Assalam Teman2 Teratak Emas sekalian.
GST adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Good and Service Tax). Di beberapa negara ia juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) atau Cukai Nilai Tambah.
Ketika ini berlakunya sedikit kekalutan di dalam urusan mengimport Emas masuk ke dalam negara yang mana tidak mampu lagi dielakkan apabila Pemerintah Malaysia mengenakan GST ke atas semua jenis emas walaupun ianya mempunyai Akreditasi LBMA (London Bullion Market Association).
Sebanyak contoh, dengan harga emas yang bernilai RM10,000, pembeli akan menanggung kos tambahan sebanyak RM600 … !!!
Namun, ianya boleh dielakkan sekiranya produk yang dibeli hanyalah bertujuan sebagai Investment Precious Metal (IPM) sahaja dengan mendapat Sijil Kelulusan dari pihak Kastam Malaysia sebelum itu. Harus diingat, Emas bebas GST ini tidak sesekali dibenarkan ianya bertukar ke sebarang bentuk contohnya kepada barangan kemas juga kegunaan industri.
Buat masa ini, produk Emas Public Gold merupakan satu-satunya yang bebas GST di Malaysia.
Oleh itu, mengapa harus bayar lebih sedangkan produk yang memiliki kualiti tertinggi juga termurah di pasaran kini dapat kalian genggam dengan mudah pada bila-bila masa.