Tan Sri Dr. Mohd Daud bin Bakar adalah Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Amanie.
Amanie Advisors, salah sebuah syarikat utama Kumpulan Amanie kini menabur khidmat di beberapa bandar utama dunia.
Tan Sri Dr. Daud juga menyumbang bakti sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Astana International Financial Centre (AIFC), Kazakhstan, Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan, First Abu Dhabi Bank (UAE), dan juga Permodalan Nasional Berhad.
Beliau memainkan peranan penting sebagai ahli Badan Penasihat Syariah pelbagai institusi kewangan global, antaranya National Bank of Oman (Oman), Amundi Asset Management (Perancis), Morgan Stanley (Dubai), Bank of London and Middle East (London), BNP Paribas (Bahrain) dan Dow Jones Islamic Market Index (New York).
Dalam dunia korporat pula, beliau berperanan sebagai ahli Jawatankuasa Pelaburan PNB selain dilantik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang ke-8.
Sebelum ini, beliau pernah diberi kepercayaan menganggotai Lembaga Pengarah Sime Darby Property Berhad, dan bertindak sebagai bekas Pengerusi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).
Beliau juga bekas penyandang ketiga Kerusi Perbankan dan Kewangan Islam Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali Berdaftar (YTI) PNB di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Di samping itu, beliau juga adalah pengasas bersama (co-founder) Experts Analytics Centre Sdn Bhd dan MyFinB, Pengerusi Berry Pay, KAB Gold Dynamic, Bio Fluid Sdn Bhd, dan Amanie-Afra Halal Capital Co (Bangkok).
Pada 2016, beliau dianugerahi “Anugerah Kecemerlangan bagi Sumbangan Ulung bagi Kepimpinan dan Khidmat Nasihat Syariah” di Majlis Anugerah Sidang Kemuncak Sukuk London dan “Anugerah Penasihat Syariah” di Majlis Anugerah Kewangan Islam The Asset Triple A.
Sebelum itu, pada 2014, beliau dianugerahkan gelaran “Tokoh Perdana Anugerah Maulidur Rasul 2014” oleh Yang di-Pertuan Agong sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan.
Di bawah terajunya, Amanie Advisors membuktikan keunggulan sebagai penerima “Anugerah Prasarana Ilmu Ekonomi Islam” semasa Sidang Kemuncak Ekonomi Islam Global di Dubai pada 2015 daripada Raja Dubai, Sheikh Mohamed Rashid Al-Maktoum.
Sebelum itu, beliau pernah menyumbang bakti sebagai Timbalan Naib Canselor di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia.
Beliau mendapat ijazah pertamanya dalam bidang Syariah di University of Kuwait pada 1988 dan seterusnya memperoleh Ph.D. dari University of St Andrews, United Kingdom pada 1993.
Beliau terus menggali ilmu dan berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens di Universiti Malaya pada 2002.
Permata inteleknya terus menerima pengiktirafan apabila buku pertamanya, “Shariah Minds in Islamic Finance: An Inside Story of A Shariah Scholar” (Minda Syariah Kewangan Islam: Kisah Balik Tabir Perspektif Cendekiawan Syariah) muncul sebagai penerima anugerah “Islamic Finance Book of the Year 2016” oleh Majlis Anugerah Kewangan Islam Global [The Global Islamic Finance Award (GIFA) 2016].
Buku beliau yang seterusnya “An Insightful Journey Into Emirates Airline Sukuk : Pushing The Boundaries of Islamic Finance” juga menerima penganugerahan daripada GIFA 2017 iaitu “Best Islamic Finance Case 2017”.
Hasil nukilan karya Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar yang lain :
- Kembara Ilmu Dari Sg Korok ke St Andrews (2021)
- The Theory of Wealth Circulation and The Risk Sharing In Islamic Finance (2020)
- Covid 25 : Kapsul Kehidupan dan Makhluk Mistik (2020)
- Dhuha : Cahaya Pagi Yang Terang (2020)
- Emas & Syariah – Ilmu Tersurat dan Tersirat (2019)
- Dukun Kegagalan (2019)
- Engsel Kehidupan (2019), Sosialisasi Fekah Dalam Struktur Masyarakat (2019)
- Mindset Is Everything (2019), The Hard Truth Of Islamic Finance (2019), Ratiocination In Islamic Legal Theory (2019)
- Corporate Matrimony (2019)
- I Have 25 Hours A Day : The Smart Way to Create More Time (2016)
- Mainstreaming Islamic Finance: Unveiling The Critical Success and Failure Factors An Insider And Global Perspective (2018)
- Saya Ada 25 Jam Sehari (2016)
- Be The Eagle Amongst The Birds (2018)
- Shariah is Life (2018)
- PULUN (2018)
- Anak Desa ke Persada Antarabangsa (2018)
- Membumikan Syariah : Menjelajahi Dimensi Syariah Secara 360 Darjah (2018)
Sungguh, beliau seorang yang sangat dinamik, ‘energetic’ dan boleh bekerja ‘up and down’ dari satu lapangan terbang ke lapangan terbang yang lain. Tokoh penasihatan Syariah Global yang menginspirasikan, motivator dan usahawan syariah berjaya.
Dengan semangat dan kelayakan yang ada pada dirinya, saya yakin KAB Gold mampu terbang jauh lebih tinggi dalam usaha membangunkan ekonomi ummah.
Maka, hindarilah sebarang keraguan dan yakinlah bahawa KAB Gold merupakan antara platform terbaik untuk pelaburan emas fizikal di Malaysia buat masa kini.
Yuhailmy Jamil (Abu Adam)
KAB Gold Group Manager – KAB00004188
https://kabgold.my/introducer/KAB4188
https://www.facebook.com/KABGoldSelangor
One thought on “SIAPAKAH PENGERUSI KAB GOLDYNAMICS SDN. BHD.?”