Siapakah Datuk Dr. Mohd Daud Bakar?

18814336_1244080872368121_2447614707299560980_n.jpg

Beliau adalah Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Amanie Group. Mantan Timbalan Naib Chanselor di UIAM. Sekarang beliau adalah Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Lembaga Penyeliaan Syariah International Islamic Liquidity Management Corporation (IILM), Labuan serta penyandang Kursi Akademik Yayasan Tun Ismail (YTI) – USIM.

Dr Mohd Daud Bakar juga adalah Ahli Lembaga Syariah the Dow Jones Islamic market Index (New York), Muzn Islamic Bank (Oman), BNP Paribas (Bahrain), Morgan Stanley (Dubai), Bank of London and Middle East (London) yang boleh di simpulkan sebagai Tokoh Shariah Global atau Pakar Penasihatan Shariah Global.

Memenangi pelbagai anugerah, antaranya Anugerah “The Asset Triple A Industry Leadership Award” oleh The Asset magazine, “Tokoh Perdana – Maulidur Rasul” tahun 2014, dan “Shariah Scholar of the Year-2015” oleh London Sukuk Summit dan yang terkini Syarikat penasihatan beliau Amanie Advisors dianugerahkan Best Shariah Advisory Firm 2016 oleh Global Islamic Finance Award (GIFA).

Beliau adalah Pemegang Doktor Falsafah dari St. Andrews University, Scotland; Ijazah Sarjana Muda (Fiqh dan Usul) dari Universiti Kuwait dan (second degree) Ijazah Sarjana Muda Perundangan (external), Universiti Malaya.

Beliau seorang yang aktif membentangkan pembentangan dalam penasihatan Syariah dalam industri Perbankan dan Kewangan Islam merata dunia, penulis prolifik berdasarkan perkongsian pengalaman beliau yang luas di bidang penasihatan syariah dengan karya-karya bertajuk: Minda Syariah Kewangan Islam, Saya Ada 25 Jam Sehari dan yang terkini adalah Emirates Airline Sukuk.

Seorang yang sangat dinamik, ‘energetic’ dan boleh bekerja ‘up and down’ dari satu lapangan terbang ke lapangan terbang yang lain. Tokoh penasihatan Syariah Global yang menginspirasikan, motivator dan usahawan syariah berjaya.

Siapakah Amani Advisors ?

Amanie Advisors Sdn Bhd – Global Islamic Finance Advisors Merupakan Penasihat Syariah yang dilantik oleh Public Gold.

Untuk pengetahuan anda, Amanie Advisors diketuai oleh seorang pakar dalam bidang syariah iaitu Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, beliau adalah Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Maklumat lanjut dapat Anda perolehi di link: http://www.amanieadvisors.com/

Sebagai pengetahuan, Amanie Advisors Sdn Bhd merupakan Panel yang sama mengesahkan Bank Negara Malaysia berkenaan patuh syariah sebelum ini.

Hindari sebarang keraguan kerana Public Gold merupakan platform terbaik untuk pelaburan Emas Fizikal di Malaysia buat masa kini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s