Latar Belakang Nadir Metal Refinery

Ramai sahabat handai yang bertanyakan kepada saya mengenai dari mana datangnya Emas dan Perak keluaran Public Gold ini.

Oleh itu, saya senaraikan secara ringkasnya latar belakang Syarikat Nadir Metal Refinery, pengeluar Emas dan Perak yang bertaraf LBMA kami supaya anda faham dan hayatinya sebaik yang mungkin.

Latar Belakang Nadir Metal Refinery, Pengeluar Emas dan Silver Public Gold

Pengasas dan Pemilik Nadir Metal Refinery bernama Nadir Tütüncü. Beliau merupakan seorang usahawan Islam dari Turki dan memulakan perniagaan ‘Scrap Gold’ sejak tahun 1967.

Pada tahun 1993, beliau menubuhkan Nadir Metal Refinery San. Tic. Ltd. Sti.

Nadir bermaksud = Precious & Rare (in Arabic Word) dan Bahasa Melayu = Berharga dan jarang dijumpai

Pada tahun 1999, beliau menandatangani perjanjian usaha sama dengan Degussa Jerman, sebuah syarikat perdagangan Emas dari Jerman dan mewujudkan syarikat kerjasama bernama Nadir-Allgemeine.

Pada tahun 2001, Nadir Tütüncü membeli semua pegangan di dalam Syarikat Nadir-Allgemeine dan meneruskan operasi dengan nama Nadir Metal Refinery San. Tic. Ltd. Sti

Nadir Metal Refinery merupakan syarikat pertama Turki yang disenaraikan sebagai ahli London Bullion Market Association (LBMA) iaitu pada Disember 2011 untuk Emas dan Jun 2012 untuk Perak.

Ini membolehkan produk keluaran Nadir Metal Refinery diiktiraf di seluruh dunia.

Atas sebab-sebab inilah Public Gold telah memilih Nadir Metal Refinery sebagai pengeluar Emas dan Perak.

Seperti yang kita maklum, harga Emas Nadir Metal Refinery yang murah, kualitinya yang tinggi serta pengiktirafan antarabangsa dilihat mampu memberikan keuntungan yang maksima kepada seluruh pelanggan Public Gold.

Semoga keterangan di atas jelas dan dapat menjadi panduan buat Anda.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s