Melalui usahasama antara Public Gold International dan Pos ArRahnu, kini produk kami yang bertaraf LBMA dapat anda dapati di seluruh Malaysia di setiap Pejabat Pos yang berhampiran.
Keutuhan syarikat yang mendapat pelbagai anugerah dan pengiktirafan pasti menambahkan keyakinan para pelanggan kami bahawa mereka telahpun berada di platform jual / beli Emas terbaik negara yang bersifat Antarabangsa.
Untuk pengetahuan anda, Pos Ar-Rahnu Sdn. Bhd. ditubuhkan pada Jun 2012 dengan pembukaan dua cawangan di Pejabat Pos Bandar Baru Bangi dan Kuala Terengganu. Kini, terdapat 65 cawangan Pos ArRahnu di seluruh negara dan jumlahnya akan dipertingkatkan seiring dengan perkembangan semasa.
Pos ArRahnu menawarkan pembiayaan bercagarkan emas sehingga 75 peratus dari nilai marhun. Perkhidmatan pembiayaan ini dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan warga asing yang mempunyai pasport yang sah.
Kemudahan pembiayaan ini bakal membantu golongan peniaga kecil, keluarga berpendapatan rendah serta penjawat awam yang memerlukan khidmat pinjaman kredit dengan mudah dan selamat.
Pada November 2015, Pos ArRahnu telah melancarkan perkhidmatan terbaru iaitu perkhidmatan jual beli jongkong emas dan dinar. Selain itu, Pos ArRahnu juga kini membeli emas lama dan emas terpakai dengan harga yang berpatutan.
Sebagai seorang pengumpul emas, saya sangat teruja memiliki keseluruhan edisi Emas POS Malaysia ini samada berbentuk jongkong mahupun dinar emas. Setiap koleksi didatangkan khas dengan rekabentuk menarik serta dalam kuantiti yang sangat terhad. Keadaan ini mampu menaikkan harga emas tersebut melebihi harga pasaran semasa atas kapasiti pencarian oleh para pengumpul emas di luar sana.
Setiap emas keluaran Public Gold ini mempunyai ketulenan Au 999.9, 24 karat serta bebas GST. Anda tidak perlu khuatir akan kualiti emas tersebut kerana ianya mempunyai pengiktirafan antarabangsa LBMA.
