Ya Rasulullah, Daku MerinduiMU Saban Waktu !

 

WhatsApp Image 2017-09-14 at 7.02.23 AM(1)

Seringkali kita mendengar kisah kasih sayang Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Kisah Rasulullah di saat akhir kematiannya masih bertanyakan kepada Jibrail tentang umatnya melahirkan perasaan terharunya kita sebagai umatnya. Baginda tersenyum tatkala Jibrail berkata bahawa umat Muhammad SAW akan dihisab terlebih dahulu berbanding umat nabi-nabi yang lain.

Betapa Rasulullah begitu merindui umatnya terutama umatnya yang hidup selepas kewafatannya. Namun kita sering lupa dan alpa pada hakikat rindu yang sebenar kerana kerasnya hati kita.

Tangisan Rasulullah pada akhir hayatnya adalah tangisan kerinduan baginda kepada umatnya, di sisi Allah mereka mulia.

  • Siapa yang dirindukan Baginda Nabi Muhammad?
  • Siapa yang didoakan Baginda nabi Muhammad setiap waktu?

Ia adalah kita, tapi sudahkah kita mencintai Baginda Rasulullah, adakah kita mengingati kasih Baginda kepada kita?

  • Renungilah siapa yang menjadi ikon kita selama ini?
  • Siapa idola anak-anak muda sekarang?
  • Siapa idola saudara-saudara kita saat ini?

Kita bangga dengan ikon artis-artis dan kita bangga dengan ahli sukan ternama. Malangnya kita mulai lupa pada ikon dan idola kita yang sepatutnya iaitu Baginda Nabi Muhammad SAW

Kita mengaku kita adalah umat Nabi Muhammad tapi kita tidak pernah mengikut sunnahnya, kita lupa untuk mencontohi akhlak Baginda, kita tenggelam dengan nikmat dunia.

Air mata yang sering kita tumpahkan bukan air mata rindu dan cinta kita pada Nabi kita tapi air mata kekecewaan dalam bercinta. Kita umat yang lalai dan leka, kita sering terlupa meletakkan cinta dan rindu kita pada Baginda.

Bersama-samalah kita hidupkan kembali kerinduan dan kecintaan kita kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Semoga di Padang Mahsyar nanti kita akan bertemu dengan baginda Rasulullah. In Shaa Allah.

Adakah kita sayangkan Rasulullah sepertimana sayangnya Rasulullah kepada kita?

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s