Renungan Bersama – Zakat Emas & Perak

20286819_660057710785407_7579208780492176724_o.jpg

Salah satu ‘Keunikan’ sebagai seorang Muslim itu ialah pembayaran Zakat Emas & Perak.

Emas dan Perak adalah logam galian yang berharga kurniaan Allah SWT. Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia juga menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu.

Sementara syariat pula mengibaratkan Emas dan Perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga telah mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas bejana, cenderamata, ukiran atau perhiasan. Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun.

Dalil Wajib Zakat Emas dan Perak

Firman Allah SWT maksudnya;
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah(mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu,maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu.” [Surah at-Taubah : Ayat 34 & 35]

*** Maha Benar Allah atas apa yang difirmankanNya

Hadith Riwayat Muslim maksudnya;
“Tidak ada seseorang yang mempunyai emas dan perak tidak menunaikan zakatnya, melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka. Setelah dipanaskan, digosokkan lambung, dahi, dan belakangnya setiap kali ia sejuk dipanaskan semula, pada satu hari yang lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hambanya.”

Wahai Empunya Diri (khusus buat diriku); 
Ingatlah bahawa apabila cukup haul setahun, keluarkan lah zakat dengan hanya sebanyak 2.5% demi menyuburkan rezekiMu dan secara tidak langsung menanam benih untuk AkhiratMu. Allahumma Ameen

Buat para pembaca yang mulia, info lanjut berkaitan Zakat Emas dan Perak ini boleh anda lihat sepenuhnya di link: https://teratakemas.com/2016/02/17/zakat-emas-dan-perak/

Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebaikan dan kesabaran. 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s