini adalah datangnya dari Allah untuk saya berhijrah kepada sesuatu yang baik dan dirahmati olehNya.

Alhamdulillah, tidak menunggu lama setelah itu saya merebut peluang menjadi Gold Manager pada February 2021 walaupun syarikat ini masih belum sebulan penubuhannya.

Benar, tidak saya nafikan KAB Goldynamics Sdn. Bhd. ini masih baru di Malaysia. Namun, saya amat yakin akan kemampuannya yang mampu untuk terbang lebih jauh di bawah kendalian insan-insan hebat di belakangnya serta visi dan halatuju syarikat yang lebih ke arah pembangunan ummah.

KABGold berhasrat untuk mewujudkan ‘One Stop Centre’ untuk urusan berkaitan emas di bawah satu bumbung yang meliputi;

  • Jualan dan belian balik jongkong emas
  • Jualan dan belian balik jongkong perak
  • Jualan dan belian balik barang kemas
  • Belian balik emas skrap
  • Ar-Rahnu
  • Pengiraan dan pembayaran zakat emas dan perak
  • Pendidikan tentang emas secara formal dan tidak formal
  • Pembangunan modal insan berasaskan logam bermutu tinggi
  • Program melahirkan usahawan emas dan perak secara sistematik
  • Tempahan emas dan perak

Dan di bawah pihak pengurusannya melalui Pengerusinya Datuk Dr. Mohd Daud bin Bakar , CEO dan Pengasasnya Ustaz Khairul Anuar Basri , dan Penasihat Syariah Dr. Ahmad Sufian Bin Che Abdullah , keahlian Gold Saver dan Dealer telah menjangkau jauh di seluruh Malaysia dalam waktu yang sangat pantas. Sungguh, saya melihat semangat persaudaraan sesama kita di sini.

Perjalanan saya masih jauh untuk mendaki ke tangga seterusnya. InsyaAllah atas sokongan anda, para ‘Dealer di Bawah Rangkaian Saya‘ dan atas izin-Nya saya mampu untuk mencapai tahap seterusnya sebagai Group Gold Manager secepatnya pada suatu hari nanti.

Mohon doakan saya. Allahumma Ameen


Melalui KAB Gold, Jadikan Saya Sebagai Pembimbing Logam Mulia Anda!

Pendaftaran yang sangat mudah dengan hanya klik di link; https://kabgold.my/introducer/KAB4188

Prosesnya amat mudah, ayuh daftar bersama KAB Gold dengan mengikuti langkah di bawah;

  • Layari website rasmi http://www.kabgold.my
  • Daftar dengan mengikuti setiap langkah yang di perlukan
  • Letakkan KAB00004188 sebagai Introducer
  • Verify email anda
  • Berjaya! Dan anda kini boleh membeli emas

Buat anda yang berminat untuk menjadi ‘Gold Saver‘ mahupun merebut status ‘Dealer‘ sah di bawah rangkaian saya, anda boleh menghubungi saya melalui http://www.wasap.my/60193456033 pada bila-bila masa.

Jika anda inginkan perkongsian ilmu dan maklumat semasa berkaitan produk keluaran KAB Gold ini, anda boleh mengikuti group khas kendalian saya melalui link;

Semoga manfaat yang baik dapat kita kongsikan bersama.


Berbalik kepada keuntungan menjadi Dealer KABGold, di bawah ini saya senaraikan kelebihannya agar anda faham dan mendapat panduan sebaik yang mungkin;

#1 – Rebat Belian Emas Sendiri

  • Untuk menjadi seorang Dealer, anda perlu bertanya kepada Dealer sah atau Branch KAB Gold‘ terdekat dengan anda atau melayari ‘Website‘ dan ‘Facebook Page‘ rasmi KAB Gold berkenaan ‘Promosi Dealer’ bagi bulan tersebut. Promosi ini berubah mengikut bulan dan event KAB Gold (sekiranya ada) yang berlangsung pada bulan dan amount tertentu di dalam satu resit pembelian. Rebat / incentive akan di bayar kepada anda bermula dari bulan KEDUA dan seterusnya mengikut status Dealer anda.
  • Di KAB Gold ada 3 jenis Dealer iaitu Gold AdvisorGold Manager dan Group Gold Manager. Dari segi rebat pula bermula dari 1%1.5% dan 2%.
  • Pengiraan mudah, jika anda membuat belian seterusnya berjumlah RM10,000, maka anda akan menerima rebat sebanyak RM100 (jika Gold Advisor).
  • Berkenaan insentif / komisyen, pihak pengurusan KABGold akan ‘Bank In’ ke dalam akaun bank yang telah anda daftarkan sebelum ini
  • Bayangkan, harga emas KABGold murah sekitar RM15 – RM20 segram berbanding kedai emas, anda jimat lagi rebat 1%. Sangat menguntungkan bukan?

#2 – Rebat Jual Balik Emas Sendiri

  • Jika anda menjual kembali emas anda kepada KABGold, maka anda akan dibayar rebat 0.3% atas setiap harga jualan tersebut.
  • Pengiraan mudah, jika and menjual semula emas anda dalam nilai keseluruhan RM10,000, maka anda akan dapat RM30.
  • Walaupun rebetnya kelihatan rendah, secara jujurnya ia sangat membantu terutamanya transaksi emas dengan kuantiti yang sangat besar dan setidaknya, wang tersebut itu juga dapat ‘cover’ kos perjalanan pergi dan pulang anda menuju ke branch terdekat

#3 – Komisyen Introduce Pembeli

  • Setiap pelanggan yang membeli emas atas recommendation dari anda, KABGold akan membayar komisyen 1%, 1.5% dan 2.0% mengikut level komisyen masing-masing.
  • Namun harus di ingat, sebagai Dealer anda harus membimbing sebaik yang mungkin. Niatkan kerana Allah kerana membantu saudara kita sendiri untuk terus berjaya di dalam kehidupan juga mengikuti Sunnah Nabi SAW.

#4 – Beli Emas Pada Harga Diskaun dan Simpan

  • Sekiranya pelanggan ingin menjual semula emas simpanan kerana keperluan yang mendesak, anda berpeluang membeli dengan harga ‘KAB Buy‘, iaitu harga bersih selepas di tolak dengan ‘Spread‘ / susut nilai 5.0% – 9.0%.
  • Pelanggan boleh menjual emas tu di mana-mana branch KABGold atau Dealer mengikut kesesuaian mereka dan harganya adalah sama mengikut ‘Website KABGold‘. Pelanggan yang berdekatan biasanya suka menjual kepada Dealer kerana mereka boleh mendapatkan duit jualan secara on the spot. Jika menjual kepada KABGold, duit itu pula akan masuk terus ke dalam akaun pelanggannya.

#5 – Beli Emas Pada Harga Diskaun dan Jual

  • Apabila semakin banyak stok simpanan anda hasil belian semula emas dari pelanggan anda sebelum ini melalui ‘KAB Buy’ dan suatu masa anda pula inginkan wang fiat untuk kegunaan yang lain, maka anda boleh menjualkan emas itu semula pada harga ‘KAB Sell’ kepada pelanggan yang baru.

#6 – Komisyen Overriding ‘Dealer

  • Antara pelanggan kita pasti akan ada mereka yang membuat pembelian untuk ‘Upgrade’ kepada status Dealer setelah sekian lama. Oleh itu, anda jangan terkejut melihat urusniaga besar yang akan anda hadapi sehingga mampu menjangkau 7 angka.
  • Dan pelanggan yang membuat pembelian ini membuatkan anda mampu mendapatkan ‘Overriding Commission’ dari pihak KABGold.
  • Pengiraan mudah, jika pelanggan anda membeli sebanyak RM10,000, KABGold akan membayar anda sebagai Introducer RM100 (1%), atau RM150 (1.5%), atau RM200 (2%) mengikut tahap Dealer anda.
  • Apabila pelanggan yang bergelar Dealer baru itu membuat belian kedua dan seterusnya, KABGold membayar kepada anda perbezaan tahap komisyen Dealer baru tersebut dengan tahap komisyen kita sebagai Introducer.
  • Pengiraan mudah, jika anda sebagai Group Gold Manager (level 2%), KABGold akan bayar kepada anda 1% atas belian Gold Advisor (level 1%), dan 0.5% atas belian Gold Manager (level 1.5%).
  • Komisyen ni akan terus dibayar setiap kali adanya urusniaga buat sepanjang hayat

Sebagai maklumat tambahan, sekiranya ditakdirkan anda tidak berumur panjang, maka waris anda boleh mewarisi legasi empayar emas anda hanya dengan membuat permohonan melalui mana-mana Branch KABGold yang terdekat.

Contoh Promosi Wakil Jualan (April 2021)

Kesimpulannya, jika anda mempunyai budget mencukupi (pastikan anda mempunyai simpanan kecemasan terlebih dahulu) maka jangan terus menunggu. Rebut peluang ini sebaik yang mungkin kerana tiada kerugian yang akan anda hadapi. Lagi pula, pembelian emas yang melayakkan anda mendapat status Dealer tersebut adalah milik anda sepenuhnya.

Anda perlu konsisten membimbing masyarakat di luar sana dengan hasil ilmu yang anda dapati hasil dari pembacaan atau hadiri setiap seminar anjuran KABGold demi memantapkan pengetahuan dan skill dalam membina empayar emas anda sendiri.

Semoga maklumat di atas menjadi panduan buat anda yang berhasrat membina kekayaan melalui emas. InsyaAllah

Akhir kalam, selain dari usaha meningkatkan status dan kejayaan di dalam bidang ini, ianya bukan berkisar kepada keuntungan dunia semata-mata. Niatkan agar setiap perkongsian ilmu yang anda lakukan itu adalah demi pembangunan ummah dari segi membuka hati mereka akan kepentingan memiliki logam mulia yang merupakan ‘Matawang Sunnah‘ ini ikhlas kerana Allah.

Pisang Raja Dalam Perahu,
Masak Buah Pisang Sekerat,
Barang Siapa Yang Tinggi Ilmu,
Insya Allah Darjat Akan Diangkat.

Saya berpesan kepada diri saya dan anda, di penghujung hayat, ilmu berguna yang diajarkan kepada masyarakat adalah merupakan suatu asbab kebaikan buat anda di ‘alam sana’ kelak seperti mana sabda junjungan besar kita Baginda Muhammad SAW;

Dari Abu Hurairah RA, sesungguhnya Baginda Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.

Wallahu a’lam

Yuhailmy Jamil (Abu Adam)
KAB Gold Manager – KAB00004188
Knowledge | Asset | Bullion

http://www.wasap.my/60193456033

4 thoughts on “Keuntungan Menjadi Dealer KAB Gold

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s