Pengalaman Berharga – Bersama Insan-Insan Hebat

Angsi Crew 1
Bersama barisan insan-insan hebat yang kini berada di suatu tahap yang sangat istimewa di dalam Petroleum Industry di pelbagai negara

Secara tidak sengaja terjumpa gambar-gambar lama sewaktu mengemaskini laptop yang semak dengan pelbagai file awal pagi tadi.

Alhamdulillah, setidaknya mengenang kembali memori manis bersama  Frac Team sewaktu bertugas di Angsi Field terletak kurang lebih 150km dari Kerteh, Terengganu. Apa yang mengagumkan, ini adalah “The Biggest Offshore Frac Operation In The World” pada ketika itu.

Dan, di atas pelbagai project yang sangat success ini, team kami turut di anugerahkan Silver Award – Performed by Schlumberger. Wow, pasti ianya kenangan yang tidak mampu saya hilangkan dari memory bank saya.

Selama kurang lebih 3 tahun kami bertugas di sana dengan melalui pelbagai pahit manis dalam menjalankan misi. Tender #6 Barge menjadi rumah kedua kami secara tidak langsung malah hubungan kami bersama para pekerja di Tioman rig juga umpama isi dan kuku.

Melalui project ini, Schlumberger merupakan service company yang terbesar dan pelbagai segment turut menjayakan tugasan besar ini. Kami turut digelar sebagai “The Blue Army” !!

Paling tidak saya lupakan, kenangan bergelar Service Supervisor Trainee di bawah supervision yang amat menguji fizikal dan mental. Allahu rabbi, tak mampu diungkap melalui kata-kata dan tulisan.

Menangis?

Jujurnya ‘Ya’ pada hari kedua saya di sana. Tidak terbayang azab rasa ibarat di penjara dengan diberikan tukul besi yang besar di tangan untuk memecah batu-batu keras menjadi serpihan yang kecil. Alhamdulillah saya melalui tempoh “Siksaan” itu dan kini adalah masa untuk saya menikmati pengorbanan yang telah saya lakukan sejak 17 tahun yang lalu.

Ketika itu, team kami datangnya dari pelbagai negara dan pekerja dari Malaysia sendiri amat sedikit jumlahnya. Bahasa English merupakan bahasa rasmi kami di industri ini. Saya adalah manusia yang sangat lemah dalam berbahasa. Selama setahun setidaknya saya membawa kamus tebal ke pelantar minyak dan belajar dari bawah. Sering juga saya di maki tanpa mampu untuk membalas kembali. Malah, ada suatu kisah yang menyentuh hati akan perasaan ingin mempertahankan agama yang suci. Sempat saya mengucap dan berfikir bahawa kekerasan bukannya pilihan terbaik. Berhujah sebaik mungkin dengan fakta mampu melembutkan hati dan menawan manusia walau dirinya segarang sang singa sekalipun. Tidak ramai yang tahu kisah ini walaupun mereka ini keluarga dan teman rapat saya. Sejak itu, saya nekad sebenar-benarnya untuk menguasainya bahasa ini. Maaf, saya tidak boleh menulis di sini.

fb_img_1534728588439.jpg
Bersama Abang Manny. Kami bertemu kembali di Saudi Arabia setelah lebih 5 tahun tidak bersua muka.

Insan yang paling saya hormati sepanjang bergelumang dengan dunia oilfield ini adalah Abang Manivannan Ramaiah (Manny). Dia adalah kekuatan untuk saya terus meniti kejayaan malah sebagai pelindung di kala waktu mendesak. Terlalu banyak jasanya kepada saya.

Semoga Abang Manny terus bahagia dan dipercepatkan jodoh nya !!

Biar payah dan menyesakkan, terlalu banyak ilmu yang saya timba selama berada di sana. Sesuatu kejayaan itu tidak datang dengan mudah dan pasti akan adanya pengorbanan yang perlu di korbankan.

Di penghujung waktu, semestinya menjadi kenangan terindah buat di kenang. Buat sahabat seperjuangan, semoga damai dirimu di sana. Dunia Oilfield sangat kecil dan pasti di suatu masa, kita bertemu akhirnya.

 

Yuhailmy a.k.a Jimmy
Angsi Field in Memory
Frac Operation – 2002

Flair Night 1 SML
Suasana indah di waktu malam ketika Well Testing melakukan tugas flaring
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Tender 6 Barge adalah rumah kedua kami. Ianya mampu menempatkan lebih dari 100 orang pekerja pada satu-satu masa. Dan di hadapannya pula adalah Platform Angsi – Andra. Di sini lah kami melaksanakan tugas hingga ke penghujungnya.
Life In Angsi
Gambar ini di ambil pada tahun 2003 setelah setahun bertugas di Schlumberger Well Services Department (Frac)

One thought on “Pengalaman Berharga – Bersama Insan-Insan Hebat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s