Kelebihan Utama Emas Public Gold

Ramai sahabat handai yang bertanya kepada saya apakah kelebihan Emas Public Gold ini ?? Bagaimana pula dengan jenama Emas dari syarikat yang lain ??

Untuk membandingkan Emas dari syarikat lain secara jujurnya saya tidak layak untuk memberikan keterangan tersebut kerana ianya issue yang agak sensitif juga.

Pada saya, sudah tentu Public Gold menjadi pilihan utama bukan kerana saya seorang Dealer tetapi disebabkan pemerhatian dan pengalaman saya sendiri selama ini berkaitan dengan urusan pembelian, jualan, keuntungan dan ketelusan syarikat. Buat masa ini, Public Gold merupakan platform terbaik untuk pelaburan emas fizikal di Malaysia.

Mungkin perasaan keraguan ada dalam diri anda. Tidak mengapa, dan saya akui kerana sebagai pembeli kita mempunyai hak untuk membuat sebarang penilaian sebelum pembayaran dilakukan. Apa yang perlu anda lakukan, buat perbandingan antara kelebihan Emas Public Gold dengan yang sedia ada di pasaran.

Di bawah ini saya senaraikan kelebihannya supaya anda faham dan hayatinya sebaik yang mungkin.

=======================================

1. Harga Jauh Lebih Murah Berbanding Kedai Emas

Tahukah anda bahawa harga Emas Public Gold lebih murah berbanding harga di kedai Emas dan kebanyakkan syarikat pengeluar Emas yang lain?? Perbedaan Emas kami sekitar RM15 – RM20 per gram lebih murah kerana kami ialah ‘Pengilang Emas’.

Pada masa yang sama, ianya bertaraf LBMA, tiada GST dan juga tiadanya ‘Yuran Keahlian’ untuk semua pelanggan … !!

2. Susut Nilai Yang Terendah Di Pasaran

Susut nilai (spread) adalah antara kriteria terpenting jika kita mahu memaksimumkan keuntungan pelaburan Emas. Susut nilai Emas Public Gold cuma sekitar 4.5% – 8% sahaja, bergantung kepada jenis produk Emas yang kita pilih.

Pada masa yang sama, keuntungan berganda hanya diberikan kepada Dealer2 melalui rebet belian di antara 1% hingga 2% mengikut tahap Dealership seseorang. Sebagai tambahan, Public Gold memberikan lagi rebat sebanyak 0.3% apabila kita menjualkan nya semula kepada Public Gold.

Sangat menarik, tidakkah anda berminat untuk menjadi salah seorang dari Dealer kami ??

3. Stok Produk Yang Tiada Had

Sekiranya harga pasaran Emas dunia jatuh merundum, kemungkinan syarikat jualan Emas akan mula ‘Hold Stock’ buat sementara waktu.

Ianya tidak bagi Public Gold. Anda boleh membeli seberapa banyak yang diperlukan dengan harga Emas semasa malah kami menggalakkan kalian membeli secepatnya.

Tahukah anda dengan kelebihan ini dapat menguntungkan pelabur yang inginkan ‘Short Term Profit’ ??

4. Cawangan Yang Banyak di Seluruh Malaysia

Pada masa kini,  Public Gold mempunyai 18 cawangan di setiap negeri termasuk di Singapura. Untuk panduan, sila click di link: https://publicgold.com.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=2881&Itemid=561&lang=en

Secara kebiasaanya, pembelian Emas pelaburan agak mudah tetapi urusan jual balik yang mempunyai kesulitan kerana masalah cawangan yang tidak banyak.

Harus di ingat bahawa ramai Dealer yang boleh membantu sebarang urusan pembelian tetapi apabila anda ingin menjualkan nya semula, keadaan nya pula terbalik. Kerana, tidak ramai Dealer yang sanggup membeli semula produk Emas terutamanya yang melibatkan modal yang besar.

Oleh itu, dengan kondisi Cawangan yang banyak, ianya mampu menampung keperluan anda dalam sebarang urusniaga yang berkaitan.

5. Jaminan Pembelian Balik Walaupun Rosak

 Public Gold merupakan Syarikat Jualan Emas yang sangat telus dan transparent. Teman2 boleh melihat harga semasa ‘PG Buy’ dan ‘PG Gold’ di link: http://publicgold.com.my/v1/

Harga kami mengikut pasaran Emas dunia dan ianya di update setiap 20 minit.

Sebagai jaminan, walaupun Emas anda dalam keadaan calar, kemek, bengkok, kehilangan resit malah packaging nya terbuka, kami tetap menerima kembali emas-emas tersebut.

Tahukah anda sesetengah syarikat jualan Emas mengurangkan harga belian secara drastic sekiranya Emas anda tidak mengikuti kriteria jualan balik kerana anggapan ianya ‘Used Gold’ ?? Itu sangat-sangat merugikan.

*** NOTE:

i. Kenyataan ini hanya bagi Emas model sebelum ini sahaja yang mana harga belian balik mengikut harga tertera di bahagian BungaMas

ii. Bagi LBMA Packaging product sekiranya terdapat packaging terbuka atau Emas dalam keadaan rosak, kami masih membeli semula dengan susut nilai yang mencecah sehingga 15%

iii. Kami sangat menasihatkan anda untuk menggunakan ArRahnu Pos Malaysia bagi memastikan produk tidak dibuka packagingnya berbanding di tempat lain.

6. Diterima Secara Meluas di Ar-Rahnu

Emas Public Gold paling diterima meluas oleh sebarang Ar – Rahnu di Malaysia. Jika anda inginkan wang segera untuk tujuan perniagaan dan pelaburan pada bila-bila masa.

Buat masa ini, Ar-Rahnu terbesar di Malaysia iaitu Bank Rakyat dan Ar-Rahnu Pos Malaysia juga menerima kesemua produk Emas Public Gold. Untuk maklumat lanjut sila click link di bawah:

http://www.arrahnuxchange.com.my/v1/page.php?name=Pekeliling

http://pos.com.my/post-offices/pos-arrahnu/?services

Pada masa yang sama beberapa Ar-rahnu yang lain antaranya Ar-Rahn PKB, Ar-Rahnu Koperasi Tentera, dan Ar-Rahnu Ekspress, telah lama menerima produk Emas Public Gold ini.

7. Sistem Booking / Lock Price 24 Jam Sehari

Harga Emas Public Gold disemak setiap 20 minit mengikut ‘Real-Time’ harga pasaran Emas dunia. Anda boleh ‘Lock Price’ untuk tujuan pembelian dan jualan bila-bila masa 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Apakah maksudnya??

Sekiranya harga Emas menjunam pada waktu tengah malam dan kita yakin dengan harga belian tersebut, pada bila-bila masa kita boleh ‘Lock Price’ itu. Soal pembayarannya pula, boleh dilakukan pada keesokkan harinya walaupun harga semasa pada siang itu jauh meningkat. Begitu juga semasa jualan balik Teman2 boleh ‘Lock Price’ sewaktu harga Emas semasa sedang tinggi.

8. Keupayaan Pembelian Semula Emas Oleh Public Gold Dengan Jumlah Yang Besar

Kebanyakkan syarikat mampu menjual Emas dalam kuantiti yang banyak. Namun begitu, tidak kesemuanya mampu membeli balik emas-emas terpakai dengan kuantiti yang besar. Keadaan ini boleh mendatangkan masalah kepada pelabur yang inginkan keuntungan dari proses jual beli Emas.

Tetapi keadaan ini tidak pernah berlaku kepada Public Gold sejak ia memulakan operasinya pada tahun 2008. Urusniaga di Public Gold mencecah jutaan ringgit sehari hasil dari jual beli ini.

9. Pembelian Emas Disertakan Sijil Ketulenan

Setiap Gold Bar atau Dinar Emas keluaran Public Gold disertakan sekali sijil ketulenan yang disahkan oleh ‘Assayer’ bebas. Oleh itu, anda tidak perlu gusar dan khuatir tentang ketulenan tersebut. Bahkan ianya di terima secara meluas di Ar – Rahnu kerana kualiti Emas yang pihak Public Gold bekalkan.

10. Tiada Yuran Sebenar Menjadi Ejen

Ingin saya tegaskan di sini, pihak kami tidak pernah sesekali mengenakan sebarang yuran / fees keahlian kepada para pelanggan kami.

Setiap pembeli adalah secara automatic nya menjadi ahli Public Gold yang akan dibekalkan ‘PG Code’ dan juga system online monitoring (GAP).

Mengapa harus bayar lebih sedangkan anda boleh mendapatkan Emas Tulen dengan harga kilang ??

Semoga keterangan di atas menjadi panduan buat anda sekalian. In Shaa Allah.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s