Saudi Arabia – Pengalaman Mendewasakan Pemikiran

Alhamdulillah.
Diam tak diam pada hari ini, 30 September 2020 maka genap lah selama 5 tahun diriku bertugas di Saudi Arabia bumi bertuah.

Terlalu banyak memori indah untuk dikenang sebagai pembakar semangat untuk terus maju ke hadapan.

Tugasan di Saudi ini merupakan negara ke-8 daku bertugas sepanjang menceburkan diri di dalam dunia Oil and Gas. Antara negara yang pernah aku hadiri sebelum ini ialah di Malaysia, Singapore, Brunei, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Myanmar. Semua maklumat berkaitan boleh anda lihat  Linkedln peribadi saya.

Alhamdulillah, segalanya bermula setelah ‘High Rate Sand Control Operation‘ di Myanmar Zawtika Phase 1 Field melalui client kami ‘PTTEP berakhir.

Sementara menunggu tender baru di ‘bid’ semula, setiap dari kami ‘di cutikan’ terlebih dahulu. Ada yang masih dibayar gaji basic bulanan, ada yang di bayar hanya dari 20% dari wang gajian (LOA – Leave of Absence), turut juga ada yang tidak bergaji sama sekali tetapi masih di dalam perkhidmatan (suspended) dan malangnya, ada yang diberhentikan kerja sama sekali.

Ini adalah kerana ketika itu harga minyak mentah dunia merundum dengan sangat drastik yang menyebabkan kebanyakkan operating company menghentikan agenda carigali minyaknya sehinggalah harga semasanya mencapai paras minimum yang boleh bagi mereka memulakan operasinya semula. Kerana itu, jumlah pekerja industri ini telah hilang pekerjaan adalah tidak terhitung banyaknya secara global.

Syukur kepada Allah atas pemeliharaan-Nya saya masih mendapat gaji basic bulanan secara penuh atas sebab baki cuti saya ketika itu melebihi 120 hari.

4 bulan berada di rumah itu tersangat lama dirasai. Kegusaran hati pasti ada memandangkan apakah perjalanan berikutnya yang perlu di tempoh oleh diri ini. Terbayang anak-anak yang masih kecil, wang simpanan itu masih ada tetapi tidaklah dapat menampung pada suatu jangka waktu yang lama kerana keadaan ekonomi ketika itu merundum sekali. Ini adalah kerana menjadi lumrah dan tradisi para pekerja di industri ini (termasuk diri saya secara jujurnya) lebih mengutamakan gaya dan aset walhal hampir kesemua dari itu masih lagi kepunyaaan bank sebenarnya.

Tatkala tiadanya pendapatan, harta yang ada pasti meninggalkan pergi. Pada bila-bila masa pihak bank boleh menarik semula aset yang datangnya dari pembiayaan sebelum ini. Perkara ini adalah teramat serius dan mengesankan, dan impaknya sungguh besar sekali.

Ketika itu saya melihat ramai teman-teman seperjuangan yang mengubah kerjaya, berniaga (kecundang jua akhirnya kerana faktor pengalaman), hampir menjadi gila, bercerai dengan pasangannya dan yang paling mengguris hati, menyalahkan Allah Yang Maha Pemberi. Nauzubillah

Jujur, saya banyak sekali bermuhasabah akan diri. Demi Allah, banyak sekali yang saya dapatkan dari pelbagai arah atas panduan dari Allah Yang Maha Merancang. Alhamdulillah

Saya berdoa kepada Allah dan berserah diri sepenuhnya kepada-Nya. Pasrah, ya hati saya sangat pasrah. Namun tidak saya bersendiri, ‘Srikandi Cinta Hati‘ saya, arwah Bonda (Al-Fatihah di baca), ayahanda, adik beradik dan teman-teman akrab adalah turut menjadi kekuatan bagi saya sepenuhnya.

Azam saya amat kuat dan saya berjanji kepada diri jika masih diri ini diberikan peluang seterusnya pasti akan saya manfaat sebaik mungkin dan berusaha agar mengubah gaya kehidupan serta melunasi segala hutang piutang yang ada secepat yang mungkin di samping membuat persediaan dari sebarang kemungkinan yang melanda di masa mendatang.

Pada waktu yang sama saya menyedari bahawa sebagai seorang Muslim, kita sebenarnya adalah begitu unik. Menjana kekayaan itu bukan dengan hanya hidup menyimpan harta walhal kekayaan itu pasti akan lahir tatkala kita menginfaqkan sebanyak mungkin harta ke jalan yang Allah redhai. Demi Allah, ini adalah sumpah-Nya yang mana akan Allah lipat gandakan kurniaan-Nya buat para hamba-Nya ikhlas memberi.

Untuk itu pada masa yang sama, saya menghayati kisah akan mimpi Nabi Yusuf as yang telah di rakamkan di dalam Al-Quran yang mulia sebagai panduan dan pembangkit semangat.

Maha Benar Allah di atas firman-Nya yang agung;

“Dan raja berkata (kepada para pemuka kaumnya), ‘Sesungguhnya aku bermimpi melihat tujuh ekor sapi betina yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus; tujuh tangkal (gandum) yang hijau dan (tujuh tangkai) lainnya yang kering. Wahai orang yang terkemuka! Terangkanlah kepadaku tentang takwil mimpiku itu jika kamu dapat menakwilkan mimpi.’ Mereka menjawab,(itu) mimpi-mimpi yang kosong dan kita tidak mampu menakwilkan mimpi itu.’

Dan berkatalah orang yang selamat di antara mereka berdua dan teringat (kepada Yusuf) setelah beberapa waktu lamanya, ‘Aku akan memberitahukan kepadamu tentang (orang pandai) menakwilkan mimpi itu, maka utuslah aku (kepadanya).’ ‘Yusuf, wahai orang yang sangat dipercaya! Terangkanlah kepada kami (takwil mimpi) tentang tujuh ekor sapi betina gemuk yang dimakan oleh tujuh (ekor sapi betona) yang kurus, tujuh tangkai (gandum) yang hijau dan (tujuh tangkai) lainnya yang kering agar aku kembali kepada orang-orang itu, agar mereka mengetahui.’

Dia (Yusuf) berkata, ‘Agar kamu bercocok tanam tujuh tahun (berturut-turut) sebagaimana biasa; kemudian apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan di tangkainya kecuali sedikit untuk makan. Kemudian setelah itu akan datang tujuh (tahun) yang sangat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dimana manusia diberi hujan (dengan cukup) dan pada masa itu mereka memeras (anggur)’.” (Surah Yusuf: 43-49).

Sungguh, saya mendapatkan kekuatan diri yang luar biasa!


Sehinggalah di suatu hari pihak pengurusan syarikat menghubungi saya dari Myanmar agar saya bersetuju untuk berpindah ke Arab Saudi dengan kadar yang segera kerana mereka memerlukan tenaga kerja yang terlalu banyak jumlahnya disebabkan pihak pemerintah ingin meningkatkan gas production rate negaranya dengan kuantiti yang tersangat besar.

Khabarnya juga pelan pemindahan ini hanyalah bersifat sementara dan saya wajib untuk kembali bertugas di Myanmar sekiranya kami memenangi tender untuk Phase kedua di Zawtika Field (sebaliknya, tender ini bertukar tangan kepada pesaing besar perusahaan kami di akhirnya).

Allahu, ujian apakah lagi untuk saya kali ini?

Tatkala mendengar lokasi di Saudi pasti akan lemah hati dan anggota tubuh kerana tugasan di sana bukanlah suatu yang normal. Dengan operation yang begitu extreme ditambah dengan cuaca yang umum mengetahui betapa bahangnya melanda pasti membuatkan hati menolak sepenuhnya.

Sungguh, teramat buntu fikiran saya di kala itu. Tatkala terpandang anak-anak yang masih kecil, sang isteri yang sedang hamil anak ke-empat kami dan wajah Ayahanda dan arwah Bonda (Al-Fatihah di baca), saya sedar bahawa saya tiada pilihan yang lain.

Dengan hati yang berat, saya tandatangani surat persetujuan perpindahan tempat tugasan dan memulakan proses perlaksanaan visa kerja di Kuala-Lumpur secepatnya. Apa yang dapat saya katakan kepada diri;

“I will work as much as I can until someone hate me!”

Dan motto ini masih saya pegang sehingga kini. Keyakinan saya sangat kuat bahawa rezeki itu datang dari Allah dan kerja itu adalah suatu ibadah. Maka saya perlu lebih berhati-hati setelah itu kerana saya bekerja untuk Allah SWT. Dan dari situ datangnya hasil yang halal ataupun haram jika saya mengerti.

Terima kasih Ya Rabb, atas anugerah dan segala nikmat kurniaan-Mu yang tidak sesekali aku dustakan.


Alhamdulillah, atas segala izin-Nya diri ini memulakan perjalanan menuju ke bumi Saudi Arabia melalui transit di Doha, Qatar terlebih dahulu. Perjalanan ini sangat memenatkan dan saya juga perlu lebih berhati-hati kerana ini adalah kali pertama saya menuju ke destinasi yang tidak pernah saya tahu bagaimana arahnya.

Setibanya di Saudi, dengan keadaan yang teramat asing saya hanya bertugas di Udhailiyah Base dan pada masa yang sama melengkapkan pelbagai training sebelum bertugas ke lokasi yang akan ditetapkan selepasnya.

Berhadapan Dowell Udhailiyah Base

Apa yang saya sedari, kehidupan kerja di Saudi ini sangat berbeza yang mana saya perlu berusaha sendiri untuk mendapatkan sesuatu. Kesabaran itu amat penting. Tugasan di sini bukan hanya memerlukan kudrat tetapi mental yang kuat turut memainkan peranan jika ingin ‘survive’ sepenuhnya.

Paling utama, carilah teman baru seramai yang mungkin. Jangan malu untuk bertanya untuk mendapatkan advise dan bantuan. Saya akui kelebihan saya sebagai ‘anak nusantara‘ yang banyak menggunakan adab dalam pelbagai perkara, beramah mesra sesama dan memiliki hati yang harmonis turut membantu dalam setiap perjalanan kehidupan di sini.

Turut membantu saya ketika itu, saya kembali bertemu dengan teman-teman lama dari pelbagai negara. Sedikit sebanyak dapat membantu urusan saya selama diri berada di perantauan.

Pada awalnya mengikut post seperti yang tertera di ‘Employee Offer Letter’ saya seharusnya ditempatkan di Department Fracturing dan mengurusi salah satu dari fleet yang ada. Agak lama juga saya tinggalkan department ini namun tatacara pengendalian kerjanya masih saya ingat sehingga kini.

Sehinggalah suatu masa saya di panggil oleh pihak pengurusan dan saya di offer untuk mengendalikan department baru yang lebih kepada Well Site Management dan saya wajib mengetahui operation berkaitan Fracturing, Coiled Tubing, Slickline, Wireline dan Camp Managment pada masa yang sama. Apa yang perlu saya lakukan ialah belajar segala operation concept secepat yang mungkin.

MasyaAllah, sungguh ianya adalah satu cabaran yang begitu mengujakan dan turut membakar semangat saya. Mempelajari sesuatu yang baru dan menambahkan pengalaman sedia ada dapat melengkapkan pelbagai kekosongan yang ada di dalam career saya sendiri.

Pasti ianya datang dari Allah dan Dia adalah sebaik-baik perancang. Walau di awal waktu diri merasakan kesukaran yang mendalam, tetapi kebahagiaan dan kemudahan itu hadir di hujung waktu.

Teringat saya akan sebuah kisah;

Seorang pemuda berdoa kepada Allah SWT agar diberikan kuntuman bunga dan kupu-kupu yang indah tetapi sebaliknya Allah SWT memberikannya kaktus dan ulat.

Lelaki ini bersedih dan tidak mengerti mengapa pemberian-Nya berbeza dengan apa yang di mohon. Lalu pemuda itu berfikir; “Barangkali Allah SWT terlepas pandang kerana begitu ramai hamba-Nya yang harus diurus.”

Setelah sekian lama, pemuda ini memikirkan kembali doanya yang telah sekian lama dilupakan dan beliau amat terperanjat tatkala melihat dari pohon kaktus yang buruk dan berduri itu telah tumbuhnya bunga yang sangat cantik malah dari ulat yang berselubung, telah berubah menjadi kupu-kupu yang begitu indah!

Subhanallah, ternyata doanya selama ini benar-benar dimakbulkan oleh Allah SWT.

Cara Allah SWT adalah yang terbaik walaupun ada masanya kita menilai ianya seakan tidak wajar maka percaya dan yakinlah bahawa Allah SWT sentiasa memberikan apa yang kita pinta pada waktu yang tepat. Allah SWT tidak pernah gagal memenuhi permintaan hamba-Nya, teruslah berdoa kepada-Nya tanpa ragu dan mengeluh serta serahkan ketentuan itu kepada-Nya.

Duri hari ini adalah bunga di hari esok!

Maha Benar Allah di atas firman-Nya yang Agung;

Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah sentiasa mengetahui apa yang mereka rahsiakan serta apa yang mereka bisikkan, dan bahawasanya Allah Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang ghaib? (Surah At-Taubah : Ayat 78)

Percayalah bahawa Allah Maha Mengetahui yang terbaik buat hamba-Nya. Dan ingatlah jua bahawa Allah Maha Kaya cuma kita yang miskin meminta!


Melalui department yang baru ini saya bertugas sebagai Well Site Coodinator yang kini di ubah namanya kepada Well Site Leader. Sehingga kini saya telah bertugas di beberapa LSTK Site iaitu di Site #4, #5, #16, #21, #26, #27 dan #28.

Paling lama saya bertugas adalah di Site #21, #27 dan #28 dan operasi ketiga-tiga site ini di bawah kendalian North Division.

Operation view di Shedgum

Lokasi yang telah pernah saya bertugas ialah di Shedgum, Ain Dar, Uthmaniah, Hawiyah, Haradh, MNJR dan SAHB. Manakala tugasan yang perlu saya laksanakan setiap hari adalah seperti di bawah (Bahasa English);

Reports directly to the to Conventional Project Manager and interacts with Aramco Foreman on site, all service segments and third parties at site.

Essential Responsibilities and Duties:

Leader at wellsite and responsibilities encompass wellsite, campsite and overall operation ongoing in the area. This includes non-wellsite related activities such as driving, etc.

Provide clear leadership in all aspects of health, safety and environmental (HSE) protection, ensuring that safe working practices are being utilized based on well operations safely, in accordance with the approved well operations program and in compliance with the applicable Policies/Standards/ Procedures and the regulatory requirements, within the allocated time/cost with optimal use of resources.

Planning and Coordination:

  • Acts as focal point for all wellsite communication
  • Organizes and leads pre-job safety and operations meetings that are related to well operations.
  • Leads daily planning meetings and discusses operations with Aramco Foreman, segment and third party supervisors.
  • Updates forecast and planned activity (7 day planner) to anticipate resource requirements to meet well demands and provide optimum efficiency of services.
  • Responsible for checking that equipment and services comply with the contract.
  • Manages the auxiliary and ancillary services and subcontractors to comply with Aramco sites requirement (e.g. Mechanical Lifting, Emergency Services like H2S, Catering and Housekeeping Staff, etc.)

Operation:

  • Ensures that the operations are conducted to prevent the risk of well control, stuck pipe and any other hazards
  • Implements the game plan issued for Aramco Foreman and makes sure they comply with SLB standards
  • Implements contingency plans at the site for any operation that may be undertaken
  • Ensures all the work completed is captured properly in service tickets and the tickets are signed by the Aramco Foreman

Sungguh, hari-hari saya sangat padat dengan pelbagai tugasan. Tiada segalanya yang mudah tanpa perancangan awal dalam mencapai visi dan misi sesuatu tugasan lebih-lebih lagi melibatkan operasi yang teramat besar di Saudi Arabia. Malah, setiap project yang bernilai jutaan Dollar ini turut membuatkan saya perlu lebih berhati-hati agar setiap perjalanan mengikut seperti mana yang dirancang.

Kekuatan hanya dari segi pengalaman tidak semestinya membuatkan kita hebat. Sokongan dari pelbagai pihak samada mereka yang berada di atas mahupun di bawah, mampu merealisasikan target yang ingin di capai.

Synergy‘ dan ‘Teamwork‘ itu adalah rahsia di sebaik kejayaan.

Alhamdulillah, jauh di lubuk hati, saya dapat merasai kebahagiaan di penghujung nya. Tiada sebarang tugasan yang tidak disertakan dengan pelbagai masalah. Pastinya mendidik diri untuk terus maju melangkah ke hadapan.

Ada waktu, konflik kerja itu pasti akan hadir. Lumrah kehidupan di dunia Oil and Gas Field. Sebagai Leader, usahakan agar dapat mengawal diri sendiri juga buat mereka yang berada di bawahan. Bangkitkan synergy di dalam team. InsyaAllah perkara yang dianggap sukar pasti terasa mudah dengan izin Allah.

Teringat kata Sang Guru;

Ambil lah seketul batu dan lemparkan ke dalam gelas. Pasti akan engkau lihat percikan air itu. Dan jika nasib mu tidak baik, pasti membasahi pakaian mu.

Nah, Kini ambil lagi seketul batu yang lain. Campakkan lah ke dalam laut yang luas. Pasti akan engkau lihat, tidak terkesan sama sekali walaupun engkau lemparkan dengan batu yang lebih besar dari itu.

Maka, besarkan jiwa dan hatimu!


Maha Suci Allah,
Setiap hari pasti akan adanya pengalaman baru melalui pelbagai cabang ilmu mengiyakan bahawa ilmu Allah itu Maha Luas dan walaupun dilakarkan dengan dakwat sejumlah lautan bumi sekalipun, masih jauh kerdilnya berbanding diriNya!

Semoga diri seumpama ‘Sang Padi’ yang masak ranum, semakin berisi semakin menunduk ke bumi, menyedari diri hanyalah sebagai hamba dari Tuhan Yang Maha Agung.

Tatkala di tanya sampai kapan diri akan berhenti di kerjaya yang sangat banyak mengorbankan norma kehidupan selama ini?

Pasti,
Hanya padanya tempat berserah. Allah Kareem dan yakin lah akan ketentuan dariNya.

Sekalung kasih yang tidak terhingga buat keluarga serta rakan seperjuangan yang terus menerus memberikan sokongan dan doa agar hati menjadi kental akan segala ujian yang mendatang.

Doakan saya agar segala urusan dipermudahkan Allah untuk hari ini dan seterusnya. Allahumma Ameen

Abu Adam
30th September 2020

Bersama Site-27 crew
Bersama Site-27 crew
Datangnya waktu pagi pada setiap hari menjadi bukti bahawa Allah SWT tidak akan sesekali membiarkan kegelapan menyelimuti selamanya.

2 thoughts on “Saudi Arabia – Pengalaman Mendewasakan Pemikiran

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s