Saintis Sahkan Najis Manusia Mengandungi Emas !

 

Mohon kemaafan sekiranya artikel kali ini mengundang perasaan kurang senang kepada sesiapa yang membacanya. Niat dan harapan hanya untuk perkongsian ilmu pengetahuan bersama.

Untuk pengetahuan anda, Saintis dari Amerika mendakwa telah menemui emas di dalam najis manusia dan jika ianya benar, ternyata tidak ada sesuatu yang sia-sia di muka bumi ini.

Dalam pembentangan kertas kerja pada Mesyuarat Kebangsaan ke-249 & Ekspo Persatuan Kimia Amerika di Denvar, Colorado, Amerika Syarikat, ahli sains mendedahkan bahawa, tahap logam berharga dalam najis manusia adalah setanding dengan yang terdapat pada beberapa lombong komersial.

Nilainya juga bukan calang-calang. Dianggarkan jumlah logam berwarna kuning itu boleh mencapai harga sehingga jutaan dollar !

Seorang pakar geologi dari United States Geological Survey (USGS), Dr. Kathleen Smith, berkata kumbahan manusia bukan sahaja mengandungi emas, malah juga beberapa logam berharga lain seperti perak dan platinum.

Antaranya, plladium dan vanadium, yang digunakan secara meluas dalam bidang elektronik dan pengeluaran aloi.

Bagaimanakah mereka menemukan hal itu ??

Hasil kajian USGS selama 8 tahun, pasukannya telah mengumpul sampel najis manusia, bermula dari perkampungan kecil sehinggalah ke bandar-bandar besar di Pergunungan Rocky. Sampel kemudian dikaji dan diteliti mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Dalam kerja-kerja mendulang, pelombong emas biasanya menggunakan bahan pelarut ‘Leachate’ untuk menarik logam daripada lapisan batu dan pelarut inilah yang digunakan dalam eksperimen mereka.

Walau bagaimanapun, melihat kepada sejarah sebelum ini, leachate mempunyai kesan buruk jika tertumpah atau mengalami kebocoran kerana ia mampu merosakkan ekosistem. Namun, bahan kimia ini dikatakan selamat jika ia dikawal atau diawasi penggunaannya, lebih-lebih lagi di tapak-tapak kumbahan.

Di loji pembentungan, larutan kimia ini akan digunakan untuk mengasingkan emas daripada najis, terutama pada peringkat biosolid.

Di Amerika Syarikat, najis manusia yang bergerak ke kawasan kumbahan akan diproses menjadi bahan organik yang disebut sebagai biosolid.

Dianggarkan, lebih daripada tujuh juta tan biosolid dikeluarkan dari loji kumbahan di AS setiap tahun. Separuh daripadanya dibakar dan dibuang ke tapak pelupusan sampah, manakala separuh lagi digunakan sebagai baja untuk menyuburkan tanaman.

Pasukan ini seterusnya menguji biosolid di makmal untuk dikaji dibawah imbasan mikroskop elektronik dan keputusan ujian mendapati terdapat banyak partikel-partikel logam berharga terkandung di dalam najis manusia.

Capture

Uji kaji selama lapan tahun mendapati, bagi setip satu kilogram najis manusia mengandungi emas seberat 0.4 miligram (mg), perak 28mg, tembaga 638mg dan vanadium 49mg. Namun, dari mana datangnya elemen-elemen ini masih tidak dapat dijelaskan walaupun terdapat beberapa teori mengenainya.

Ada kemungkinan logam berharga tersebut berasal dari produk harian seperti bahan kosmetik, syampoo, sabun dan pakaian di mana nano partikel kadangkala digunakan untuk mengurangkan bau badan. Bahkan makanan dan minuman juga kini dilaporkan semakin banyak mengandungi kepingan emas dan perak.

Beberapa kemungkinan lain, zarah logam kecil boleh terhakis atau tertanggal dari peralatan makanan, emas yang dipakai, alatan diagnostik yang digunakan oleh Doktor Perubatan. Malah, barangan kemas yang tidak sengaja masuk ke dalam sistem kumbahan di rumah  juga berakhir di loji kumbahan.

Sebelum ini, satu kajian yang dijalankan oleh Arizona State University dan telah diterbitkan dalam jurnal Enviromental Science & Technology, menganggarkan bahawa logam dari najis satu juta orang penduduk AS bernilai sekitar USD$13 juta setiap tahun.

Menyedari akan prospek keberuntungan dari sistem kumbahan ini, Negara Jepun juga turut mencipta satu kemudahan untuk merawat najis manusia. Hasilnya kini, negara ‘Matahari Terbit’ itu dilaporkan mula mengeluarkan Emas dari tapak kumbuhan.

Kedengaran seperti tidak masuk akal tetapi itulah realiti yang terjadi. Sekiranya kajian ini benar-benar berjaya, najis manusia mungkin tidak lagi dibuang dengan sia-sia di masa mendatang.

Malah, saintis meramalkan ia bakal memberi manfaat yang tidak terjangkau kepada para pelombong emas !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s