Public Gold – Shariah Certification

16002892_545691795555333_5169608020141758934_n.jpg

We are proud to announce that Public Gold has officially received Shariah Endorsement for trading procedures from Amanie Advisors Sdn Bhd start by 16th Jan 2017 and it’s first in the WORLD for a Gold Trading Company !!

Sebagai pengetahuan, Amanie Advisors Sdn Bhd merupakan Panel yang sama mengesahkan Bank Negara Malaysia berkenaan patuh syariah sebelum ini.

Hindari sebarang keraguan kerana Public Gold merupakan platform terbaik untuk pelaburan Emas Fizikal di Malaysia buat masa kini.

Produk Yang Telah Mendapat Patuh Syariah 

Suka untuk saya menulis sesuatu berkaitan produk ini khususnya untuk warga Public Gold (para pelanggan dan pengedar) dan juga masyarakat Malaysia secara amnya agar semua memahami pengesahan Syariah ini dan bercakap dalam bahasa yang sama.

Semua orang sedia maklum bahawa antara syarat asas bagi urusan jual beli Emas ialah Emas dan bayaran mesti bertukar secara LANI (spot) ketika MAJLIS AKAD. Sebarang penangguhan salah satu daripadanya akan mencetus isu riba (tidak mematuhi Syariah).

Tidak sukar sebenarnya untuk mengesan sesuatu urusniaga jual beli Emas itu mengandungi unsur penangguhan atau tidak. Tetapi isu yang lebih penting sebenarnya ialah, bila dan di mana sebenarnya berlakunya akad jual beli Emas supaya dapat dipastikan sebarang bentuk penangguhan itu tidak berlaku.

Untuk menjawab persoalan ini, kita memerlukan situasi yang khusus seperti produk ini kerana sesuatu hukum hakam agama itu bergantung kepada situasi dan kes tertentu serta sudut pandang bagaimana kita melihat sesuatu urusniaga itu dijalankan.

Belian Biasa Melalui Bayaran Penuh (Outright Purchase)

Proses utama dalam produk ini ialah:

  • Kunci Harga — Ketika ini Akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli Emas tertentu pada harga tertentu
  • Pembayaran — Ketika ini juga Akad belum berlaku. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut
  • Pengambilan Emas — Ketika ini barulah berlaku Akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara Lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli Emas 

    Belian Biasa Dengan Bayaran Berperingkat (Easy Payment Purchase EPP)

    Proses utama dalam produk ini ialah:

  • Kunci Harga — Ketika ini Akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli Emas tertentu pada harga tertentu
  • Pembayaran Secara Berperingkat — Ketika ini juga akad belum berlaku dan Emas kekal menjadi milik Public Gold. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut
  • Pengambilan Emas — Emas hanya boleh diambil apabila selesai semua proses pembayaran. Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran berperingkat (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara Lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli Emas. 

    Jualan Balik (Buy Back)

    Proses utama dalam produk ini ialah:

  • Kunci Harga — Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk menjual emas tertentu pada harga tertentu
  • Penyerahan Emas — Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah penyerahan deposit keselamatan (security deposit) dalam bentuk Emas sebagai menandakan komitmen penjual terhadap urusniaga tersebut
  • Pembayaran Melalui Pindahan Wang ke Akaun — Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Bayaran akan bertukar dengan Emas (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara Lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli EmasSemoga sedikit sebanyak maklumat ini akan memahamkan kita semua tentang urusniaga jual beli Emas di Public Gold.Perlu saya tegaskan sekali lagi, selepas ini akan ada beberapa lagi siri pengesahan patuh Syariah yang akan dijalankan oleh pihak Penasihat Syariah ke atas semua produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Public Gold.

    Saya sendiri sangat teruja untuk melihat ‘Minda Syariah’ dalam urusniaga Emas Public Gold melalui produk-produknya yang jelas seiring dengan perkembangan ekonomi semasa dalam memartabatkan emas sebagai Matawang sebenar.

    Siapakah Amani Advisors ?

    Amanie Advisors Sdn Bhd – Global Islamic Finance Advisors Merupakan Penasihat Syariah yang dilantik oleh Public Gold.

    Untuk pengetahuan anda, Amanie Advisors diketuai oleh seorang pakar dalam bidang syariah iaitu Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, beliau adalah Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

    Maklumat lanjut dapat Anda perolehi di link: http://www.amanieadvisors.com/

    Kelebihan Utama Produk Public Gold

  • Harga jualan jauh lebih murah berbanding di Kedai Emas 
  • Susut nilai terendah di pasaran
  • Stok tiada had
  • Cawangan yang banyak di seluruh Malaysia
  • Jaminan belian balik produk walaupun rosak
  • Diterima meluas oleh Ar-Rahnu
  • Sistem booking harga 24 jam sehari
  • Keupayaan belian balik pada jumlah yang besar
  • Emas disertakan sijil ketulenan
  • Tiada yuran sebenar menjadi ahli
  • Tiada GST kerana ianya diklassifikasikan sebagai IPMTidak dinafikan produk Public Gold International adalah yang paling mudah dalam urusan:
  • Jualan dan belian
  • Pajakan tanpa membuka seal packaging nya
  • Mendapatkan keuntungan yang lebih

Untuk info lebih lanjut anda boleh melihat post sebelum ini di link: https://teratakemas.com/2016/02/23/kelebihan-utama-emas-public-gold/ 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s